Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

PUASA JALAN MENCAPAI TAQWA

Imej
Bismillahirrahmanirrahim... Seluruh pujian hanya untuk Allah Penguasa alam semesta, shalawat dan salam yang paling utama dan paling sempurna kepada Uswatun Hasanah Nabi Muhammad SAW beserta keluarganya, seluruh sahabatnya, para penyeru al-Haq, dan para pemimpin kebaikan yang selalu berusaha menegakkan kalimatullah hingga hari kiamat, Aamiin. Ahlan Ya Ramadhan kareem! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.... ♥ PUASA JALAN MENCAPAI TAQWA ♥ Sesungguhnya matlamat utama ibadah puasa ialah untuk mencapai taqwa, sesuai dengan firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan atas orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”(Surah Al-Baqarah : 183). Jika kita mahu merenung iaitu mengapa Allah SWT memilih puasa untuk mencapai taqwa? Mengapa Allah SWT tidak memilih solat sebagai tiang agama untuk mencapai taqwa, tidak pula melalui zakat, haji dan lain-lain. Bermakna puasa itu adalah ibadah yang sangat istimewa.