Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

BELAIAN IBU...

Imej
Tertanam naluri keibuan amat mendalam Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan Oh.. ibu Di bahumu tergalas beban Perjalananmu penuh rintangan Kau titipkan kasih sayang Sejujur pengorbanan Tak ku nafikan Di saat kita berjauhan Rasa ingin ku berlari Mendakapimu penuh girang Bak si kecil kehilangan Kau insan penyayang Betapa ku merindu Lembutnya belaian ibu Membuatku terlena Di wajah terlukis tenang Debar di dada kau rahsiakan Ku pastikan dikau aman Dikurnia sejahtera Tak ku lupakan Di saat kita berjauhan Rasa ingin ku berlari Mendakapimu penuh girang Bak si kecil kehilangan Tiada aku tanpa ibu Hanya (kau) satu didunia Bertakhta dikau dijiwaku Kau lah ibu yang tercinta Kau insan pengasih Betapa aku mengharap Hadirnya restumu ibu Membawaku ke syurga Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu Oh.. Ibu Hijjaz: Belaian Ibu p/s: ku tujukan buatmu bonda.... salam sayang dari anakmu....

MALAIKAT DI RUMAH

Imej
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahwa besok Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah"? Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu." "Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia." "Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara." "Dan apa yang akan saya lakukan

KEMATIAN ITU PASTI....

Imej
“Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan, iaitu kematian!” (HR. Tirmidzi) Berbahagialah hamba-hamba ALLAH yang senantiasa bercermin dari kematian. Tak ubahnya seperti guru yang baik, kematian memberikan banyak pengajaran, merungkai makna hidup, bahkan mengawasi alur kehidupan agar tak lari menyimpang. Nilai-nilai pengajaran yang ingin diungkapkan tentang kematian begitu banyak, penuh persoalan, bahkan sebenarnya amat menyedarkan. Di antaranya adalah apa yang mungkin sering kita rasakan dan lakukan. Kematian Tiang-tiang nisan dan pusara menjadi simbol kemuncak pengembaraan jasmani seseorang insan ketika disana. Berkata Imam Al-Ghazali, " Manusia sewaktu hidup didunia, ramai yang tidak sedar dan tidak mahu tahu akan maut yang akan ditempuhnya. Pada waktu malaikat maut menjemputnya barulah dia sedar bahawa dia adalah orang yang sangat lemah dan sangat miskin. Dia tidak mempunyai apa-apa pembekalan yang dibawa yang terdiri daripada Iman, Ilmu, d

SOAL JAWAB ZAKAT FITRAH

Imej
1. Apakah pengertian Zakat Fitrah? Zakat fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. 2. Apakah dalil zakat fitrah? Zakat fitrah dalilnya bersandarkan kepada Hadis Nabi S.A.W. riwayat daripada yang bermaksud: "Rasulullah S.A.W. telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang gandum (syair) ke atas setiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan orang tua atau kanak-kanak yang terdiri daripada orang Islam." (Riwayat Al-Bukhari) 3. Adakah wajib berniat untuk membayar zakat fitrah untuk diri sendiri atau sebagai wakil? Setiap pembayar zakat atau wakilnya wajib berniat mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan tanggunggannya atau sebagai wakil. 4. Apakah syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat fitrah? Syarat-syaratnya ialah: i) Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya da

LAILATULQADAR - GANJARAN ISTIMEWA BAGI MUJAHID

Imej
Alhamdulillah ALLAH telah memberi peluang kepada kita menikmati Ramadhan tahun ini, bulan keampunan, bulan rahmat dan bulan pelepasan dari neraka. Peluang hanya datang setahun sekali tahun depan kita belum pasti bertemu Ramadhan lagi. Seharusnya kita mengambil kesempatan dan peluang yang terbuka luas ini bagi merebut tawaran maha hebat yang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana agensi dan syarikat pasaraya di dunia ini.. Nabi Muhammad S.A.W sekembalinya dari satu peperangan, memberitau para sahabatnya bahawa mereka baru kembali dari satu peperangan yang kecil dan sedang menuju ke satu peperangan yang lebih besar dan lebih sengit. Para sahabat menjadi bingung dan tertanya-tanya adakah peperangan yang lebih hebat daripada itu. Nabi menjelaskan peperangan yang dimaksudkan yang lebih dahsyat ialah berperang degan hawa nafsu. Berperang dengan nafsu dikatakan jihad yang lebih besar daripada peperangan dengan senjata yang boleh meragut nyawa sendiri. Bagi kebanyakan kita, perkara yang paling

HATI ADALAH RADAR YANG PALING AJAIB

Imej
Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya?Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh hati. Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.' Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah(baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah(keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu. Hati adalah radar yang hebat untuk mengesan perbu

" ALLAH ADA....ALLAH LIHAT "

Imej
Pengetahuan pertama yang patut diberi kepada anak ialah ilmu Tauhid - pengesaan terhadap ALLAH diikuti dengan pengenalan terhadap Nabi Muhammad S.A.W sesuai dengan konsep 'awaludin makrifatullah' atau awal-awal agama ialah mengenal ALLAH. Dalam usaha menerapkan jiwa tauhid ini, seorang bapa mengajar anaknya supaya mengulang beberapa kali ayat berikut "ALLAH ada, ALLAH lihat". Si anak tadi terus menjadikannya seperti wirid dengan mengulang berkali-kali ungkapan "ALLAH ada, ALLAH lihat". Kalau tak dapat diucapkan dengan mulut, ia dilintaskan di dalam hati. Pada satu hari, si bapa dan anaknya berjalan-jalan di sebuah dusun buahan jirannya. Dia ternampak buah rambutan sedang masak di sebuah pokok. Teringin di hatinya untuk mengambil beberapa tangkai lalu dia pun menyuruh anaknya memanjat. Sebelum memanjat dia mengingatkan anaknya supaya meneriaknya jika ternampak ada orang menghala ke situ. Si anak yang taat itu pun memanjat sebagaimana yang disuruh oleh bapanya

DI KALA MANUSIA BERTANYA...DAN AL-QURAN SUDAH ADA JAWAPANNYA....

Imej
Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... ....... KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? AL-QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? AL-QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216 KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? AL-QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqar

KISAH SA'ID BIN HARITS BERBUKA PUASA BERSAMA BIDADARI

Imej
Hisyam bin Yahya al-Kinaniy berkata, “Kami berperang melawan bangsa Romawi pada tahun 38 H yang dipimpin oleh Maslamah bin Abdul Malik. Dalam pertempuran itu ada di antara kami seorang lelaki yang bernama Sa’id bin Harits yang terkenal banyak beribadah, berpuasa di siang hari, dan shalat di malam hari. Saya melihat orang itu adalah orang yang sangat bersungguh-sungguh dalam beribadah, baik siang maupun malam hari. Jika dia tidak sedang melakukan shalat atau ketika kami berjalan-jalan bersama, saya lihat dia tidak pernah lepas dari berdzikir kepada Allah dan membaca Al-Qur’an. Pada suatu malam ketika kami melakukan pergantian jaga (saat mengepung benteng Romawi), sungguh saat itu kami dibuat bingung olehnya. Saat itu saya katakan kepadanya, ‘Tidurlah sebentar karena kamu tidak tahu apa yang akan terjadi pada musuh. Jika terjadi sesuatu agar nantinya kamu dalam keadaan siaga.’ Lalu dia tidur di sebelah tenda sedangkan saya berdiri di tempatku berjaga. Di saat itu saya mendengar Said berb

KHUTBAH RASULULLAH S.A.W MENYAMBUT RAMADHAN

Imej
“Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu da

10 POHON RAMADHAN..

Imej
Ibarat sebuah tanaman, maka amaliyah Ramadhan adalah pohonnya. Mediumnya adalah bulan Ramadhan. Pohon apa yang kita tanam di medium Ramadhan, itulah yang akan kita petik, itulah yang akan kita nikmati. Karena “siapa menanam dia yang menuai”. Pertanyaannya; Pohon apa saja yang perlu kita tanam di bulan suci ini? Paling tidak ada 10 pohon Ramadhan yang mesti kita tanam di medium bulan Ramadhan ini: Pohon pertama, shaum. Tidak sekadar menahan hal yang membatalkan shaum –makan, minum dan berhubungan biologis- dari terbit fajar sampai terbenamnya matahari saja. Karena, kalau hanya sekedar menahan yang demikian, boleh jadi anak kecil, usia sekolah rendah bisa melakukannya. Betapa anak-anak kita sudah belajar shaum semenjak dibangku sekolah bukan? Kalau demikian, apa bezanya shaumnya kita dengan mereka? Harus ada nilai lebih, yaitu menjaga dari yang membatalkan nilai dan pahala shaum. Apa yang membatalkan nilai shaum. Di antaranya bohong, ghibah, namimah, mengumpat, hasut dan penyakit hati la

HIDUPKAN MALAM RAMADHAN DENGAN QIAMULLAIL

Imej
Dari Abu Hurairah r.a berkata: " Adalah Rasulullah S.A.W menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda S.A.W bersabda, " Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari ALLAH, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu." Huraian: Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya supaya menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadat kerana fadhilatnya amat besar di sisi ALLAH S.W.T. Antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dalam menghidupkan malam (qiamullail) ini ialah melakukan solat sunat, berzikir, membaca Al-Quran, memperbanyakkan istighfar serta beriktikaf di masjid. Selaku umat islam, kita sepatutnya mencontohi baginda serta berusaha bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan memanfaatkan bulan ini sebaik-baiknya terutama sekali dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Di mana Rasulullah S.A.W dalam kebanyakan hadith memberitahu mengenai kemungkinan besar pada malam-mal

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA DI BULAN RAMADHAN

Imej
KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya. 2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam. 3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu. AMALAN PEMBERI SYAFA'AT DIHARI KIAMAT Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a,

FADHILAT PUASA RAMADHAN

Imej
Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya. Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183) Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit." Selain daripada itu, p

DOA DAN DAKWAH

Imej
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segenap puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam, selawat dan kesejahteraan tetap atas kekasih Tuhan dan junjungan kita Nabi Besar Muhammad S.A.W, serta atas sekelian kaum keluarga, para sahabat dan sekelian para pengikut agama yang dibawanya. ALLAH S.W.T hendak menyempurnakan nikmat-nikmatNya yang besar kepada hamba-hambaNya yang berhubungan dengan dunia dan akhirat, maka ia mengutus para AnbiaNya dengan memberikan pada mereka dua keistimewaan:- 1) Doa 2) Dakwah Segala hajat dan keperluan makhluk dipohonkan kepada Khaliq yang Maha Kuasa dinamakan Doa, dan segenap perintah Khaliq disampaikan kepada makhlukNya dinamakan Dakwah. Baginda Nuh a.s mendakwahkan kaumnya kepada agama ALLAH selama 950 tahun dengan baginda mengalami beranika rupa penderitaan dan kepahitan., kaumnya tetap bersikap acuh tak acuh terhadap dakwahnya. Akhirnya baginda berdoa kepada ALLAH yang terus diperkenankanNya, yang dengannya kaum-kaum baginda yang mencibir-ci

KISAH FATHIMAH AZ-ZAHRA DAN GILINGAN GANDUM

Suatu hari masuklah Rasulullah s.a.w. menemui anakdanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anakdanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah s.a.w. bertanya pada anakdanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Rasulullah s.a.w. tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "Ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anakda menangis". Lalu duduklah Rasulullah s.a.w. di sisi anakdanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya) mencarikan anakda seorang jariah untuk menolong anakda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anakdanya ini maka bangunlah Rasulullah s.a.w. mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan

Doa Supaya Terhindar Daripada Sifat-sifat Keji

Imej

SOLAT DHUHA..MURAHKAN REZEKI, MENOLAK KEPAPAAN

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:- Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim ) Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang D

Musibah, Ujian dan Kesusahan...

UJIAN YANG DIBERIKAN ALLAH Hidup di dunia penuh dengan cubaan dan ujian. Kita akan diuji dengan ujian ketakutan terhadap musuh dan orang jahat, mungkin diuji dengan keperitan hidup (kemiskinan), penyakit, kehilangan orang yang disayangi dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155 hingga 156 yang bermaksud : “Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Dan firman Allah dalam ayat 157 yang bermaksud : “Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.” post by: nurSyirah

8 PERISTIWA PENTING KETIKA KELAHIRAN DAN KEMATIAN

Imej
1-Ketika kamu dilahirkan, azan dilaungkan di telinga kamu, ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan. 2-Ketika kamu dilahirkan, kamu tidak ketahui siapa yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu. Ketika kamu mati, kamu tidak tahu siapa mengusung kamu ke kubur. 3-Ketika kamu dilahirkan, kamu dimandikan dan dibersihkan. Ketika kamu mati, kamu juga dimandikan dan dibersihkan. 4- Ketika kamu dilahirkan kedua ibu bapa kamu dan saudara-mara bergembira. Ketika kamu mati, kamu ditangisi kedua ibu bapa kamu dan sanak-saudara. 5-Kamu dicipta daripada tanah, Maha Suci Allah yang mengembalikan kamu kepada tanah. 6-Ketika dalam perut ibu kamu berada dalam tempat yang sempit dan gelap, ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap. 7-Ketika kamu dilahirkan, kami ditutupi kain supaya aurat ditutupi, ketika kamu mati, kamu dikafan dengan kain supaya auratmu tertutup. 8-Ketika kamu dilahirkan kamu, kelahiran kamu dinanti-namtikan dan sering ditanya perkhabaran kamu, Ketika

RASULULLAH S.A.W. DAN WANG 8 DIRHAM

Imej
Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud belanja. Dengan bekal wang 8 dirham, beliau hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga sampai di pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Nabi Muhammad s.a.w. sempatkan bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa musibah? Perempuan itu menyampaikan bahawa ia adalah seorang budak yang sedang kehilangan wang sebesar 2 dirham. Ia menangis sangat takut didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah s.a.w. untuk menghibur perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham. Beliau bergegas membeli gamis, pakaian kesukaanya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin setengah teriak berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah s.w.t. akan mendandaninya kelak." Rasulullah s.a.w. memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak pantas lagi dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela kepadanya. Nabi Muhammad s.a.w. ta