Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Mengapakah tertolaknya Do'a?

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Salam serta selawat kepada junjungan Nabi S.A.W, Rasul pilihan yang menjadi kekasih-Nya, salam serta doa keselamatan juga terlimpah buat keluarga Baginda, para sahabat 'khairul qurun' serta seluruh umat Baginda yang setia berkomitmen, menggenggam setia sunnah-sunnah Rasulnya sehingga akhir zaman. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Di bawakan pendapat seorang ahli tasawuf besar, yang kenamaan dan termasyhur dimana-mana, iaitu Ibrahim bin A'dham bin Mansur, wafat tahun 661 Hijrah, tentang sebab-sebab yang membikin hati menjadi buta, sehingga tidak ada hubungan dengan ALLAH dan oleh kerananya, doanya tidak diterima. Ketika Ibrahim bin Ad'ham berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, diantaranya ada yang bertanya, " Ya Aba Ishak! gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham, mengapakah kami memohon doa kepada ALLAH, tetapi tidak dikabulkan doa kami?". Ibrahim bin Ad'ham menjawab: " Kerana hati kamu telah mati disebabkan

Renungan buat kaum hawaku...

Imej
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Jangan bertabarruj .وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى Firman Allah SWT. " .....dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah dulu ..... ". ( Al-Ahzab: 33 ) Qatadah menyatakan bahawa mereka ialah wanita yang berjalan dengan lenggang lenggok. Abu Najib mengatakan, mereka ialah yang berjalan dengan kebanggaan. Al-Farabi berpendapat, mereka ialah wanita yang berpakaian tipis, sehingga tampak kulit badannya. Yang pasti ulama berpendapat: " Mereka ialah wanita yang keluar rumah dan berjalan untuk menarik perhatian orang lain selain suaminya.". Di katakan oleh Imam Mujahid bahawa tabarruj iaitu wanita yang bersolek, berhias diri memperlihatkan perhiasan dan kecantikannya kepada para lelaki. Mereka tidak memiliki rasa malu kecuali sedikit, mereka berjalan di an