Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Kasih Abadi

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.... Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Assalamu'alaikum w.b.t... ♥♥..KASIH ABADI..♥♥ Ku hayati kisahmu ya Rasulullah.. Hatiku tersentuh..airmataku berderai.. Betapa mendalamnya kasihmu.. Melebihi dalamnya lautan biru.. Biar hembusan nafasmu kian tiba penghujungnya.. Namun hatimu ya Rasulullah.. Masih diselubungi kerisauan.. Andai dikau pergi dulu.. Bagaimana nanti dengan nasib umatmu.. Hatimu ya Rasulullah penuh CINTA.. Hatimu ya Rasulullah penuh RINDU.. Hatimu ya Rasulullah penuh KASIH.. KASIH ABADI HINGGA KE SYURGAWI.. Sesungguhnya ya Rasulullah... Kami rindu untuk bersamamu.. Moga airmata kami pada malam ini.. Akan menjadi saksi & mendapat syafaatmu ya Rasulullah.. Moga di syurga kita bertemu.. Kekal abadi buat selamanya.. ~> NUKILAN RASA DATO' USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD. Rasulullah SAW bersabda, "almar_u ma'aman ahabb", seseorang kelak akan dikumpulkan dengan orang2 yg

Wasiat Seorang Ibu Budiman

Imej
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setelah Al Haris bin Amr, Raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan Auf bin Muhlim, di waktu utusan di raja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:- “Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, Tetapi ! Ia sebagai peringatan untuk yang lalai Dan pedoman kepada yang berakal. Andai ibu-bapamu dapat memberikan segala-galanya nescaya, tidak perlu bagimu seorang suami dan kau terlalu berharga bagi kami, Tetapi ! Wanita dicipta untuk lelaki Lelaki dicipta untuk wanita. Berceraila kau dari ayunan buaianmu meninggalkan teratak tempat besarmu melangkah menuju ke alam baru yang belum kenal yang belum biasa Kau milik suamimu anggap dirimu sebagai hamba tentunya suamimu jadi tem

“Hubbud dun-ya” (cinta dunia)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.... Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Assalamu'alaikum w.b.t... Daripada Imam Abdullah bin al Mubarak ra telah meriwayatkan dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz r.a: “Wahai Muaz r.a! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah saw. Berkata rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu Muaz r.a menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz r.a berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah saw pernah bersabda kepadaku: Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti. Wahai Muaz! Sesungguh