Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Taujihat indah Sheikh Habib Munzir bin Fuad Almusawa

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته "ALLAH Pelindung orang-orang yang beriman; DIA mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (Iman)..." - QS al-Baqarah ayat 257. Maha Suci ALLAH Penguasa Keabadian di bentangan jagad raya semesta, Maha Suci ALLAH Yang Maha Menghamparkan Angkasa Raya dengan Cahaya yang senantiasa berpijar mencerminkan keindahan~NYA, Maha Suci ALLAH Yang Maha Mengasuh dan mengayomi pengaturan segenap makhuk~NYA dilangit dan bumi, "Maka Bertasbih Pada~NYA Seluruh Apa Yang di Langit dan bumi dan Dia Maha Perkasa dan Maha Menghakimi." - QS Al-Hasyr ayat 24 Maka merugilah orang-orang yang bermaksiat kepada~NYA, karena setiap dosa berarti pengingkaran atas~NYA, dan Alam semesta ini tidak rela dengan pengingkaran atas ALLAH `Azzawajalla, sebagaimana firman~NYA menceritakan bahwa Alam ini akan runtuh dan hancur karena dosa manusia yang menantang kemurkaan~N

Saudara seislamku...

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته *** 'Perumpamaan orang mukmin terhadap orang mukmin yang lain adalah seumpama badan,  jika salah satu anggota badan sakit maka seluruh jasad ikut merasakan sakit hingga merasa demam.''  (HR Bukhari dan Muslim). Sahabat yang dikasihi... Bilamana kita seorang MUKMIN... tidak mungkin kita merasakan tenang dan bahagia dengan kesusahan orang lain, kerana perumpamaan orang MUKMIN itu umpama satu jasad, bila satu anggota merasa sakit, maka akan terasalah semua anggota lainnya... Ana yakin sahabat semua turut merasai apa yang ana rasai... Kita semua sangat-sangat bersedih atas apa yang berlaku.  Telah sekian lama, saudara seislam kita terus ditimpa dengan pelbagai kesusahan, mereka ditindas, dianiaya, dizalimi malah dibunuh tanpa belas kasihan... Allahurabbi! berdoa dan teruslah berdoa buat mereka di 'sana'.

Tarbiyyah Seorang Ibu

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Dialog nabila & mama: Nabilah:   Mama, semalam Nabilah lapar. Nabilah doa…Tapi, Allah tak datang-datang pun..Allah dah mati kot Saya:  Isy, Allah tak pernah mati, Nabilah  (jawab saya ringkas kerana masih memikirkan jawapan yang terbaik untuk pernyataannya) Nabilah:  oo..kalau macam tu, mungkin Allah tengah tidur..atau Allah sedang sibuk (Kali ini saya menumpukan perhatian kepada pernyataan anak perempuan saya..) Saya:   Nabilah, Allah tak mati dan Allah tak pernah tidur dan Allah tidak sibuk. Allah tidak sama macam manusia. Nabilah:   Tapi..kenapa Nabilah doa, Allah tak datang pun?  (datang atau dalam erti kata lain maqbulkan) Saya:   Nabilah, adakalanya Allah tidak makbulkan doa kita pada masa itu. Tetapi Allah akan makbulkannya pada masa yang lain. Dan adakalanya, Allah tidak makbulkan doa kita di dunia, tetapi Allah akan makbul

Eid Mubarak 1434 H

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Manakala mentari akhir Ramadhan telah tenggelam di Ufuk barat  Dan fajar keemasan satu Syawal 1434 H  menyeruak indah  Diiringi gemuruh takbir kembali kita ke insan yang fitri. Semoga Ramadhan yang telah kita lewati bersama,  menjadi pendorong untuk kita terus beramal keranaNYA.  Taqabbalallahu minnaa wa minkum..Kullu 'amm wa entum bikhoir  Mohon maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan, Semoga ALLAH swt senantiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua. Aamiin. ***  p/s: pada sahabat2 yang sedang memandu, hati2 dlm perjalanan.  Semoga kalian selamat sampai ke tempat tujuan.  Salam Mahabbah..Barakallahu fikum :) ~ Al FaQirah Ila Rabbi ~