:: Kisah Nenek Yang Ikhlas ::

Segala Puji bagi Allah, Penguasa sekalian alam, shalawat dan salam semoga terlimpah kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, para tabi'in dan kaum muslimin yang mengikut petunjuk Allah SWT hingga hari qiamat, aamiin


Nenek yang Ikhlas

Seorang nenek harus berjalan jauh ke pasar di kota untuk menjual bunga cempaka. Itulah kerja hariannya.

Selepas berjualan, beliau singgah dahulu ke masjid di kota untuk bersolat zuhur.

Selepas berdoa dan berwirid sekadarnya, nenek itu akan terlebih dahulu membersihkan dedaun yang berselerakan di halaman masjid. Ini dilakukannya setiap hari di bawah terik matahari. Setelah semua dedaun itu dibersihkan barulah beliau pulang ke desanya.Jemaah dan pengelola masjid kasihan melihat rutin nenek yang demikian.

Suatu hari, pengurus masjid memutuskan untuk membersihkan dedaun yang berselerakan di halaman masjid sebelum nenek itu datang. Fikirnya, usaha itu akan membantu nenek tadi agar tidak perlu bersusah payah membersihkan halaman masjid itu.

Rupanya, niat baik itu telah membuat nenek tersebut menangis sedih.

Dia bermohon supaya dia terus diberi kesempatan membersihkan halaman masjid seperti biasa.

Akhirnya, pihak masjid terpaksa membiarkan situasi berjalan seperti biasa supaya nenek itu tidak lagi hiba.

Satu ketika apabila ditanyakan seorang kiai mengapa nenek tersebut perlu melakukan hal itu, nenek tersebut menjawab:

“Saya ini perempuan bodoh, kiai. Saya tahu amal-amal saya yang kecil ini mungkin juga tidak benar dijalankan. Saya tidak mungkin selamat pada hari kiamat tanpa syafaat Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.
“Setiap kali saya mengambil selembar daun, saya ucapkan satu selawat kepada Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Kelak jika saya mati, saya ingin Rasulullah menjemput saya.

“Biarlah semua dedaun ini bersaksi bahwa saya telah membacakan selawat kepadanya.”
------------------------
Allahuakbar, Subhanallah, Alhamdulillah... HEBATNYA NENEK INI..

Allah SWT berfirman :

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيما

“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bershalawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman bershalawat salamlah kepadanya. (QS Al-Ahzab 33: 56)

Rasulullah SAW bersabda :
“Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku kecuali Allah akan menyampaikan kepada ruhku sehingga aku bisa menjawab salam itu. (HR Abu Dawud dari Abu Hurairah. Ada di kitab Imam an-Nawawi, dan sanadnya shahih).

Mudah-mudahan kita dapat sama-sama menghayati keikhlasan sifat nenek yang mulia itu. Amin!

Source : Cahayamukmin
via : blog Ibnu Muslim 

Sekian, Moga ada manfaatnya..:)

Ulasan

Abd Razak berkata…
السلم عليكم ورحمة الله

Moga sahabat sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT serta limphan dari~Nya kesihatan yang berpanjangan...aamiin :)

Seharusnya kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi s.a.w. kerana itu bererti kita telah menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Dan di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah SWT yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

Ya sahabat, dalam kita melakukan pekerjaan seharian hendaknya kita jangan lupa berselawat ke atas Nabi s.a.w. dan mudah-mudahan dengan sebab itu semua pekerjaan kita menjadi berkat di sisi Allah SWT.

Syukran ya sahabat...:)
~> Sahabat Abd Razak

Wa'alaikumussalam warahmtullah..

Aamiin doanya sahabat, alhamdulillah..Moga shbt juga sihat hendaknya dlm barakah dan rahmahNya disana, aamiin

Na'am ya sahabat, itulah bukti cinta kita kepada baginda nabi SAW, dgn mengikuti sunnah-sunnahnya, menshalawati baginda setiap hari hendaknya, insyaAllah^^

jazakallahu khaira ya sahabat, 'afwan..:)
Assalamualaikum warahmatullah..

terima kasih di atas perkongsian yang sungguh2 bermakna ini..

marilah kita banyakkan selawat pada Rasulullah S.A.W untuk menunjukkan tanda kita kasih dan cinta sama baginda.Cintailah Rasulullah lebih dari kalian mencintai diri sendiri..

Alhamdulillah, dengan perkongsian ini, semoga Ukhty Iman mendapat ganjaran pahala dan semoga kita semua mendapat syafaat Rasulullah S.A.W. di akhirak kelak..

amin.
~> admin AlKhattab Batik

Wa'alaikumussalam warahmtullah..

Subhanallah, alhamdulillah..syukran kunjungan pertama sahabat ke sini, salam ukhuwah islamiyyah..moga Allah kasih.

Sama-sama kita terus berusaha, untuk menyukakan ALLAH dan Rasul~Nya, demi kebahagiaan yang abadi di alam sana, insyaAllah..sama2 doakan

Jazakallahu khaira ya syabab...