Wasiat Seorang Ibu Budiman


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setelah Al Haris bin Amr, Raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan Auf bin Muhlim, di waktu utusan di raja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:-

“Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu
aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya,
Tetapi !
Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman kepada yang berakal.
Andai ibu-bapamu dapat memberikan segala-galanya
nescaya,
tidak perlu bagimu seorang suami
dan kau terlalu berharga bagi kami,
Tetapi !
Wanita dicipta untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita.
Berceraila kau dari ayunan buaianmu
meninggalkan teratak tempat besarmu
melangkah menuju ke alam baru
yang belum kenal
yang belum biasa
Kau milik suamimu
anggap dirimu sebagai hamba
tentunya suamimu
jadi teman yang paling setia
Bawalah wasiat dariku
sepuluh sifat
sebagai bekalan perjalanan
menuju alam bahagia
Relakan hatimu
sekadar yang ada
semoga suci hatimu
dengan taat setia
dan hulur tanganmu
tanda mahu berganding bahu
jauhkan dirimu dari
segala yang jelek
yang dihidu atau dipandang mata
juga awasi gerak lakumu
agar tidak sumbang mengguris rasa
Sembunyikan suram wajahmu
gantikan ia dengan sinar
secerah sang suria pagi
Dan badan yang semerbak harum
bermandikan bauan
mata berpasak, kening bercelak
itu menambah seri
itu membankitkan berahi
dan
air cukup memadai
bagi yang tiada
Jaga masa makannya
juga waktu tidurnya
kerana,
perut kosong hilang bicara
mata mengantuk hilang kesabaran di dada
Kunci mulutmu
tabahkan hatimu
badanmu terselamat
jiwa temanmu tidak terseksa
Simpan dulu kerianganmu
di kala dia berduka
pendamkan kesedihanmu
di kala dia bergembira
akibat aksi tidak senada
hilang simpatimu disebab pertama
keruh suasana disebab kedua
Hulur tanganmu……
andai kau menghulur sebelah tangan
nescaya dia menghulur kedua belah tangan
tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan
Ketahuilah !
Kasihmu tiada sampai ke mana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
kasih kau, kasihlah dia
benci kau, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.”

“Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu.”
Beginilah ibu tadi menambah pesanan kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah tercapai kedudukan yang mulia di sisi suaminya. Dia telah memperolehi tujuh orang anak lelaki, yang semuanya mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayah mereka. Beginilah seterusnya statusnya wanita-wanita yang memiliki kelebihan.
Allahu Allah!



Rasulullah SAW bersabda, " Wahai sekalian wanita, bertaqwalah kepada Allah SWT, dan berpeganglah keridhaan suamimu. Sesungguhnya wanita jika mengetahui hak-hak suaminya, ia akan tetap berdiri selama makan siang dan makan malamnya." (Abu Nu'aim)

p/s: Subhanallah! indah nian, begitulah nasihat seorang ibu yang budiman kepada puterinya, dalam kewajipan beliau untuk menjadikan puterinya sebagai isteri yang solehah disisi Allah SWT....Allahu Rabbi!

Ulasan

Abd Razak berkata…
Sahabatku yang dikasih Allah SWT..:)

السلم عليكم ورحمة الله

Moga sahabat sentiasa dalam keberkatan Allah SWT serta dikurniakan kesihatan yang baik di sana...amin

Indahnya nasihat si ibu kepada anaknya. Perkahwinan adalah kebahagiaan, kedamaian dan kenikmatan. Ia fitrah kemanusiaan dan sunnah yang perlu dilaksanakan agar wujudnya generasi ummah yang bakal mempertahankan keagungan dan kesucian Islam.

Syukran ya syabab...:)
mampukah rina mengikut segala nasihat ibu tu? :( rina rasa x mampu kak...takutnye..takut jd isteri derhaka..takut jd isteri yang x menenangkan hati suami..
tapi rina betul2 nak jadi isteri solehah..sangat2..=( tapi kenapa rasa susah? =(
wafa zinnirah92 berkata…
Assalamualaikum wbt,

Akak mohon share entry ni..
Sangat menyentuh hati.

Sayang akak fillah,
Jemputlah ke blog fatin nnt tinggalkan jejak yang berharga buat fatin.. =)

Mg Allah kasih dengan akak. ^_^

~permata yang dicari~