Renungan Bersama...

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu:



  1. Manusia yang tahu (mengerti), dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.
  2. Manusia yang tahu tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur dan perlu dibangunkan.
  3. Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.
  4. Orang yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian harus dijauhi.

Manusia terdiri daripada 4 golongan:

  1. Senang di dunia dan senang di akhirat.
  2. Susah di dunia dan senang di akhirat.
  3. Senang di dunia dan susah di akhirat.
  4. celaka di dunia dan celaka di akhirat...(Nau'zubillah)

4 perkara yang tidak pernah puas dari 4 perkara:

  1. Tanah dari air
  2. Wanita dari laki-laki
  3. Mata dari memandang (melihat)
  4. Orang Alim dari ilmu

4 perkara yang membinasakan:

  1. Penglihatan yang tertutup
  2. Hati yang kesat
  3. Tamak (rakus)
  4. Panjang angan-angan
Tiga macam perbendaharaan taat iaitu:
  1. Menyembunyikan sedekah
  2. Menyembunyikan penyakit
  3. Menyembunyikan bala musibah
Abu Darda r.anhu berkata, " Orang tidak suka kemiskinan dan saya suka, tidak suka mati dan saya suka, tidak suka penyakit dan saya suka. Saya suka penyakit kerana menjadi penebus dari segala dosa-dosaku, aku miskin sebab menyebabkan tawadduk kepada ALLAH S.W.T dan suka mati kerana rindu kepada ALLAH S.W.T.


Tinggalkanlah lima perkara

  1. Tinggalkanlah pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.
  2. Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.
  3. Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.
  4. Tinggalkanlah melihat cacat (aib) orang lain , nescaya anda akan lebih mengenal cacat sendiri.
  5. Tinggalkanlah penyelidikan yang terlampau mendalam tentang ZAT ILAHI, nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan.

Amanah Abu Bakar As siddiq

Saya amanahkan kamu 10 perkara, yang harus kamu pelihara sebaik-baiknya, iaitu:

  1. Jangan berkhianat
  2. Jangan membalas dendam
  3. Jangan bertindak kejam
  4. Jangan menyiksa orang
  5. Jangan membunuh anak
  6. Jangan membunuh orang tua
  7. Jangan membunuh kaum wanita
  8. Jangan menebang atau membakar pohon kurma
  9. Jangan menebang pohon yang sedang berbuah
  10. Jangan menyembelih binatang ternak kecuali jika perlu untuk makan
Kesepuluh larangan ini berlaku di zaman perang, juga di zaman damai.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Al-A'masy dan Khattab dan Anbasah dan kira-kira 50 guru yang meriwayatkan keterangan ini dari Ali bin Abi Talib r.a berkata: " Ingatlah daripadaku lima, ingatlah dua dan dua dan satu iaitu:

  • Ingatlah jangan ada seorang takut kecuali kepada dosanya
  • Jangan mengharap kecuali kepada Tuhannya
  • Jangan malu jika tidak mengetahui untuk belajar
  • Jangan malu di tanya sesuatu yang tidak di ketahui untuk megatakan "Tidak mengetahui" dan
  • Ketahuilah bahawa sabar itu dalam segala hal bagaikan kepala di badan

Dan pada hari kiamat ALLAH S.W.T akan menolak alasan empat orang dengan empat iaitu:

  • Menolak alasan-alasan orang kaya dengan Nabi Sulaiman a.s. Jika si kaya berkata: " Kekayaan itulah yang menyebabkan aku sibuk sehingga tidak sempat beribadat" Maka di jawab: " Engkau tidak lebih kaya dari Sulaiman a.s tetapi kekayaannya tidak melupakan dari beribadat".
  • Jika hamba sahaya berkata: : "Kerana saya sebagai hamba sahaya maka saya tidak dapat bebas untuk beribadat kepadaMu". Maka ALLAH S.W.T menjawab: " Yusuf a.s menjadi hamba sahaya tetapi kehambaannya tidak menghalangi untuk melakukan ibadat."
  • Jika si miskin berkata:" Kemiskinan itulah yang menghalangi untuk beribadat kepadaMu".Maka ALLAH S.W.T menjawab: " Engkau tidak lebih miskin dari Isa a.s tetapi Isa. a.s tidak terhalang untuk melakukan ibadat".
  • Jika terhadap orang sakit dengan Nabi Ayyub a.s: " Jika si sakit berkata: "Penyakitku itulah yang menghalangi aku untuk beribadat". Maka ALLAH S.W.T menjawab: " Penyakitmu tidak lebih berat dari penyakit Ayyub a.s tetapi ia tidak terhalang untuk ibadat kepadaKu".
Sehingga tidak ada alasan bagi orang yang akan beralasan di sisi ALLAH S.W.T pada hari kiamat. Orang solihin senang dengan penyakit dan kesukaran itu kerana menjadi penebus dari segala dosa-dosa... Allahuakbar...semoga menjadi renungan buat kita semua. Semoga apa yang kita belajar dapat kita amal dan sampaikan juga pada orang lain..InsyaALLAH

Ulasan

yaby berkata…
mencari keredhaanNya..
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
InsyaALLAH..semoga kita semua memperolehi keredhaanNya dunia dan akhirat..Amin