Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Mengapa kita mesti mati dan hidup sesudah mati?

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap manusia tentu pernah berkata di dalam hatinya, jika tidak ada mati nescaya hidup akan terus kekal seperti keadaannya. Dan kejernihan hidup tidak akan dikeruhkan oleh pemindahan mengejut yang dianggap manusia sebagai suatu perkara yang dibenci dan menakutkan. Tetapi jika manusia memehati dengan teliti serta membayangkan tentang kehidupan tanpa kematian, nescaya dia pasti mendapati kematian itu suatu kemestian. Jika kehidupan dunia itu berterusan tanpa maut, manusia tetap tidak mencapai lebih daripada jaraknya yang pendek, pengetahuan yang sempit dan ufuknya yang terbatas. Biar betapa luas manusia memperolehi ilmu pengetahuan dan makrifat semasa dalam kehidupan di dunia, namun dia hanya mengetahui mengikut kadar kebolehannya yang terdaya di capai oleh alat-alat kelengkapan yang ada pada dirinya yang mana sangat terbatas dan sangat lemah. Maut itu sering me

Nurullah (Nur Hidayah)

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Walau waktu terus berlalu, namun Rahmat dan Hidayah ALLAH tetap berterusan...  Apabila matahari terbit dan memancarkan cahayanya dengan terang, dapatlah kita lihat kerja-kerja yang baik dengan jelas. Bila matahari tenggelam dibarat malam pun tiba, alam menjadi gelap dan sunyi, segala kerja-kerja yang baik pun berhenti, kerja-kerja yang jahat mula bermaharajalela. Demikianlah, apabila hati-hati manusia dimasuki nurullah (nur hidayah) maka manusia dapat melihat dan mengenal kebaikan serta kebenaran seterusnya dapat melakukan kerja-kerja yang baik. Sebaliknya bila hati-hati manusia gelap (disebabkan kejahilan, kelalaian, nifaq dan syirik) maka manusia tidak nampak kebenaran dan tidak mengenali kebaikan, lalu manusia membuat kerja-kerja yang salah dan mungkar. Firman ALLAH S.W.T :- " Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hat

Karikatur Penuh Cinta

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Salam serta selawat kepada junjungan Nabi S.A.W, Rasul pilihan yang menjadi kekasih-Nya, salam serta doa keselamatan juga terlimpah buat keluarga Baginda, para sahabat 'khairul qurun' serta seluruh umat Baginda yang setia berkomitmen, menggenggam setia sunnah-sunnah Rasulnya sehingga akhir zaman. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Karikatur Penuh Cinta "...Ya Rasulullah..." Duhai Insan, Ke mana lagi engkau mencari teladan? Sudah usai perjalanan semua kafilah pencari kearifan, Prototaip terakhir yang paling sempurna daripada Tuhan, Kisah lelaki anggun 14 abad silam yang tidak hilang ditelan zaman. Disanalah terminal akhir itu bermuara, Oasis sejati bagi sahara jiwa-jiwa dahaga, Mata air kecemerlangan yang tidak pernah kering ditimba, Sepatah kata daripadanya, bertabur luapan cahayanya kepada kita, Di segala ruang dan waktu, namanya sentiasa hidup menggema. Ku cuba tuangkan sepotong fragmen hidup sang Mustafa, Berkenaan putih bersih giginya ketika te