Antara Dua R.e.d.h.a


بسم الله الرّحمن الرّحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

***

"Antara Dua R.e.d.h.a"



   Dalam kehidupan di dunia ini, kita sebenarnya tersepit diantara dua redha. Iaitu redha ALLAH dan redha manusia. Kebiasaanya, dua perkara ini saling berlawanan. Namun ada juga dalam sesetengah perkara, dua konsep ini seiringan. Bila? Itulah pentingnya persekitaran yang baik. Andai kita mempunyai kenalan yang sentiasa baik, dan berada di persekitaran yang baik-baik, nescaya tidak menjadi masalah kepada kita untuk mengejar redha ALLAH. Namun, jika kita mencari kenalan seberapa ramai yang boleh di jalan maksiat, serta tinggal di persekitaran yang tidak baik, amat sukar untuk kita mengejar keredhaan ALLAH, kerana manusia akan mencemuh kita dan meminggirkan kita. 

Sabda Nabi Muhammad s.a.w ;
“Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “islam itu bermula sebagai sesuatu yang asing, dan akan kembali asing, maka sampaikan berita gembira kepada orang-orang yang terasing itu..”

   Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa, diwaktu islam mula-mula bertapak di bumi dahulu, ia dilihat sebagai sesuatu yang cukup asing didalam masyarakat. Disaat manusia bebas menyembah berhala, sekolompok kecil manusia berasa terasing dengan menyembah ALLAH. Disaat manusia bebas meminum arak, sekumpulan kecil manusia berasa terasing berpuasa. Hinggakan mereka dipulaukan. Namun lama kelamaan islam makin mekar, hingga menguasai dua pertiga dunia. Dan ajarannya tersebar luas ke setiap pelusuk. Ketika itu manusia sudah tidak berasa terasing apabila menutup aurat, manusia sudah tidak berasa terasing apabila memakan makanan yang halal. Tetapi, sabda nabi, kelak islam akan kembali asing. Jadi, manusia yang masih mengekalkan ketaqwaannya kepada ALLAH akan berasa terasing berdiam di rumah disaat orang lain keluar menonton konsert, mereka akan berasa terasing memakai tudung disaat orang lain meluruskan rambut. Namun, sabda nabi, “berilah berita gembira kepada orang-orang yang terasing tersebut..”
  Justeru, apabila kita berasa terpinggir dari redha manusia dalam kita mencari redha ALLAH, maka, usahlah bersedih! Berita gembira menanti kita di kemudian hari. Jalan sudah ada tersedia, pilihlah redha mana yang kita damba. Tidak salah mencari redha manusia, tetapi gapailah ia dengan mengecap redha ALLAH terlebih dahulu. Kerana apabila kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH, ALLAH akan menjaga hubungan kita sesama manusia. Tetapi jika kita sibuk mengejar redha manusia, kita khuatir redha ALLAH kita persia. Kelak kita juga akan dipersia oleh-NYA diakhirat kelak. Na’udzubillah. 

Renungilah kata-kata ini, agar kita lebih mengerti garis pemisah halus diantara kedua-dua redha ini:

“...Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan...” 
                                                                                      
(Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari)

**petikan salah sebuah subtopik didalam buku KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

Ulasan

Abd Razak berkata…
Assalamualaikum ya sahabatku,

Sungguh kita kini sudah berada di dalam golongan yang asing, masjid-masjid hanya ada sebilangan kecil manusia yang masih taat dengan Allah. Majlis-majlis ilmu kian menampakkan golongan yang kecil yang dahagakan ilmu. Harapannya agar kitalah yang dalam golongan tersebut.
Wa'alaikumussalam warahmatullah..

Ya sahabat..benar sekali, sudah terserlah dari apa yang disabdakan oleh Nabi S.A.W... ISLAM DAN KEBERASINGAN. Islam bagai suatu yang asing pada lakaran kehidupan duniawi kini.

Sadisnya, kini hanya segelintir golongan kecil... yang masih teguh pada agama..ibarat menggenggam bara api..Allahurabbi.. mudah-mudahan kita semua adalah sebahagian dari golongan kecil itu... in shaa Allah.