Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Hikmah Tersembunyi...

Imej

Sayyidatina Khadijah Binti Khuwailid

Imej
Siti Khadijah srikandi sejati Kaulah lambang cinta sejati Srikandi pertama tika islam bermula Hatimu menyalakan keyakinan Hartamu membuktikan pengorbanan Rasul keseorangan engkaulah teman Dia tersisih engkau memilihnya Dia terbuang engkau menyayanginya Kerana iman kau sanggup berjuang Siti Khadijah namamu indah Qudwah hasanah tauladan ummah Jikalau rasul terpinggir Engkaulah insan terhampir Siti Khadijah mujahidah solehah Agung jasamu dipersada sejarah Pemergianmu ditangisi nabi Hingga kini tiada pengganti Sunyi jalan menuju Allah Menggamit hati mencari teman Indah jalan menuju allah Jika teman seperti Khadijah Masih ada lagi... by: Inteam  ”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Imej
Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada? Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran. 01. Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1] Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah. 02. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati "iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2] Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa. 03. Prioriti. Mengutamakan apa yang utama. "dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).&quo

ALLAH yang sama, ALLAH yang sama juga ...

Imej
Kita percaya bahawa Allah SWT adalah pencipta yang unggul. Tiada tandingan. KehebatanNya mencipta seluruh alam ini tidak akan mampu disangkal oleh mereka yang mahu menggunakan akal untuk berfikir. Bagaimana Allah mencipta dengan teraturnya kejadian manusia, matanya, hidungnya, jari jemarinya, bentuk kakinya, sesuai dengan keperluan kehidupan seorang manusia. Belum dikira lagi betapa halusnya Allah menciptakan pembuluh-pembuluh darah, dan menciptakan ribuan sel serta berbagai sistem, semuanya pula ada tanggungjawab dan tugasan sendiri dalam menggerakkan seorang manusia. Itu baru manusia. Belum kita lihat pula tumbuhan-tumbuhan yang pelbagai jenis, yang semuanya dicipta sesuai dengan keadaan kehidupan mereka, haiwan-haiwan, langit, gunung ganang, air, tanah, bahan bakar, bintang-bintang, matahari dan bulan, planet-planet. Yang mana di dalam semua itu terdapat jutaan mikro organisma, sistem, yang semuanya punya kehidupan sendiri dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan alam i

Carilah Jalan Kembali...

Imej
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (perintah dengan mematuhiNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." - Al-Maidah: Ayat 35 Jasad kita berasal daripada tanah. Ia harus kembali kepada asal kejadiannya untuk mencapai kepuasan. Disebabkan itulah kita makan apa yang tumbuh daripada tanah, juga binatang-binatang yang memakan hasil tanah. Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan semuanya tumbuh daripada tanah. Apabila jasad memperoleh sumber makanan daripada permukaan bumi, maka ia akan kenyang, tenang dan bertenaga. Ruh kita datang daripada Allah, ditiupkan ke dalam jasad. Maka ruh takkan mencapai ketenangan selagi ia belum kembali kepada Tuhan. Untuk mencapai kepuasan ruh/jiwa/hati, tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada penciptaNya. Maka carilah jalan kembali. Bukan kembali dengan kematian jasad, tetapi kembali dengan menghidupkan ha

4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran

Imej
Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan. Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran. Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran. Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk. Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak. Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud : "Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9 Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Ny

Bagaimana Aqal Kita Tatkala Di Dalam Kubur?

Imej
Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat. Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ? Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba. Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu. Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia? Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu" Apa jawapannya sebenar ? Suka saya membawakan sebuah hadis berikut :- ان رَسُولَ

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai Seorang Rasul dan Suami..

Imej
Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran 1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.' 4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yan

Iblis memperdaya Siti Hawa

Imej
...Sesungguhnya Iblis berusaha untuk bersemayam dalam setiap hati manusia, mengikuti gerak-gerinya dengan harapan akan dapat menghancurkan dan memusnahkan kehidupan seseorang. Dalam sebuah cerita disebutkan bahawa pada suatu hari Nabi Adam as keluar rumah untuk mencari nafkah, maka datanglah Iblis bersama anaknya yang bernama Khannas menemui Hawa. “Aku ingin menumpangkan anak ku di sini, kerana ada satu keperluan yang penting, aku harus pergi sendiri,” kata Iblis. Kemudian Hawa menerima anak Iblis tersebut. Ketika Nabi Adam pulang, dia bertanya; “Anak siapakah ini?” Hawa menjawab; “Iblis menumpangkannya kepada ku.” Adam menjadi marah, lalu Khannas dibunuhnya dan dipotong-potongnya. Kemudian setiap potongan badan Khannas disangkutnya di atas dahan-dahan pohon kayu. Setelah itu Adam pergi lagi. Tidak lama kemudian Iblis datang dan menanyakan tentang anaknya. Hawa menceritakan kepada Iblis tentang apa yang telah terjadi. Lalu Iblis memanggil nama anaknya maka kepingan-kepingan tubuh Khann

ALLAH beri apa yang kita perlukan...

Imej

Linangan Air Mata Kesyukuran Abu Darda r.a

Imej
Abu Darda r.a adalah salah seorang sahabat karib Nabi SAW. Beliau dianggap sebagai seorang sahabat yang sangat takwa kepada Allah SWT. Dia sangat berendah hati dan zuhud terhadap kemewahan dunia. Sebagai seorang sahabat besar, Abu Darda r.a banyak memperolehi hadith-hadith dari Rasulullah SAW. Pada suatu hari diriwayatkan Abu Darda r.a telah mendapat berita tentang kampung halamannya telah terbakar. Menurut berita yang diterima melalui seorang sahabat beliau bahawa rumahnya juga telah turut terbakar. Bagaimana pun Abu Darda r.a yang teguh iman itu tidak berasa terkejut mendengar berita itu. Dia kelihatan tenang menerimanya, seolah-olah tidak ada suatu pun yang berlaku ke atas dirinya. Bahkan beliau tidak sedikit pun tergesa-gesa untuk pulang melawat rumahnya yang telah hangus. Sebaliknya Abu Darda r.a menyelesaikan dahulu segala kerjanya. Setelah selesai baharulah dia berangkat menuju ke kampungnya untuk melihat kebakaran itu. Dalam perjalanan itu Abu Darda r.a hanya bertawakal sahaja

LUKISAN ALAM

Hidup tidak selalunya indah Langit tak selalu cerah Suram malam tak berbintang Itulah lukisan alam (Begitu aturan Tuhan) Jadilah rumput nan lemah lembut Tak luruh dipukul ribut Bagai karang di dasar lautan Tak terusik dilanda badai Dalam suka hitunglah kesyukuranmu Dalam senang awasi kealfaanmu Setitis derita melanda Segunung kurniaanNya Usah mengharapkan ke segalanya Dalam perjuangan penuh pengorbanan Usah dendam berpanjangan Maafkan kesalahan insan (Begitu ajaran Tuhan) HasbiAllah, HasbunAllah HasbiRabbi Jalallahu Ya Allah Dalam diam taburkanlah baktimu Dalam tenang buangkanlah amarahmu Suburkanlah sifat sabar (Di) dalam jiwamu itu lirik Nasyid: Lukisan Alam (Hijjaz)