65 Tahun Merangkak Ke Masjid


بسم الله الرّحمن الرّحيم
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Terdapat dalam sebuah hadith shahih yang Diriwayatkan oleh Abu Sa'id r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Apabila kamu melihat seseorang yang selalu ke masjid maka hendaklah kamu bersaksi atas keimanannya." lalu Baginda SAW membaca ayat Quran yang berikut:

" Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah (yakni yang menghidupkan amalan dalamnya) ialah orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat....." (S. At -Taubah:18)

****

Sebuah Kisah: 65 Tahun Merangkak Ke Masjid

Syeikh Abdullah Al-Asiri yang lumpuh anggota badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat subuh berjemaah tetapi setiap lima waktu solat beliau akan berulang alik ke masjid dengan merangkak.

Beliau tinggal di salah satu perkampungan terpencil di Selatan Alazizia, Arab Saudi. Kini, walau pun umurnya telah mencecah tua 76 tahun ditambah dengan kecacatan tubuhnya namun beliau masih mampu berulang alik ke masjid dengan merangkak. Beliau telah berbuat demikian selama hampir 65 tahun berulang alik untuk solat berjemaah di masjid di tempatnya.

Beliaulah sebenarnya “Ar-Rijal” yang disebutkan oleh Allah dan Rasulnya saw yang syarat terhasil sifat ini dengan sentiasa hati “mualaqul bil masaajid” terpaut pada masjid.

Semoga Allah swt memberi kekuatan bagi kita untuk istiqamah di dalam melaksanakan solat lima waktu dengan berjemaah. Insyaallah.

**Renung sejenak diri kita, sempurna sifat fizikal dari atas ke bawah… tetapi adakah kita menyahut seruan untuk ke rumah Allah setiap kali azan dilaungkan. Kita mempunyai kenderaan untuk kemana shj.. tetapi brp kali kenderaan kita itu menghantar kita ke rumah Allah… bandingkan nikmat yg Allah beri pada kita dgn Syeikh Abdullah Al-Asiri, tidakkah kita seharusnya lebih bersyukur**

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) dibumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. ** Al A’raf :10..
Mudah2an kita adalah di antara yang sedikit itu...

via: Ustaz Muhammad Naim

Ulasan

Abd Razak berkata…
السلم عليكم ورحمة الله

Moga Allah melimpahkan rahmatnya ke atasmu ya sahabat atas kemurahanmu memanjangkan kisah baik ini dan moga tercurah keinsafan dan dorongan untuk kita semua mengikut jalan orang-orang dalam taat menyempurnakan dan mendirikan solat di masjid...aamiin

Allahu Rabbi...sekali pun cacat dia tetap bersyukur dengan dia berusaha mendirikan solat berjemaah di masjid.

Moga kita diberikan Allah kekuatan seperti Syeikh Abdullah ini, untuk istiqamah dalam melaksanakan solat berjemaah di masjid...aamin

Syukran ya sahabat..:)
Wa'alaikumussalam warahmatullah...

Alhamdulillah, aamiin.. atas doa yang baik-naik dari sahabat.

semoga sahabat juga sedemikian hendaknya, sentiasa dalam limpahan kasih dan sayangNya sehingga akhirnya di bulan yg penuh keberkahan ini berjaya beroleh kemenangan dan TAQWA disisiNya, insyaAllah..aamiin Ya Rabb

Na'am sahabat, manisnya iman pak cik ni, walau sudah berumur serta cacat fizikalnya namun kecacatan itu tidak menghalang utk dia meraih janji-janji Allah kerna dia tahu apalah artinya kesusahan tika hidup didunia, jika nk dibandingkan kenikmatan alam akhiratnya yg kekal abadi, Allahu Rabbi! menitis airmata membaca kisah sebegini:'(

Moga menjadi renungan bersama, insyaAllah..

Jazakallahu khaira ya sahabat, barakallahu fik..aamiin
:)
assalamualaikum warahmatullah

SUBHANALLAH! Satu kisah yg sangat2 menyentuh hati dan merentap keegoan kita sebagai hamba ALLAH yg sgt2 kerdil di bumi ALLAH ini.

kita seringkali lupa pada sang Pencipta di kala hidup kita senang.Nikmat badan yang sihat,rezeki yg melimpah ruah dan ditambah ada pulak kereta utk ke mana2..Tapi ingatkah kita pada ALLAH sewaktu kita menggunakan segala nikmat2 dan rezeki yg ALLAH kurniakan pada kita?

Terima kasih pada Ukhty Iman yg berkongsi kisah hebat ini.Semoga kisah ini dapat menyedarkan kita bahawa nilai harta dunia itu tidak penting tapi nilai ketaqwaan kita pada ALLAH S.W.T itu yg menjadi ukuran supaya kita selamat di akhirat kelak..
~> admin AlKhattab Batik

Wa'alaikumussalam warahmatullah..

Jazakallahu kheir ya syabab, komen yg mampu menjentik hati untuk terus berfikir, di mana kerendahan kita sebagai hamba disisi~Nya, Allahu Rabbi! terlalu banyak nikmat yang kita perolehi, namun sejauh mana pula kita mensyukurinya??..Allahu Allah..*tenggelamdalamrenungan*

terima kasih kembali duhai sahabat, semoga terus saling mengingatkan sesama ummah, insyaAllah, barakallahu fik..aamiin