Kasih Abadi



Bismillahirrahmanirrahim....
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…

Assalamu'alaikum w.b.t...

♥♥..KASIH ABADI..♥♥

Ku hayati kisahmu ya Rasulullah..
Hatiku tersentuh..airmataku berderai..
Betapa mendalamnya kasihmu..
Melebihi dalamnya lautan biru..
Biar hembusan nafasmu kian tiba penghujungnya..
Namun hatimu ya Rasulullah..
Masih diselubungi kerisauan..
Andai dikau pergi dulu..
Bagaimana nanti dengan nasib umatmu..
Hatimu ya Rasulullah penuh CINTA..
Hatimu ya Rasulullah penuh RINDU..
Hatimu ya Rasulullah penuh KASIH..
KASIH ABADI HINGGA KE SYURGAWI..
Sesungguhnya ya Rasulullah...
Kami rindu untuk bersamamu..
Moga airmata kami pada malam ini..
Akan menjadi saksi & mendapat syafaatmu ya Rasulullah..
Moga di syurga kita bertemu..
Kekal abadi buat selamanya..

~> NUKILAN RASA DATO' USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD.

Rasulullah SAW bersabda, "almar_u ma'aman ahabb", seseorang kelak akan dikumpulkan dengan orang2 yg dicintainya.
♥ Allahummasolli 'ala saidina muhammad ♥


.:: Sedikit coretan ringkas "Kisah Nabi Muhammad SAW Sewaktu Kecil"::.

Nabi Muhammad SAW kehilangan ayahnya sewaktu masih janin dan kehilangan ibunya ketika berusia enam tahun. Lalu Muhammad bin Abdullah hidup sendirian mencapai kematangan, melalui derita kehidupan sebagai anak yatim piatu.

Anak kecil itu kembali ke Mekah dalam keadaan sedih. Datuknya, Abdul Mutalib memeliharanya dengan menumpahkan perhatian dan penuh kasih sayang. Namun dua tahun kemudian, Datuknya meninggal dunia, maka Nabi Muhammad kembali hidup sendirian menempuh hidup.

Begitulah ALLAH SWT, berkehendakkan untuk menjadikan Nabi yang terakhir itu hilang kasih sayang dan cinta manusia, sehingga dia hanya mendapatkan kasih sayang dan cinta ALLAH SWT......Allahu Akbar!!

p/s: alangkah indahnya hidup ini dimana-mana manusia memuji ALLAH, selawat baginda berirama mengiringi, suasana damai sekali, justeru marilah kita sama-sama banyakkan selawat ke atas baginda Nabi SAW, sebagai tanda cinta kita pada baginda Habiballah.....Moga ALLAH redha lagi kasih. aamiin =)

Ulasan

nadbaptist berkata…
Assalammualaikum dik iman,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sesungguhnya ya Rasulullah...
Kami rindu untuk bersamamu..
Moga airmata kami pada malam ini..
Akan menjadi saksi & mendapat syafaatmu ya Rasulullah..
Moga di syurga kita bertemu..
Kekal abadi buat selamanya..

Sayu hati ini mendengar alunan lagu ini walau berkali-kali..

terimakasih dik atas perkongsian
Abd Razak berkata…
السلم عليكم ورحمة الله

Sahabatku yang dikasihi Allah SWT..:)

Moga sahabat sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan..aamiin.

Dari kisah Rasulullah SAW semasa kecil itu membawa iktibar dan pengajaran kepada anak-anak yatim supaya mencontohi dan mengikuti cara Rasulullah semasa kecil berusaha sendiri mencari rezeki dengan mengembala kambing dan menjauhi dari meminta-minta.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Jazzakallahu khair..sahabat :)
Kanda yg dikasihi[anitaare]

Wa'alaikumussalam wbt..

للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Rinduuu pada susuk mulia itu kan kak? Makin hari makin membuah cinta, moga kelak kita semua dpt bersama-sama dengan Baginda Nabi SAW, aamiin
InsyaALLAH..:)

ye kak, sayu hati dan sgt tenang dgr lagu tu, Allahu Rabbi!

syukran katsir, atas kunjungan hati^^ Moga akak sekeluarga sihat sejahtera hendaknya disana, aamiin..Barakallahu fik~
~> Sahabat Abd Razak

Wa'alaikumussalam wbt..

Moga sahabat juga sihat hendaknya disana, aamiin

Perjalanan hidup Rasulullah SAW sentiasa ada khairnya kan sahabat, Allahu Allah!

Mengenalinya membuatkan org jatuh cinta padanya, melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan org yg mengamalkannya menyejuk mata memandang. Biarpun sudah beribu tahun meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan, seolah-olah dirinya masih hidup dikalangan umatnya...ALLAH:'(

syukran ya sahabat, atas kunjungan hati, Allahu Yubarik Fiik^^
wafa zinnirah92 berkata…
Assalamualaikum akak..

Rindunya untuk bertemu junjungan besar Rasulullah SAW...:')

Mudah2an kecintaan kita terserlah dengan kita sering mencontohi apa yg dilakukan Rasulullah SAW.. ^_^

Uhibbukifillah..=)

~permata yang dicari~
~> Adik wafa zinnirah92

Wa'alaikumussalam wbt...:)

Insya-ALLAH, kita sama-sama doa, agar kelak kita dpt bersama-sama dengan Baginda Nabi SAW, aamiin Ya Rabb.

syukran adikku, uhibbukifillah <3 :')