Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

::Ilmu menjadikan kita takut kepada Allah::

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan. Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri. Persoalannya, apakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka? Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya: Sebenarnya yang

:: Salam kemenangan Aidilfitri ::

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kini Ramadhan telah pun berakhir, sedih lantaran harus berpisah dengannya, adakah mungkin bertemu kembali? Allahu Rabbi! Y___Y" Allahu 'alam..Semoga amal ibadah kita semua, diterima oleh Allah SWT..aamiin InsyaAllah Sedikit perkongsian dari sahabat baik...sama-sama kita hayati serta usaha amalkannya..:) ***** Hari Raya 'Idul Fitri yang pasti jatuh pada tanggal 1 Syawal merupakan hari yang sangat istimewa. Seluruh kaum muslimin di berbagai belahan bumi bersuka cita merayakannya sebagai Hari Raya 'Idul Fitri. Bergembira, kerana hari raya itu merupakan rahmat Allah yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Disebut 'Id, kerana pada hari itu Allah memberikan berbagai macam kebaikan kepada hamba~Nya. Di antara kebaikan itu adalah berbuka setelah adanya larangan makan dan minum selama bulan suci Ramadhan,

.::MUKJIZAT ABADI::.

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته     Setiap nabi yang diutus oleh Allah di muka bumi ini dibekali dengan mu’jizat. Mu’jizat adalah sesuatu di luar kebiasaan yang diiringi dengan pengakuan sebagai nabi dan ditujukan untuk membenarkan atas pengakuan kenabian tersebut. Nabi Ibrahim a.s. dibekali dengan mu’jizat kebal dari api ketika beliau dihukum dengan api karena menghancurkan berhala kaum musyrik. Nabi Musa a.s. dibekali mu’jizat berupa tongkat sakti yang bisa berubah menjadi ular raksasa dan bisa membelah lautan. Nabi Isa a.s. dibekali dengan kemampuan berbicara saat masih bayi. Mu’jizat para nabi terdalulu bersifat terbatas untuk satu tujuan tertentu iaitu pembuktian kenabian pada saat adanya penolakan dari umatnya. Berbeza dengan para nabi sebelumnya, Nabi Muhammad s.a.w. dibekali dengan mu’jizat yang abadi iaitu al-Quran. Sebagai kitab suci, al-Quran telah menjadi bukti ken

:: Kisah Nenek Yang Ikhlas ::

Imej
Segala Puji bagi Allah, Penguasa sekalian alam, shalawat dan salam semoga terlimpah kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, para tabi'in dan kaum muslimin yang mengikut petunjuk Allah SWT hingga hari qiamat, aamiin Nenek yang Ikhlas Seorang nenek harus berjalan jauh ke pasar di kota untuk menjual bunga cempaka. Itulah kerja hariannya. Selepas berjualan, beliau singgah dahulu ke masjid di kota untuk bersolat zuhur. Selepas berdoa dan berwirid sekadarnya, nenek itu akan terlebih dahulu membersihkan dedaun yang berselerakan di halaman masjid. Ini dilakukannya setiap hari di bawah terik matahari. Setelah semua dedaun itu dibersihkan barulah beliau pulang ke desanya.Jemaah dan pengelola masjid kasihan melihat rutin nenek yang demikian. Suatu hari, pengurus masjid memutuskan untuk membersihkan dedaun yang berselerakan di halaman masjid sebelum nenek itu datang. Fikirnya, usaha itu akan membantu nenek tadi agar tidak perlu bersusah payah membersihkan h

PERKARA ASAS YANG MEMBATALKAN PUASA

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته PERKARA ASAS YANG MEMBATALKAN PUASA IALAH: Sebagaimana yang disepakati (Ittifaq) ulama' berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis dan ijma’ ialah empat perkara; 1) Makan. 2) Minum. 3) Jima’. Dalilnya ialah firman Allah swt yang bermaksud: “...Maka sekarang campurilah mereka (isteri kamu) dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam...”. [Al-Baqarah:187] 4) Haid dan Nifas. Dalilnya hadis Abu Said al-Khudri yang bermaksud: Sabda Rasulullah saw: “Bukankah perempuan itu apabila mereka haid, tidak bersolat dan tidak berpuasa…”. [Bukhari: 304, Muslim: 79] Antara perkara yang membatalkan puasa lagi (menurut mazhab asy-syafie) ialah: 5) Sampai sesuatu (‘ain) ke dalam rongga (al-Jauf) melalui

65 Tahun Merangkak Ke Masjid

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Terdapat dalam sebuah hadith shahih yang Diriwayatkan oleh Abu Sa'id r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Apabila kamu melihat seseorang yang selalu ke masjid maka hendaklah kamu bersaksi atas keimanannya. " lalu Baginda SAW membaca ayat Quran yang berikut: " Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah (yakni yang menghidupkan amalan dalamnya) ialah orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat ....." (S. At -Taubah:18) **** Sebuah Kisah: 65 Tahun Merangkak Ke Masjid Syeikh Abdullah Al-Asiri yang lumpuh anggota badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat subuh berjemaah tetapi setiap lima waktu solat beliau akan berulang alik ke masjid dengan merangkak. Beliau tinggal di salah satu perkampungan terpencil di Selatan Alazizia, Arab Saudi. Kini, walau pun umurnya telah mencecah tua 76 tahun ditamba