Luruskan niat keranaNya


Bismillahirrahmanirrahim....
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…
Assalamu'alaikum w.b.t...



Mutiara kata Al-Iman Al-Ghazali dalam mengkoreksi, membetulkan tujuan kita dalam mencari dan menuntut ilmu. Antara yang disebutkan oleh beliau ialah, pada mengingatkan kita bahaya niat yang salah dalam mencari ilmu:

"Sesungguhnya engkau jika menuntut ilmu dengan tujuan untuk bertanding kehebatan, bermegah-megah, mendahului rakan-rakan (dalam ilmu), mendapatkan perhatian atau pandangan manusia kepada engkau, atau mengumpul harta dunia, maka sesungguhnya engkau sedang menuju kepada meruntuhkan agama engkau, membinasakan diri sendiri, dan menjual akhiratmu dengan dunia, maka tentu sekali ia suatu urusniaga yang merugikan dan perniagaan yang binasa. Malah guru engkau sendiri yang membantu dalam kemaksiatan engkau serta bersekutu dengan engkau dalam kerugian engkau. Dia seperti seorang penjual senjata kepada penyamun jalanan. Bersesuaian dengan sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam: Sesiapa yang membantu kemaksiatan walau dengan separuh kalimah, maka ia termasuk bersekutu dalam kemaksiatan itu." Na'uzubillah...

Seterusnya Imam Al-Ghazali menyebut pula ganjaran bagi mereka yang mempunyai niat yang betul dalam mencari ilmu dengan kata-katanya:

"Dan jika niat dan tujuanmu antaramu dengan Allah dalam mencari ilmu, adalah untuk mencapai hidayah, bukan semata-mata bermegah dengan riwayat, maka bergembiralah, kerana sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya ketika kamu berjalan, dan hidupan di laut mendoakan keampunan bagimu dalam setiap langkahmu."

Subhanallah!... betapa peri pentingnya niat dan tujuan seorang pencari ilmu. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, yang mana kita lihat betapa banyak kecelaruan yang timbul dalam masyarakat kerana ilmu agama yang tidak dipelajari dengan niat yang betul dan suci.
InsyaALLAH, sama-sama kita berusaha luruskan niat kita semata-mata kerana ALLAH SWT...

Wallahu'alam

Ulasan

wafa zinnirah92 berkata…
Assalamualaikum wbt ukhtku syang...

Dah lam x menjengah ke sini,
Rasa dapat sesuatu yang bermanfaat di sini..

Ya, luruskan niat hanya kerana-Nya..
Dalam hadith pertama dalam hadith 40 pun berkisar tetang niat..

Jadi hidup kita sentiasa berputar dengan niat, jadi sama2 kita sentiasa memperbetulkan niat dalam semua perkara, terutama kita yang belajar, belajar kerana Allah. ^_^

p/s: saya jmput akak ke blog saya meninggalkan jejak di kotak komentar.. rindu dengan mutiara dari akak.. mg dipermudahkan.. =)

Uhibbuki fillah ukht^^

~permata yang dicari~
♥ wafa zinnirah92 ♥

Wa'alaikumussalam wbt..:)

Subhanallah! rindu dengan nama ni :) dh lama akk xberkunjung kesana mengambil ibrah, ALLAH...apapun terima kasih atas kunjungan hati ye dik, Moga sentiasa dlm rahmatNya.

Insya-ALLAH, sama-sama kita luruskan niat, dlm setiap amal perbuatan kita, kerana jika niat selain dariNya umpama debu yang beterbangan yang tiada ertinya.

Moga ALLAH pelihara niat kita sentiasa..insya-ALLAH, aamiin.

♥ uhibbukifillah dinda mahbubah ♥
Abd Razak berkata…
Assalamualaikum sahabatku yang dihormati...:)

Moga sahabat sihat hendaknya di sana dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..amin

Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya tidak dapat berbakti kepada~Nya. Kurniaan~Nya yang sedikit itu atas dasar keimanan kepada~Nya bukan untuk bermegah-megah dan kehebatan diri.

Syukran ya sahabat..
~ Sahabat Abd Razak ~

Wa'alaikumussalam wbt..:)

Alhamdulillah, aamiin atas doanya..semoga sahabat juga sentiasa dalam rahmatNya duniya wal akhirah..aamiin

Benar apa yg sahabat katakan, dan selagi ALLAH menjadi tujuan kita, maka akan lahirlah sifat yang ikhlas, sehingga kita diakui sebagai hamba-hamba-Nya yang mukhlisin dan menjadilah semboyan yang selalu kita ikrarkan setiap waktu dan tempat. Seperti dalam firman ALLAH SWT:-

"Katakanlah: Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri kepada Allah."
(Al-An'aam 162-163)

Allahu Rabbi! sama-sama kita doakan, InsyaALLAH, Jazakallah ya sahabat^^
nadbaptist berkata…
Assalammualaikum dik,

Rindunya dengan adik..Subhanallah! dik,terkesan sungguh akak dengan n3
ini..memang penting dik niat kita untuk melakukan sesuatu itu samada untuk kepentingan duniawi semata atau semata-mata kerana Allah..akak akui dik dulu akak juga tergolong dikalangan org2 yang terkeliru..namun alhamdulillah dik akak cepat sedar dan mula bangun berusaha untuk luruskan niat akak semata2 kerana Allah..terimakasih dik atas perkongsian ini..sayang adik ^_^
♥kak [anitaare]♥

Wa'alaikumussalam wbt kak :)

Rinduu LILLAH juga dgn akak :)harap akak serta keluarga dlm lindungan ALLAH sentiasa...aamiin^^

InsyaALLAH, mudah-mudahan ALLAH sentiasa menunjukkan kita jalan kebaikan, sama-sama doa ye kak..
syukran atas kunjungan akak kesini, alhamdulillah...

♥uhibbukifillah kanda mahbubah^^♥
Unknown berkata…
mashallah,menarik nasihat di sini...terima kasih ye..
~ Anak Pendang Sekeluarga ~

Insya-ALLAH mudah-mudahan sentiasa menjadi ingatan bersama, Jazakallah.

terima kasih sekali lg atas kunjungan tuan..sama2 terus usaha atas iman, insya-ALLAH