Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

BASAHI LIDAH DENGAN ZIKRULLAH

Imej
La Tansa Abadan Zikrullah

SABDA RASULULLAH S.A.W: " Ballighu anni walau aayah" ( Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat ) ....

Imej
Dalam surah Al-Asr, Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim memperingatkan kita tentang perlunya kita memenuhkan jiwa kita dengan iman, dan kemudian diikuti dengan amal soleh. Iman dan amal soleh adalah gandingan sifat yang berdaya maju untuk memberi motivasi dan sekaligus mengubah diri kita menjadi manusia berakhlak mulia. Sekadar memperbaiki diri sendiri belum mencukupi. Kita mempunyai misi seterusnya iaitu menunaikan tanggungjawab kepada anak-anak, isteri, keluarga, jiran dan manusia keseluruhannya. Dalam Surah Al-Asr, Allah seterusnya mengingatkan kita supaya memberikan nasihat dan ingat-beringat sesama muslim dan juga non-muslim. Sebagaimana misi para Rasul dan Nabi untuk menyelamatkan umat, kita juga perlu menanamkan tekad yang sama sebab mereka adalah contoh teladan yang terbaik untuk kita ikuti. Dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada yang mungkar, pastinya kita akan menerima cemuhan dan tentangan, kerana untuk mendapatkan yang baik, lumrahnya akan menempuh kesusah

IKHLAS NIAT

Imej
Pentingnya keikhlasan niat Bismillahirrahmanirrahim..... Ikhlas adalah perkara yang amat penting - ianya cabang iman. Perkara-perkara lain yang diperintahkan dan dilarang sudah diberitahu oleh Baginda SAW daripada ALLAH SWT tetapi ikhlas adalah rahsia yang tidak diberitahu kepada sesiapa walau Nabi SAW dan Jibril a.s sendiri. Niat yang betul dan bersih diperintahkan ALLAH SWT. ALLAH SWT akan beritahu kita semua diakhirat kelak. Masa itu baru kita akan mengerti betapa pentingnya niat yang ikhlas. Satu amal yang kecil, jika dibuat dengan ikhlas dan diterima oleh ALLAH SWT boleh menghapuskan semua dosa dan kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Ingatlah! Rahmat ALLAH SWT itu luas. Contohnya seorang perempuan lacur yang memberi minum kepada anjing yang dahaga dengan ikhlas telah menyebabkan dosanya diampun dan dia dijamin syurga. Sebaliknya, amal sebesar dan sebanyak mana sekalipun jika tanpa ikhlas boleh menyebabkan seseorang itu dihumban ke dalam neraka contohnya 4 org

MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT

Rasulullah S.A.W dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a, Umar r.a, Utsman r.a, dan Ali r.a, bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a isterinya Sayidatina Fathimah r.ha puteri Rasulullah S.A.W menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Rasulullah S.A.W kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut). Abu Bakar r.a berkata, " Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut." Umar r.a berkata, " Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut." Utsman r.a berkata, " Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang c

SEBUAH KISAH...RAHSIA SYAIR DI ATAS PERKUBURAN...

Seorang soleh bercerita bahawa pada suatu hari dia datang ke sebuah desa dan melihat tiga kuburan sebaris di tempat yang berdekatan. Dia tertarik terhadap ketiga-tiga kuburan tersebut kerana di atasnya ada tertulis beberapa rangkap syair. Pada kubur pertama tertulis syair: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya merasa seronok dan lazat dalam hidupnya? Dia akan menyeksa orang yang zalim dalam hidupnya dan akan membalas baik orang yang baik amalnya Pada kubur kedua tertulis: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang meyakini kematian akan datang merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba kematian akan menghempapnya dengan kerajaan yang besar dan megah dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit sememangnya dia adalah calon penghuninya Pada kubur ketiga terdapat syair: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur di sanalah pemuda akan digugat kedudukannya wajah jelita yang dibanggakan akan lenyap serta merta tinggallah badan

WAHYU TERAKHIR KEPADA (RASULULLAH S.A.W)

Imej
Di riwayatkan bahawa surah Al-Maidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di Padang Arafah pada musim haji penghabisan (Wada'). Pada masa itu Rasulullah S.A.W berada di Arafah diatas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah S.A.W tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut.  Kemudian Rasulullah S.A.W bersandar pada unta beliau dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s dan berkata: " Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu." Setelah malaikat Jibril a.s pergi maka Rasulullah S.A.W pun berangkat ke Mekah dan terus ke Madinah. Setelah Rasulullah S.A.W mengumpulkan para sahabat beliau, m

TUJUH MACAM PAHALA

Imej
Dari Anas r.a berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya: Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakanya. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia di amalkan oleh orang yang mempelajarinya. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya, yakni anak yang selalu di ajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah

KEGHAIRAHAN MENDIRIKAN SOLAH SERTA KHUSYUK DAN KHUDUK DALAM SOLAH

Rasulullah S.A.W Bersolah Sepanjang Malam Seseorang telah memohon kepada Hazrat Aisyah r.anha, " Ceritakan kepadaku apakah perkara aneh yang kamu lihat pada diri Rasulullah S.A.W?" Beliau menjawab, " Adakah perkara yang tidak aneh pada diri Rasulullah S.A.W?" Setiap perkara yang dilakukan oleh Baginda S.A.W ialah aneh. Pada suatu hari, Baginda S.A.W telah pulang pada waktu malam dan terus berbaring di sisi saya. Kemudian Baginda S.A.W bersabda, " Biarkanlah aku. Aku ingin beribadat kepada Tuhanku." Setelah berkata demikian Baginda S.A.W terus berdiri bersolah dan Baginda S.A.W mula menangis sehingga airmata membasahi dada Baginda S.A.W. Kemudian Baginda S.A.W rukuk. Dalam rukuk pun Baginda S.A.W terus menangis. Kemudian Baginda S.A.W sujud. Dalam sujud pun demikian juga, Baginda S.A.W terus menangis. Setelah bangun daripada sujud pun Baginda S.A.W masih menangis, sehinggalah Hazrat Bilal r.a datang melaungkan azan untuk solah subuh. Saya telah ber

KETAKWAAN (SIFAT BERHATI-HATI)

Kepulangan Rasulullah S.A.W daripada Satu Pengurusan Jenazah dan Jemputan Seorang Wanita Semasa Rasulullah S.A.W pulang daripada satu pengurusan jenazah, utusan daripada seorang wanita telah datang menjemput Baginda S.A.W makan. Baginda S.A.W telah pergi bersama para sahabatnya. Makanan telah dihidangkan di hadapan mereka. Para sahabat r.a melihat Rasulullah S.A.W menyuap sesuap makanan lalu mengunyah tetapi Baginda S.A.W tidak dapat menelan makanan itu. Baginda S.A.W bersabda, " Naampaknya daging kambing ini telah dibeli tanpa keizinan tuannya." Wanita itu pun menerangkan , " Ya Rasulullah, saya telah menyuruh seseorang ke pasar untuk membeli kambing tetapi dia tidak mendapati kambing di sana. Kebetulan jiran saya telah membeli seekor kambing. Saya telah menghantar orang ke sana untuk membeli kambing itu tetapi dia tidak ada di rumah. Isterinya yang telah menjualkan kambing itu." Rasulullah S.A.W bersabda, " Berilah makanan ini kepada tawanan." K

KEZUHUDAN DAN KEMISKINAN HIDUP NABI S.A.W DAN PARA SAHABAT R.A

Kengganan Nabi S.A.W Menerima Tawaran Untuk Menjadikan Bukit-bukit Sebagai Emas Nabi S.A.W bersabda, " Tuhanku telah menawarkan kepadaku untuk menjadikan bukit-bukit di Mekah ini sebagai emas. Aku telah menjawab, " Ya ALLAH, aku lebih suka sekiranya aku makan pada suatu hari dan aku berlapar pada keesokannya supaya apabila aku berlapar aku akan merayu dan mengingatiMu dan apabila kenyang aku dapat bersyukur dan memujiMu. Hazrat Abu Hurairah r.a Menceritakan keadaan Beliau Semasa Kelaparan Hazrat Abu Hurairah r.a berkata, " Sekiranya kamu melihat keadaan kami dahulu, sebahagian daripada kami tidak mempunyai makanan buat beberapa waktu walaupun hanya untuk menegakkan tulang belakang. Disebabkan kelaparan, kadang-kadang saya menekan dada ke bumi dan kadang-kadang saya meniarap dengan meletakkan segala kekuatan ke perut dan kadang kadang-kadang saya mengikat batu pada perut. -Fadhail Amal

AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA

Imej
Abu Umamah r.a berkata: " Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana dikala itu orang sangat memerlukannya. " Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab: "Siapakah kamu?". Maka berkata Al-Quran: " Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: " Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap ALLAH S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas

KELEBIHAN SELAWAT

Imej
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail a.s telah berkata kepadaku: Berkata Jibril a.s, " Wahai Rasulullah, barangsiapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian sirath seperti kilat meyambar." Berkata pula Mikail a.s: " Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu." Berkata pula Israfil a.s: " Mereka yang berselawat kepadamu aku akan sujud kepada ALLAH S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga ALLAH S.W.T mengampuni orang itu." Malaikat Izrail a.s pula berkata: " Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan ku cabut ruh mereka itu selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para Nabi-nabi." Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W..? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah

KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD S.A.W menurut pandangan NABI ADAM A..S

Imej
Disebutkan bahawa Nabi Adam a.s telah berkata," Sesungguhnya ALLAH S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku: Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh ALLAH S.W.T. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada ALLAH S.W.T maka ALLAH S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Nabi Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi ALLAH S.W.T memberi mereka pakaian. Ketika aku telah berderhaka kepada ALLAH S.W.T, maka ALLAH S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Nabi Muhammad S.A.W berbuat derhaka, ALLAH S.W.T tidak memisahkan isteri mereka. Memang benar aku telah derhaka kepada ALLAH S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Nabi Muhammad S.A.W derhaka kepada ALLAH S.W.T, akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada ALLAH S.W.T.

SIFAT API NERAKA DAN AHLINYA

Imej
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a berkata, " Jibril datang kepada Nabi Muhammad S.A.W pasa saat yang tiada biasa datang, dalam keadaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi Muhammad S.A.W, " Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawab Jibril, " Ya Muhammad, aku datang kepadamu pada saat dimana ALLAH menyuruh supaya dikobarkan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, siksa ALLAH terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu Nabi Muhammad S.A.W bersabda, " Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat jahannam." Jawabnya, " Ya, ketika ALLAH menjadikan jahannam maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi ALLAH yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya a

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ( ALLAH S.W.T )

Imej
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Bahawa tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada ALLAH sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan di datangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, " Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Muhammad S.A.W telah bersabda, " Sesiapa yang menangis kerana takut kepada ALLAH S.W.T, maka ALLAH S.W.T akan mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu." Akhirnya ALLAH S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada ALLAH S.W.T. Malaikat Jibril a.s mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul Hidayah, dicerita

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Imej
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, " Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, " Wahai pakcik saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi," Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, " Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, " Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka let

RASULULLAH S.A.W dan Pengemis Yahudi Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawwarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, " Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SA.W mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah S.A.W menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah S.A.W melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad S.A.W wafat. Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis yahudi itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, " Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?" Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, " Wahai ayah engkau adalah seorang

Takut kepada ALLAH S.W.T

Imej
Rasulullah S.A.W Menangis sepanjang Malam Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W telah menangis sepanjang malam dan mengulangi ayat ini sehingga ke pagi, "Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalang perbuatanMu) kerana sesungguhnya mereka ialah hambaMu. Dan jika Engkau mengampunkan mereka maka sesungguhnya Engkau sahajalah Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah:118) Diberitakan juga bahawa pada suatu malam Imam Abu Hanifah rah. telah menangis sepanjang malam sambil membaca, " Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang kafir) berpisahlah kamu pada hari ini wahai orang yang berdosa ( daripada bercampur gaul dengan orang yang beriman)." (Surah Ya Sin:59) Ayat ini membawa makna bahawa orang-orang yang menderhaka kepada ALLAH S.W.T akan diperintah supaya berpisah daripada mereka yang berbakti kepadaNYA. Mereka juga tidak dibenarkan bergaul dengan para solehin sebagaimana yang diperbuat oleh mereka di dunia. Berdasarkan perintah di atas, se

Kisah Para Sahabat:" Tabah terhadap kesusahan untuk agama

Penderitaan Hazrat Khabbab bin Al-Aratt r.a Hazrat Khabbab r.a ialah antara jiwa-jiwa yang diberkati yang telah menawarkan diri mereka sendiri untuk diuji dan menanggung kesusahan yang paling dahsyat di jalan ALLAH S.W.T. Beliau telah memeluk islam pada permulaan lagi iaitu selepas lima atau enam orang memeluk agama islam. Oleh sebab itu beliau menanggung kesusahan untuk tempoh yang agak lama. Beliau di pakaikan baju besi lalu dibiarkan di tengah panas yang menyebabkan peluh mengalir dengan banyaknya kerana kepanasan. Pada kebanyakan masa beliau dibaringkan diatas panas tanpa lapik yang telah menyebabkan daging pada belakang badannya terbakar lalu tertanggal. Beliau ialah hamba kepada seorang wanita. Apabila wanita itu mendapat berita bahawa beliau selalu berjumpa dengan Nabi S.A.W maka sebagai balasannya wanita itu telah memanaskan sebatang besi lalu menyelar besi itu pada kepala Hazrat Khabbab r.a. Setelah beberapa lama berlalu, iaitu semasa zaman pemerintaha Hazrat Umar r.a b

Sebuah kisah..."ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kita semua"

Imej
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk " Jalan-jalan Syurga " dan beberapa karya islamik yang lain. Pada suatu Jumaat indah, pada ketika Imam dan anaknya hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata ; " Ayah! Saya dah bersedia". Ayahnya terkejut dan berkata " Bersedia untuk apa?". "Ayah, bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah ALLAH?". "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat". kata Anak kecil itu, " Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?". Ayahnya berkata, " Ayah tidak bersed