Berbahagialah menjadi muslimah




Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu'alaikum wrbth...
Segala puji bagi ALLAH seru sekalian alam, yang tiada sekutu bagi-Nya, tiada beranak dan diperanakkan. Maha Besar ALLAH yang telah menciptakan bumi yang indah dan subur tempat kita mencari makan, bercucuk tanam dan berkampung halaman. Maha Besar ALLAH yang telah membentangkan langit yang indah laksana tempat kita bernaung, berhiaskan bulan dan bintang yang gemerlapan di angkasa, dilengkapi pula dengan matahari yang memancarkan cahayanya yang penuh mengandung syarat-syarat kehidupan yang utama bagi semua makhluk di seluruh alam ini.

Selawat dan Salam sejahtera semoga dilimpahkan pada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang diutus oleh ALLAH untuk mengajar manusia berbudi luhur dan berakhlak tinggi dan semoga dilimpahkan juga bagi keluarganya, para sahabatnya yang telah bersungguh-sungguh berjuang dalam menyebar dan mengembangkan agama islam ke seluruh penjuru dunia.


Alhamdulillah, syukur pada ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya hambanya ini masih lagi mampu menyampaikan sesuatu disini, masih lagi mampu menghirup setiap zarah udara kurniaan-Nya, masih lagi mampu menjalani ibadah kepada-Nya dan syukur yang tidak terhingga, yg sehingga kini masih lagi berada dalam nikmat iman dan islam, nikmat yang teramat besar dalam diri semua umat islam, Ya ALLAH, Ya Wahhab Ya Matin kekalkanlah taufiq dan hidayahMu dalam diri kami sehingga terhentinya nafas ini selamanya.....aamiin ya Rabbal'alamin......

Buat saudari muslimahku semua, nukilan ini khas bt ingatan kita bersama, satu tujuan yang pengakhirannya adalah sangat indah. sungguh diri ini begitu kasih padamu, terlalu banyak fitnah yang berlaku akibat lemahnya iman kita semua, lalu diri ini yg masih lagi bermujahadah ingin mengajak akhawat semua untuk bersama-sama mencari erti sebenar maksud hidup kita berada di dunia ini, Allah Ghoyatuna Arrasul Qudwatuna Al Qur'an dusturuna Al Jihadu Sabiluna Almautu fii sabilillah Asma amanina, inya-ALLAH..aamiin :') 



Berbahagialah menjadi muslimah

Saudariku muslimah, ingatlah denganmu dunia yang indah ini menjadi semakin indah. Nabi SAW kita bersabda, " Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah kenikmatan (perhiasan) dan sebaik-baik kenikmatan dunia adalah wanita shalihah" (HR Bukhari)

ALLAH SWT telah menciptakan wanita begitu indah baik rupa maupun bentuknya, tapi hanya sedikit wanita yang menyedari akan kodrat dan kewajibannya. Wanita Shalihah bukan wanita biasa. Ia adalah wanita muslimah yang sangat berbeza dari wanita kafir maupun wanita fajir lainnya.

Tidakkah kita bangga menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW kekasih-Nya? pengikut jejak wanita-wanita mulia penghulu syurga; Khadijah r.anha, Aisyah r.anha, dan Fatimah r.anha? ALLAH SWT telah menjanjikan pahala yang begitu besar bagi wanita muslimah, sama halnya seperti laki-laki dalam firman-Nya: " Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupannya yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." ( QS.An-Nahl:97)  Allahu Akbar! Firman ALLAH SWT: " Maka yang mana satu nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan. " (S.Ar-Rahman:13)

Sebagai wanita muslimah yang telah diberi kemudahan oleh ALLAH SWT, dikurniai nikmat terbesar berupa Iman, maka lakukanlah hal-hal yang mulia, sebagai bentuk syukur kepada-Nya agar Dia berkenan membuat kita bahagia didunia dan diakhirat. Taatilah ajaran agama, berperilakulah sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah kerana kita adalah seorang muslimah. Sungguh...ini adalah kemuliaan yang besar dan kebanggaan yang tiada tara, satu-satunya jalan keselamatan yang tidak dikurniakan kepada semua orang. Rasulullah SAW bersabda: " Jika wanita sholat lima waktunya, berpuasa dibulannya, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya: " Masuklah ke dalam syurga dari pintu syurga mana saja yang kamu sukai." ( HR Ibnu Hibban, Thabrani).

Maka bergembiralah wahai muslimahku semua kerana kita telah rela meyakini ALLAH sebagai Rabb, menjadikan islam sebagai agama, dan mengakui Nabi Muhammad SAW adalah utusan-Nya, yang telah menjunjung tinggi martabat kaum wanita, jauh dari perlakuan jahiliyyah yang nista. Al-Quran mengabadikan pandangan bangsa arab jahiliyyah sebelum islam: " Dan apabila seseorang dari meraka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu." (QS.An-Nahl:58-59)

Itulah kehidupan wanita sebelum islam, tapi kita sekarang sejajar dengan kaum laki-laki dalam penghambaan kepada ALLAH SWT, meskipun berbeza dalam fungsi sosialnya mengikut kodrat dan fitrah, tidak seperti dalam faham feminisme yang jahili dan menipu. Kita merdeka dan bebas menjalankan perintah ALLAH dan Rasul-Nya demi mengejar pahala yang begitu tinggi, berupa syurga yang abadi. Akankah sekarang kita menyia-nyiakan kesempatan yang sedikit ini?

Marilah duhai muslimahku semua, kita bersegera dan berlumba-lumba demi mewujudkan cita-cita kita, jangan kita mau kalah dengan kaum laki-laki kerana kita punya hak yang sama dalam hal ibadah. Jangan pula kita mau kalah dengan hawa nafsu kita, yang cenderung lebih banyak menuruti hawa nafsunya, dan keinginan-keinginan syahwatnya.




Sebagai wanita muslimah, jangan kita pernah putus asa dari rahmat ALLAH SWT yang begitu luas, segeralah bertaubat dan memohon keampunan-Nya, kerana ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Rasulullah SAW memberikan petunjuk kepada ibunda kita 'Aisyah r.anha: " Bila engkau diliputi dosa mohonlah ampun kepada ALLAH dan bertaubatlah kepada-Nya, sebab bila seorang hamba mengakui dosa-dosanya dan bertaubat, nescaya ALLAH akan menerima taubatnya. "(Muttafaq 'alaih)

Sungguh indah, apabila kita bisa melakukan semua yang diredhai ALLAH SWT dan meninggalkan larangan-Nya. Tidak maukah kita disebut sebagai ' mar'ah shalihah ' (sebaik-baik perhiasan dunia) yang dicintai ALLAH dan Rasul-Nya? Tidakkah kita bangga bila menjadi pendamping kaum laki-laki dalam perjalanan menuju syurga?

Saudari muslimahku semua, emasmu adalah agamamu, perhiasanmu adalah akhlakmu, dan hartamu adalah budi pekertimu...

Semoga ALLAH SWT senantiasa menjaga iman kita, meneguhkan hati kita tetap di jalan-Nya, mengikut jejak Rasul-Nya, sehingga kita bisa masuk ke dalam syurga ALLAH yang penuh nikmat, kekal abadi buat selama-lamanya...aamiin 

~Salam mahabbah buat semua sahabat yang dikasihi ALLAH S.W.T, sungguh merindui kalian semua :')....
Uhibbuki fillah 


Ulasan

wafa zinnirah92 berkata…
Assalamu`alaikum wbt..

Jazakillah ya ukhti ats perkongsiannya kali ini..

Betul2 bermanfaat buat yang bergelar muslimah.. ^_^

Moga sudi berkongsi lagi buat tatapan semua.=)

~permata yang dicari~
Abd Razak berkata…
Assalamualaikum ya sahabat..:)

Moga sahabat dikurniakan Allah kesihatan yang baik..

Ya kami lelaki sebagai pemimpin, tugas kami merupakan satu dari kepelbagaian tanggungjawab yang telah digariskan secara jelas oleh Islam untuk menjadi panduan melayari bahtera kehidupan di dunia bertujuan menjamin kebahagiaan abadi di akhirat.

Sebagai ketua dalam keluarga yang dipertanggungjawabkan memastikan ahli keluarga terelak daripada memasuki api neraka, tanggungjawab tersebut adalah amanah berat yang menjadi fitrah keinsanan.

Wanita tiang seri kehidupan, menjadi perhiasan agama bangsa dan negara, kalau rosak ia, musnahlah sebuah kehormatan agama bangsa dan negara.

Allahu'alam
~Salam ukhuwah..

Alhamdulillah..kita semua rasa bangga menjadi seorg muslimah..amin..

Sgt bermunafaat utk semua..teruskan perjuangan sahabat..
Syahidah berkata…
I like ^_^b
salam ukhuwah Islamiyah ukhty.. :)

Bahan Anti-Foaming Ditemukan dalam Ayam McNuggets. http://khoirunnisa-syahidah.blogspot.com/2011/09/bahan-anti-foaming-ditemukan-dalam-ayam.html
assalamualaikum kakak ku yg dikasihi :)

rina kan, dah tulis blog balik..
mohon teguran andai ade post yang tak baik dari rina..
akak tegur la ye..
akak syg rina kan2? hihi :)

ape2 pun..pandai akak menulis..jangan sia2 kan bakat ni..teruskan perjuangan

salam. sehingga bjumpa lagi insyaAllah
Khaulah~ berkata…
assalamualaikum...

entry yang cukup bermanfaat...
m0ga thabat dengan tinta dakwah sahabat...

teruskan perjuangan!!!

m0ga ALLAH redha...~
Unknown berkata…
Assalamualaikum akak,jazakillah akak.uhibbukifillah....ana nak adaptasikan dalam sebuah video boleh..?
khaliFah_maahad berkata…
sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah
Al - Mu'allim berkata…
Salam 'alaik, kak.

Perkongsian yang menarik. Moga memberi manfaat bukan saja kpd muslimat itu sendiri, tetapi juga buat abang, ayah, ibu, suami mahupun adik kepada muslimat juga.

Lama dah xberkunjung ke sini. Makin advance akak dalam dunia blog ye.
nadbaptist berkata…
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

dik Ahlia, sesungguhnya akak bersyukur kerana dilahirkan menjadi seorang wanita muslimah...apatidaknya pada abad ini wanita tidak terkongkong lagi utk mendalami ilmu2 agama malah kini wanita boleh menyampaikan dakwah melalui pelbagai cara..semua ini atas kehendakNYA..
berbahagialah kita sebagai seorang wanita muslimah...akak sukaa ^_^
moga adik ahlia berbahagia dan meneruskan perjuangan bukan sahaja menjadi wanita muslimah tetapi wanita muslimah solehah..Ameen
~ wafa zinnirah92 ~

Wa'alaikumussalam warahmatullah :)

Insya-ALLAH, mohon doanya dari ukhti, moga ALLAH permudahkan segala-galanya..aamiin

Jazakillah :)
~ Sahabat Abd Razak ~

Wa'alaikumussalam warahmatullah :)

Insya-ALLAH, sama-sama kita saling mengingatkan antara satu sama lain, peranan dan tanggungjawab adalah amanah yg harus kita pikul dengan sebaiknya..mudah-mudahan taufiq dan hidayah-Nya sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita semua.

Na'am sahabat, wanita adalah kunci kebaikan suatu umat. Wanita bagaikan batu bata, ia adalah pembangun generasi manusia. Maka jika kaum wanita baik, maka baiklah suatu generasi. Namun sebaliknya, jika kaum wanita itu rusak, maka akan rusak pulalah generasi tersebut.

Duhai wanita! engkaulah pengemban amanah pembangun generasi umat ini. Jadilah engkau wanita muslimah yang sejati, wanita yang senantiasa menjaga kehormatannya. Yang menjunjung tinggi hak Rabb-nya. Yang setia menjalankan sunnah rasul-Nya..insya-ALLAH selamanya peringatan bt hamba ALLAH ini terlebih dahulu, hajat sentiasa doanya dari semua.. aamiin

Jazakallah ya syabab, Moga dlm rahmat dan redha ALLAH sentiasa..
~ Saridah ~

Wa'alaikumussalam warahmatullah :)

Salam ukhuwah fillah juga ya ukhti, syukran :)

Insya-ALLAH, hajat doanya sentiasa dari ukhti utk sama-sama mencari keredhaan-Nya..

barakallahu fiik ^^
~ Khoirunnisa Syahidah ~

Salam ukhuwah islamiyah juga ya ukhti :) jazakillah, insya-ALLAH akan menyusul pula di blog ukhti, biiznillah :)

barakallahu fiik ^^
~ adikku Rina (◕‿◕)✿ ~

Wa'alaikumussalam warahmatullah :)

Alhamdulillah, akak dh jengok blog rina, rindu dh terubat..syukran dik ^^ jaga iman, jaga amal sentiasa ye, insya-ALLAH doa bt akak jugak :)

uhibbukifillah ^^
~ Khaulah ~

Wa'alaikumussalam warahmatullah :)

aamiin, insya-ALLAH..syukran ya ukhti..hanya pada ALLAH kita pohon kekuatan dalam diri, agar Dia berkenan pilh kita lagi dan lagi utk sampai ke satu destinasi yang paling indah, berupa syurga ALLAH yang kekal abadi..

Moga ALLAH redha ukhti selamanya, aamiin :')
~ Adik Ketenangan Hati ~

Wa'alaikumussalam warahmatullah :)

Alhamdulillah...Jazakillah dik, airmata mengalir sebaik saje akak lihat video tu, subhanallah! indah, damai dan tenangnya..Thank You ALLAH! Allahu Akbar!

Moga ALLAH redha adik dunia akhirat..aamiin
~ khaliFah_maahad ~

Assalamu'alaikum..syukran atas kunjungan..
na'am ya syabab, doakanlah kami semua agar berjaya menjadi wanita yang solehah, yang dicintai ALLAH dan Rasul-Nya..Insya-ALLAH

Jazakallah
~ adik Al-Mu'allim ~

Wa'alaikumussalam warahmatullah..

Insya-ALLAH, mudah-mudahan begitulah hendaknya, sama-samalah kita doakan untuk semua umat, kita semua saling memerlukan, peranan dan tanggungjwb begitu besar, apatah lg diakhir zaman ini..iman dan amal perlu sentiasa dipertingkatkan seiring mengajak org lain juga bersama-sama memperbaiki diri..insya-ALLAH mudah-mudahan ALLAH permudahkan segalanya..aamiin

terima kasih dik, moga dlm rahmat dan redha ALLAH sokmo2 :)
~ kak [anitaare] ~

Wa'alaikumussalam warahmatullah..:)

Aamiin doanya akak, alhamdulillah. Benar apa yg akak katakan, sungguh bahagia dipilih ALLAH menjadi seorang muslimah, tinggal lg diri kita sendiri memilih jalan yang benar atau sebaliknya, Allahu Rabbi! Pada ALLAH tempat kita bergantung segala sesuatu, moga indah perjalanan kita seterus dan seterusnya..insya-ALLAH

Jazakillah kheir kak, atas kunjungan hati, Moga ALLAH jaga akak sekeluarga dengan baik sentiasa, dlm rahmat serta redha-Nya..aamiin
MuNie berkata…
salam buat kakak ku sayang.. :)

trm ksh ats entry ni..
untung sgt tp rmai yg xtau..
if tau pun, bkn muda jln mujahadah tu..
hanya hati2 yg cekal dan diberikan kekuatan je yg mampu.
semoga dtg kekuatan cinta pd Allah itu di hati ini.
dipaksa2 ia dtg tp diri ni sedar, ia milik Allah..
mgkn xckup kuat lg usaha nk "tackle"..
doa2kan yer kak yer..

slm sy buat akak.. <3
~ Adik Munie yg disygi ~


Wa'alaikumussalam warahmatullah..:)

Ye dik, seberat mana pun ujian yang kita hadapi, sekuat mana pun cubaan yang kita jalani, sejauh mana kaki melangkah dalam meniti hari2, meskipun kegagalan yang kita rasai, JANGAN pernah berhenti berharap dari pertolongan Ilahi,...berdoalah kerana itu senjata kita, senjata bg org2 yg beriman...

Semoga ALLAH merahmatimu adikku :)
Uhibbukifillah~