.::MUKJIZAT ABADI::.


بسم الله الرّحمن الرّحيم
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 
Setiap nabi yang diutus oleh Allah di muka bumi ini dibekali dengan mu’jizat. Mu’jizat adalah sesuatu di luar kebiasaan yang diiringi dengan pengakuan sebagai nabi dan ditujukan untuk membenarkan atas pengakuan kenabian tersebut. Nabi Ibrahim a.s. dibekali dengan mu’jizat kebal dari api ketika beliau dihukum dengan api karena menghancurkan berhala kaum musyrik. Nabi Musa a.s. dibekali mu’jizat berupa tongkat sakti yang bisa berubah menjadi ular raksasa dan bisa membelah lautan. Nabi Isa a.s. dibekali dengan kemampuan berbicara saat masih bayi. Mu’jizat para nabi terdalulu bersifat terbatas untuk satu tujuan tertentu iaitu pembuktian kenabian pada saat adanya penolakan dari umatnya.

Berbeza dengan para nabi sebelumnya, Nabi Muhammad s.a.w. dibekali dengan mu’jizat yang abadi iaitu al-Quran. Sebagai kitab suci, al-Quran telah menjadi bukti kenabian Muhammad s.a.w. sepanjang masa. Semakin dikaji dan digali kandungannya, maka semakin membuktikan kebenaran risalah Muhammad dan ajarannya. Sebagai mu’jizat maka keberadaan al-Qur’an menjadi penjamin kewujudannya agama Islam di muka bumi ini.

Para ulama dan pakar ilmu Al-Quran menegaskan bahawa letaknya kemu’jizatan al-Quran adalah pada redaksi dan kandungannya. Redaksi dan untaian ayat-ayat al-Quran mengandung sastera yang sangat tinggi sehingga tidak ada yang bisa menandinginya. Bahkan ketinggian sastera al-Qur’an tidak diakui pada masa-masa awal Islam, akan tetapi juga sepanjang sejarah sastera itu sendiri. Sedangkan kandungan al-Qur’an membuktikan bahawa kitab tersebut bukanlah hasil karya manusia. Ia menceritakan sistem kehidupan yang sempurna, mengkhabarkan hal-hal ghaib, cerita masa lampau dan gambaran masa depan yang selalu dapat dibuktikan dari waktu ke waktu. Ia juga bersih dan kejanggalan dan kontradiksi. Ia mengajarkan nilai dan kehidupan yang komprehensif yang mengangkat derajat manusia dan kemanusiaan di tingkat yang sangat tinggi.

Para ulama dan pakar terus menggali bukti-bukti kemu’jizatan al-Quran dari waktu ke waktu hingga saat ini. Ada kemu’jizatan yang sifatnya sastera, ilmu alam dan teknologi serta aspek-aspek ilmu pengetahuan lain yang maha luas. Dan salah satu mu’jizat yang kini juga dimunculkan adalah mu’jizat angka dalam al-Quran. Tidak pernah dikira sebelumnya bahawa ternyata dalam al-Quran penyebutan kata Syahr yang ertinya bulan adalah sebanyak 12 kali. Begitu juga penyebutan kata Yaum yang ertinya hari adalah 365 hari. Penyebutan kata dunia yang ertinya dunia dalam al-Quran sebanyak 115 kali, ternyata itu sama jumlahnya dengan penyebutan kata akhirat. Subhaanallah. Itu salah satu contoh mu’jizat yang ditemukan akhir-akhir ini. Kita meyakini bahawa mu’jizat yang tersimpan dalam al-Quran akan terus ditemukan di masa-masa mendatang.

Sebagai mu’jizat yang abadi, Allah s.w.t. telah berjanji untuk melindungi al-Quran secara langsung dan melalui hamba-hamba~Nya yang beriman. Dalam surah al-Hijr:15 “Sesunggunya Aku telah menurunkan al-Qur’an dan Akulah Yang Menjaganya”. Ibnu Katsir menegaskan bahwa Allah s.w.t. telah berjanji untuk menjaga sendiri al-Quran dari segala bentuk perubahan dan penggantian isinya. Allah juga menjaga al-Qur’an melalui hamba~Nya, dengan menempatkan mereka yang rajin menghafalkan al-Quran dan membacanya sebagai orang yang sangat mulia di hadapan~Nya. Rasulullah s.a.w. mengkhabarkan bahawa Allah mempunyai keluarga dari kalangan manusia, para sahabat pun bertanya “Siapa mereka itu?”, Rasulullah s.a.w menjawab “Ahli (orang yang menggeluti) al-Quran adalah keluarga Allah” [Hakim:2046]. Sangat mulia orang yang membiasakan diri membaca al-Quran sehingga dikatakan dalam satu hadits “Tidak ada yang layak untuk mendapatkan kedengkian, kecuali dua kelompok manusia, iaitu orang yang dikaruniai al-Quran lalu ia membacanya siang dan malam dan orang yang dikaruniai harta lalu ia bersedekah siang dan malam” (Muslim).

Marilah kita ikut menjadi pembela dan pengawal mu’jizat abad tersebut dengan rajin membacanya, menghafalnya, mempelajari makna dan ertinya serta mengamalkannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Dalam satu hadits ditegaskan: “Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba di hari Kiamat nanti, puasa berkata “Ya Allah aku telah menghalanginya dari makanan dan syahwat maka berilah ia syafaat keranaku”, al-Qur’an berkata “Ya Allah aku telah menghalanginya dari tidur malam, maka berilah ia syafaat keranaku” [Hakim:2036].

Catatan : Dewan Asatidz

~> perkongsian dari sahabatku, alhamdulillah...moga ade manfaatnya buat sahabat yg dikasihi semua, insyaAllah. Terus memburu malam Lailatul Qadr, moga bertemu...:)

Ulasan

Abd Razak berkata…
السلم عليكم ورحمة الله

Moga sahabat sentiasa dalam rahmat dan maghfirah~Nya, serta dikurniakan yang kesihatan baik di bulan yang mulia ini...aamiin

Alhamdulillah, beruntungnya kita dipilih Allah menjadi umat Muhammad dan Al-Quran yang diturunkan Allah kepadanya, dapat kita miliki di dalam rumah kita. Dapat dibaca, dihayati, diamalkan dan sehingga kita menjadi mulia dengannya...Allahu Akhbar.

Jazaakumullahu khairan katsir ya sahabat atas perkongsian ini...:)
~> Sahabat Abd Razak

Wa'alaikumussalam warahmatullah..

Subhanallah! Allahu Akram!
na'am ya sahabat..sungguh merasa amat bertuah dilahirkan dalam islam tercinta, dikurniakan pula alQuran yang mulia sebagai syafaat buat ummat manusia, Allahu Rabbi!

Moga dapat istiqomah membacanya..insyaAllah

alhamdulillah doanya, Allah Yaftah Aleik, aamiin

syukran katsir ya sahabat..:) 'afwan.
Terima kasih kak ats pkongsian. Moga diri ini lbih dekat dgn alquran...
Yildirim Fateh berkata…
Bila melihat gambar diatas . teringat satu dokumentari yang menceritakab itu.

gerun itu ada, takut itu ada. Peringat utnuk mnusia.

Apakah kamu tidak berfikir dan melihat?

:)

Yi;ldirim fateh
Yildirim Fateh berkata…
Dan ini bukan blog utama yang lagi satu kan?

tanya sikit.
~> Rina Lia (◕‿◕)✿

'afwan katsir dik, moga kita sama2 dpt menjaga hak2 al-Quran dgn baik, insyaAllah

take care dear!:)♥
~> Yildirim Fateh

Na'am sahabat, kisah yg memberi sebesar2 peringatan bagi kaum yang mahu berfikir, Allahu Rabbi!

InsyaAllah, blog ini yang per--1 lahir dari yg satu lagi, biiznillah..:)

moga bertemu mlm Lailatul Qadr,..sama2 doa.

Jazakallahu khaira ya syabab, barakallahu fik..
Salam kak =')

Makasih ya kak, kongsikan wadah-wadah ilmu buat ana serta teman2 lainnya..

syukron jiddan, barakallohu feek!

syg akk!!