Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Kebahagiaan terpancar daripada keberkatan ALLAH

Imej
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته UMAT Islam perlu mencari keberkatan kerana tanpanya jiwa pasti tidak akan berasa tenang dan puas. ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah ayat 155-157) Ada golongan berusaha siang malam mencari rezeki. Malah, sanggup menggadai nyawa tetapi mengapa ia tidak memberikan jaminan kebahagiaan? Mengapa ada yang memiliki rumah besar dan megah, tetapi masih tidak gembira? Bahkan mereka bermati-matian men

Memburu Kemanisan Iman

Imej
Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagi ALLAH seru sekalian alam, yang tiada sekutu bagi-Nya, tiada beranak dan diperanakkan. Maha Besar ALLAH yang telah menciptakan bumi yang indah dan subur tempat kita mencari makan, bercucuk tanam dan berkampung halaman. Maha Besar ALLAH yang telah membentangkan langit yang indah laksana tempat kita bernaung, berhiaskan bulan dan bintang yang gemerlapan di angkasa, dilengkapi pula dengan matahari yang memancarkan cahayanya yang penuh mengandung syarat-syarat kehidupan yang utama bagi semua makhluk di seluruh alam ini. Selawat dan Salam sejahtera semoga dilimpahkan pada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang diutus oleh ALLAH untuk mengajar manusia berbudi luhur dan berakhlak tinggi dan semoga dilimpahkan juga bagi keluarganya, para sahabatnya yang telah bersungguh-sungguh berjuang dalam menyebar dan mengembangkan agama islam ke seluruh penjuru dunia. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Memburu Kemanisan Iman Apabila manusia tidak kenal ALLAH, manus