Solat dapat menyembuhkan kelumpuhan...
ALLAH S.W.T berfirman: " Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk". (Al-Baqarah:45) Solat adalah anugerah dan kurnia yang sangat besar untuk menghilangkan kegalauan dan keresahan jiwa, membahagiakan dan menguatkan hati serta melapangkan dada. Dengan solat hati bisa langsung berhubung dengan ALLAH S.W.T. Solat merupakan amal ibadah yang paling baik, sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Sedangkan berdiri di depan ALLAH S.W.T memiliki banyak hikmah dan rahsia dalam meraih kesihatan. ALLAH berfirman: " Dan sesungguhnnya mengingat ALLAH (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah lain). Dan ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Al-Ankabut:45) Setiap kali Rasulullah S.A.W menghadapi masalah, dengan serta merta beliau melakukan solat. Solat juga sebagai terapi efektif bagi tubuh. Ibnu Majah meriwayatkan bahawa Abu Hurairah r.a berkata,