Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

TAZKIRAH RAMADHAN: EMPAT TUNTUTAN

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Assalamu'alaikum w.b.t buat sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH S.W.T sekalian, semoga semuanya berada dalam dakapannya iman dan taqwa kepada ALLAH...aamiin. TAZKIRAH RAMADHAN: EMPAT TUNTUTAN "Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183- Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan. Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu; 1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah; 2. Beristighfar; 3. Memohon memasuki jannah dan 4. Berlindung dengan-Nya daripa