Tarbiyyah Seorang Ibu


بسم الله الرّحمن الرّحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Dialog nabila & mama:

Nabilah: Mama, semalam Nabilah lapar. Nabilah doa…Tapi, Allah tak datang-datang pun..Allah dah mati kot
Saya: Isy, Allah tak pernah mati, Nabilah (jawab saya ringkas kerana masih memikirkan jawapan yang terbaik untuk pernyataannya)
Nabilah: oo..kalau macam tu, mungkin Allah tengah tidur..atau Allah sedang sibuk
(Kali ini saya menumpukan perhatian kepada pernyataan anak perempuan saya..)
Saya: Nabilah, Allah tak mati dan Allah tak pernah tidur dan Allah tidak sibuk. Allah tidak sama macam manusia.
Nabilah: Tapi..kenapa Nabilah doa, Allah tak datang pun? (datang atau dalam erti kata lain maqbulkan)
Saya: Nabilah, adakalanya Allah tidak makbulkan doa kita pada masa itu. Tetapi Allah akan makbulkannya pada masa yang lain. Dan adakalanya, Allah tidak makbulkan doa kita di dunia, tetapi Allah akan makbulkannya bila kita tiba di akhirat nanti.
Allah tidak makbulkan doa kita pada masa itu adalah untuk kebaikan kita. Dan Allah simpan doa kita untuk dimakbulkan pada masa yang lain, kerana itu lebih baik untuk kita.
Adakalanya, Allah simpan doa kita..sampai ke akhirat sana. Bila sampai di sana nanti, kita berharap semua doa kita akan dimakbulkan hanya di sana sahaja kerana ganjaran yang Allah simpan untuk kita adalah sangat-sangat besar.
Yakinlah bahawa, setiap apa yang Allah tentukan untuk kita, baik ke..buruk ke…Itulah perkara yang TERBAIK untuk kita.
Jadi, dalam keadaan apa pun, kita kena terus berdoa. Kerana itu tandanya, kita yakin dan saaaayang pada Allah. ok?

***
Subhanallah, demikianlah tarbiyyah seorang ibu yang baik, lagi solehah...
Teringat madah seorang penyair;
" Ibu adalah sebuah madrasah, jika engkau persiapkan. Engkau mempersiapkan generasi yang harum namanya, Ibu adalah ustazah pertama. Pengaruhnya sangat besar sepanjang masa. "

Allahu Akhbar!

" Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! " ( S.As-Shafaat: 100)

Aamiin, Allahumma Aamiin.... 

Ulasan

Abd Razak berkata…
Assalamualaikum sahabatku..:)

Sykuran ya sahabat, atas perkongsian ilmu ini..

Sesungguhnya kesan tarbiah yang paling dirasakan oleh seorang anak adalah ketika dia menerima sentuhan pada hati, zahir dan dalam akal dari ibunya. Sentuhan itu mengandungi ilmu, nasihat dan pujian yang membangkitkan keperibadian.

<> Sahabat Abd Razak <>

Wa'alaikumussalam warahmatullah..

Na'am sahabat, begitulah hendaknya bagi seorang insan yang bergelar IBU...Penting baginya dalam memastikan nilai2 tauhid yg kukuh dlm diri anak2..

Mudah-mudahan anak2 yang kita kasihi, yang kita sayangi...tumbuh sebagai generasi yang soleh solehah, yang kelak sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua orang tuanya... In sha ALLAH...Aamiin Ya Rabbal'alamin.

Allahu Musta'an..

terima kasih kembali ya sahabat, barakallahu fik :)
Syifaa AsSolehah berkata…
Salam..

MashaAllah! nasihat yg berharga bt bekalan masa2 mendatang...insyaAllah

terima kasih kandaku, *syg* :)
~> Syifaa AsSolehah

Wa'alaikumussalam wbt..:)

In sha ALLAH,..Allahu Musta'an...
Sama-sama kasih dinda syg:)