Jiran Nabi s.a.w di dalam syurga


بسم الله الرّحمن الرّحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


 Alhamdulillah 'ala kulli haal...Kembali dengan sedikit perkongsian..:) 

 Didoakan semoga sahabat semua sihat sejahtera hendaknya, sentiasa dalam pemeliharaan ALLAH walau dimana jua sahabat berada...Aamiin Ya Rabb. 

***

Seorang sahabat Nabi S.A.W. bernama Rabi'ah bin Ka'ab al-Aslami suatu ketika pernah melayani Nabi S.A.W. dengan penuh khidmat. Beliau mengambil air untuk berwudhu' kepada Baginda setiap kali hendak solat juga memenuhi semua hajat dan keperluan Baginda. 

Untuk membalas kebaikan ini, Rasulullah S.A.W. bersabda kepadanya:  " Wahai Rabi'ah, mintalah sesuatu daripadaku." 

Rabi'ah menjawab: " Aku minta agar dapat bersama tuan disyurga. " 

Baginda bersabda lagi: " Apakah ada permintaan yang lain? " 

Rabi'ah berkata: " Itu sahaja. " 

Rasulullah lalu bersabda: " Maka bantulah aku dengan memperbanyakkan sujud." [HR Muslim] 

Hadis ini membuka jalan bagi kita untuk menjadi jiran Rasulullah S.A.W di dalam syurga firdaus, yakni dengan memperbanyakkan solat sunnah. Semakin banyak rakaat solat sunnah yang kita lakukan, semakin besar kesempatan kita untuk menempati syurga firdaus bersama-sama Rasulullah S.A.W. 

 - Solusi - 

 Sahabat yang ana dikasihi, mari kita sama-sama perbanyakkan sujud padaNYA, kita gandakan solat-solat sunnah kita..mudah-mudahan kita sama-sama peroleh keredhaan ALLAH didunia mahupun akhirat sana, Aamiin Allahumma Aamiin.. 

 ~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ 

 Salam Kasih Sayang...:) Harap kita hanya padaNYA...




Ulasan

Abd Razak berkata…
Assalamualaikum sahabat..:)

Ya sahabat, bisa jadi kebanggaan jika dapat menjadi jiran kepada Rasulullah s.a.w. dan ianya menjadi cita-cita semua insan yang bergelar mukmin.

Moga sahabat sihat di sana atas izin~Nya.
~> Sahabat Abd Razak

Wa'alaikumussalam warahmatullah sahabat:)

Subhanallah, na'am sahabat..sungguh ia satu kebahagiaan yang amat besar nilainya buat kita sebagai umatnya..Allahuakhbar! Sollu 'ala nnabi ~

Aamiin. Alhamdulillah. Semoga sahabat juga demikian hendaknya, di kurniakan ALLAH kesihatan yang baik disana..

Jazakallahu khairan ya sahabah..

Unknown berkata…
Semoga kita sama-sama mendapat peluang keemasn tersebut.
~> MyLife Ria

Assalamualaikum:)

In sha ALLAH..
Aamiin,Allahumma Aamiin.
Syukran atas kunjungan, salam ukhuwah :)