DOA DAN DAKWAH




Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segenap puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam, selawat dan kesejahteraan tetap atas kekasih Tuhan dan junjungan kita Nabi Besar Muhammad S.A.W, serta atas sekelian kaum keluarga, para sahabat dan sekelian para pengikut agama yang dibawanya.

ALLAH S.W.T hendak menyempurnakan nikmat-nikmatNya yang besar kepada hamba-hambaNya yang berhubungan dengan dunia dan akhirat, maka ia mengutus para AnbiaNya dengan memberikan pada mereka dua keistimewaan:-
1) Doa
2) Dakwah

Segala hajat dan keperluan makhluk dipohonkan kepada Khaliq yang Maha Kuasa dinamakan Doa, dan segenap perintah Khaliq disampaikan kepada makhlukNya dinamakan Dakwah.

Baginda Nuh a.s mendakwahkan kaumnya kepada agama ALLAH selama 950 tahun dengan baginda mengalami beranika rupa penderitaan dan kepahitan., kaumnya tetap bersikap acuh tak acuh terhadap dakwahnya. Akhirnya baginda berdoa kepada ALLAH yang terus diperkenankanNya, yang dengannya kaum-kaum baginda yang mencibir-cibirkan dakwahnya itu dijadikan mangsa banjir yang didatangkan kepada mereka berupa azab dan yang terselamat hanyalah mereka yang beriman, hal ini di terangkan dalam Al-Quran:

Nabi Nuh a.s berkata; " Ya ALLAH, sesungguhnya aku telah mendakwah kaumku malam dan siang. Tetapi dakwahku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku mendakwah mereka (kepada beriman) agar Engkau mengampuni meraka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinga mereka dan menutupkan baju (kemuka mereka) dan mereka tetap (mengengkari) dan menyombongkan diri dengan sangat. Kemudian sesungguhnya aku telah mendakwah mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan. Kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan (dakwah umumi) dan dengan sembunyi (dakwah khususi). Maka aku katakan kepada mereka mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun (S. Nuh: 5,6,7)

Sesungguhnya disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan keneraka. Maka mereka tidak mendapat penulung-penulung bagi mereka selain dari ALLAH. Nuh a.s berkata, " Ya ALLAH, janganlah Engkau biarkan seorang pun diantara orang-orang kafir itu tinggal diatas bumi sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak selain anak yang berbuat maksiat lagi sangat kafir. (S. Nuh: 25, 26, 27)

Apabila mujahadah dalam menyampaikan dakwah dan tabligh Baginda Musa a.s telah sampai ke puncaknya, maka dengan sekali berdoa kepada ALLAH, raja Firaun yang paling zalim lagi kejam bersama bala tenteranya yang menindas Bani Israel dengan setindas-tindasnya, ditenggelamkan ke dalam Sungai Nil, dinyatakan dalam Al-Quran:

" Dan sesungguhnya telah kami wahyukan kepada Musa (a.s): pergilah kamu dengan hamba-hambaKu (Bani Israel) dimalam hari, maka buatlah untuk mereka jalan yang kering dilaut itu (dengan memukul muka laut itu dengan tongkatmu) kamu tidak usah khuatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam). Firaun dengan bala tenteranya mengejar mereka, lalu mereka ditutup oleh laut, yang menenggelamkan mereka. (S. Taha: 77, 78)

Kesimpulannya: Kesempurnaan atau tidaknya dakwah dan tabligh itulah yang menyebabkan kemajuan dan kejatuhan serta kejayaan dan kegagalan bangsa-bangsa alam. Pada masa sekarang ini dimana berbagai macam fitnah dan kesukaran menjadi-jadi, dimana umat manusia sedang mengalami penderitaan yang amat pahit, dikalangan manusia telah berjangkit beranika rupa penyakit, berupa penyakit ruhani dan jasmani, kekurangan makanan (kebuluran), kekurangan pakaian (keinsipan), kerosakan akhlak, kejatuhan moral, kampung halaman dilanda banjir, dikenakan gerak gempa dan bermacam-macam pula bencana yang hendak memusnahkan umat manusia, kerana umat manusia masih bersikap acuh tak acuh terhadap dakwah iman dan islam. Rawatan yang sewajarnya disediakan untuk mereka ialah supaya agama disebarkan dipermukaan bumi ini dengan perantaraan dakwah dan tabligh dengan memberikan pengorbanan harta, jiwa, tenaga dan masa dan disamping itu menguatkan kontak (perhubungan) dengan ALLAH dengan perantaraan Doa, iaitu doa-doa yang telah diajarkan oleh ALLAH dan RasulNya Muhammad S.A.W untuk beramal pada setiap masa dan setiap keadaan dan situasi.

Doa dan permohonan tidak diperkenankan melainkan dengan mujahadah dan pengorbanan, dengan terkabulnya doa-doa maka pengorbanan yang diberikan itu akan melahirkan kesan dan imprasinya berupa bantuan dan nusrah dari ALLAH S.W.T dan berupa kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Ulasan

mama hidayahamin berkata…
orang yang terpilih
Menjadi teman Tuhan di dunia bukanlah sebarang orang
Susah mereka
Kesabaran mereka
Pengorbanan mereka
Adalah semaksima kemampuan seorang manusia
Golongan ini adalah pilihan Tuhan
Bukan boleh diminta-minta...
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
Syukran yer akak..doakan ana
benar apa yg akak katakan itu..mereka adalah insan yg terpilih oleh ALLAH di dunia ini.
Peluncur Islam berkata…
insyaAllah... semoga Allah tetapkan umat Islam dalam kerja dakwah...


*kali pertama tengok orang buat ziarah DALAM GAMBAR...menarik... Nampak keindahan Islam... subhanallah
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
SubhanALLAH Alhamdulilah...

Syukran Peluncur Islam, Semoga usaha dakwah diteruskan sampai akhirnya maut memanggil,
Moga mati kami kelak, mati dalam kalimah Iman, Amin