Kita Akan Dapat Apa Yang Kita Usahakan


بسم الله الرّحمن الرّحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته 



Kita Akan Dapat Apa Yang Kita Usahakan.

Nabi Isa Alaihissalam memerintahkan 12 orang murid beliau berdakwah di seluruh pelusuk dunia.

Salah seorang darinya berdakwah di sebuah kota besar. Ketika memyampaikan ilmunya, seorang lelaki mencabar agar beliau menunjukkan tanda bahawa beliau seorang murid Nabi Isa Alaihissalam dengan menghidupkan orang yang mati di sebuah kubur di hujung kota. Semua yang mengikuti kuliah beliau terpingga-pingga.

Ketika mereka tiba di kuburan tersebut beliau berdoa semoga ALLAH memghidupkan jenazah yang telah lama dikebumikan itu sebagai pengajaran kepada anak didik disekelilingnya.

Dengan kuasa ALLAH, orang tersebut bangun dari kuburnya dan menjerit-jerit: "Keldaiku.....mana keldaiku....keldaiku...."

Semua terpaku. Pertama dengan anugerah daripada ALLAH, kedua kenapa keldai yang dijeritkan oleh mayat tersebut.

Maka, anak murid Nabi Isa Alaihissalam memceritakan:

"Dahulu lelaki ini hidup dalam keadaan yang sangat miskin. Beliau kurus, namun keldainya dijaga melebihi kasihnya kepada dirinya sendiri. Dia bersungguh-bersungguh memelihara keldainya hingga melupakan usaha untuk kebaikkan dirinya."

Maka, disaat kalian melihat dia hidup tadi dan dia menjerit-jerit nama keldainya sebagai tanda ingatan daripada ALLAH kepada kalian dan diriku, bahawa kalian akan sentiasa cinta dan bersama dengan apa yang kalian usahakan di dunia.

sumber: Al-Mukminun

_______

Marilah sama-sama wahai sahabatku yang di kasihi dan di rindui oleh ALLAH dan RasulNYA....Hayati kisah ini dengan mata hati....renung dan fikirlah sedalam-dalamnya....apa yang sedang kita usahakan saat kita berada didunia ini?? di manakah kita letakkan cinta serta kerinduan kita yang sesungguhnya, Allahu Allah...

Sekian, perkongsian buat semua. Salam Mahabbah, barakallahu fikum

Ulasan

Abd Razak berkata…
Assalamualaikum..:)

Moga sahabat sihat hendaknya di sana...aamiin

Beruntunglah mereka yang berusaha akan kebaikan dan sangat menyukainya, dan mereka dalam kalangan mereka yang cintakan kebaikan. Mereka sentiasa dalam kebaikan sehinggalah dikurniakan Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Jazakallah ya sabahat...barakallahu fik
~> Sahabat Abd Razak

Wa'alaikumussalam wbt...

Alhamdulillah..syukran atas doa shbt..moga shbt jua demikian sihat hendaknya disana..Aamiin.

ALLAHU AKHBAR! Mudah-mudahan begitu hendaknya ya sahabat, moga kita sentiasa diberi taufiq dan hidayahNYA ALLAH utk kekal menebar kebaikan sesama ummah, serta dijauhkan jua dari perkara yg sia2...Aamiin, Allahumma Aamiin..

terima kasih kembali, Moga ALLAH kasih:)