TAZKIRAH RAMADHAN: EMPAT TUNTUTAN


Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…






Assalamu'alaikum w.b.t buat sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH S.W.T sekalian, semoga semuanya berada dalam dakapannya iman dan taqwa kepada ALLAH...aamiin.


TAZKIRAH RAMADHAN: EMPAT TUNTUTAN


"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183-
Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.
Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:

"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan
dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.

Selamat beribadat dan wassalam.
shukur.com

sumber dari sini

Ulasan

Abd Razak berkata…
Assalamualaikum ya sahabab..:)

Semoga puasa kita di Bulan Ramadhan ini akan mendapatkan limpahan rahmat, maghfirah dan dijauhkan dari api neraka, dapat dijelmakan taqwa dalam diri kita, dengan meneruskan ibadah dan terus memakmurkan masjid.

Moga Sahabat terus dikurniakan Allah kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa..amin

Syukran ya sahabat..:)
nadbaptist berkata…
Assalammualaikum dik..

Ya Allah dik..terkesan dgn n3 ini..byk peluang dan tawaran utk kita ke syurga Allah..sama2 kita merebut peluang ini..moga amalan kita diterimaNYA..Ameen
Syifaa AsSolehah berkata…
Salam 'alaiyk mujahidahku :-)

Subhanallah! pintu syurga dibuka seluas-luasnya, hanya hambanya yg beriman dan bertaqwa akan mengejar rahmat yg begitu besar disisi-Nya.

shukran kandaku, moga ALLAh sentiasa kasih pada-Mu.
Salam ramadhan. Buat kanda, salam mubarak diperantauan.Maaf ,memang tak perasan tak reply, phn maaf ats kelewatan. Jazakillah kanda, moga thabt untuk menulis,rinduuu taujihat kanda diblog dinda.moga ALLAH kasi
Assalamualaikum..,

Alhamdulillah, sentiasa peroleh sesuatu yg bermanfaat di blog ukhti tersayang.

Teruskan menulis untuk membuah cinta.
Salam Ramadhan karim ya ukhtil mahbubah..tq :-)
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum..

Bagus tazkirah ni, tahniah!
Teruskan penulisan, Allah sayang saudari. TQ
~ Sahabat Abd Razak ~

Wa'alaikumussalam warahmatullah..

Alhamdulillah, insya-ALLAH hajat doanya utk saling mendoakan.

Terima kasih ya sahabat, kerana sentiasa menitipkan kata nasihat dan dorongan bt hamba ALLAH disini..alhamdulillah :-)

Moga sahabat peroleh nikmat cinta dibulan yg mulia ini..aamiin, insya-ALLAH.
♥ kak anitaare ♥

Wa'alaikumussalam warahmatullah :-)

Benar kak, peluang demi peluang telah diberikan oleh-Nya, tinggal lagi, hanya keinginan hati yang jernih mampu mengerakkannya..biiznillah, insya-ALLAH inilah madrasah yg terbaik dlm mendidik hawa nafsu kita semua. Moga peroleh taqwa yg dicari..aamiin.

syukran jazilan kakakku^^
♥ mujahidah solehah ♥

Wa'alaikumussalam warahmatullah :-)

Na'am adikku, hanya hamba ALLAH yg beriman dan bertaqwa akan mengejar nikmat kemuliaan bulan ini..Allahu Akbar!

mudah-mudahan rebah kita semua dlm dakapan manisnya cinta ramadhan ini..aamiin insya-ALLAH

syukran duhai mujahidahku^^
Moga ALLAH sentiasa merahmatimu..
♥ Dinda [Senyumlah Selapangnya] ♥

Salam 'alaik..

Salam ramadhan kareem juga buatmu dinda^^

Tak mengapa lewat dinda syg, ingin sentiasa positif dgn adik2 semua^^ insya-ALLAH..
syukran juga dah jenguk kanda disini, Moga ALLAH sentiasa bersamamu :-)
Uhibbukifillah^^
♥ أمل قطامي ♥

Wa'alaikumussalam warahmatullah :-)

Syukur pada ALLAH atas segala nikmat kurniaan-Nya, alhamdulillah^^

Insya-ALLAH, hajat sentiasa doanya darimu dinda..Moga dalam dakapan-Nya selalu..aamiin

" Salam Ramadhan Kareem juga buatmu dinda solehahku "
~ Anonymous ~

Wa'alaikumussalam warahmatullah..

Alhamdulillah, perkongsian dari mereka yg berilmu..

Moga kita sentiasa saling mengingatkan sesama ummah, insya-ALLAH

Syukran atas jejak saudara/i ke sini ye^^ Moga ALLAH sentiasa merahmati..aamiin.
wafa zinnirah92 berkata…
Salam ramadhan dan mahabbah fillah..^^

Jazakillah atas perkongsian..
Perkongsian kali ini membuatkan saya teringat di masa sekoalh dulu..

Ustaz saya dah ajarkan.. ^_^

~permata yang dicari~
♥ wafa zinnirah92[permata yg dicari]♥

Salam ramadhan yang mulia juga buatmu ukhtil mahbubah^^

Alhamdulillah, mengimbau kembali titipan ilmu sang murabbi kita dulu2 yer :-)emm..terkenang jua^^

syukran jazilan ya ukhtil=)
Barakallahu fiik..
RuMaH TuA berkata…
Tingkatan org bertaqwa itu adalah sentiasa mencari yang terbaik...

"Sama beramal"
♥ RuMaH TuA ♥

Salam 'alaik :-)

Na'am ya ukhtil..tingkat yang paling 'istimewa' disisi-Nya..alhamdulillah, mudah-mudahan disitulah kita semua yer :-)insya-ALLAH

syukran ya ukhtil baitil'atiqa..
Moga sentiasa dlm rahmat-Nya ALLAH Ta'ala..aamiin

*Doa hidayat*
Nazihah@Jiha berkata…
Assalamualaikum kak Ahlia sayang, kak Ahlia apa kbr? moga sihat hendaknya..^_^

baru berpeluang komen disini.
Alhamdulillah,syukran kak untuk tazkirah ini.cukup memberi impak pada diri,insyaAllah.

*lailatul qadar moga dapat kita bertemu :')

*salam sayang dari dindamu jiha ^_^
♥ Dinda Nazihah@Jiha ♥

Wa'alaikumussalam warahmatullah :-)

Alhamdulillah syukur pada ALLAH, masih dlm nikmat kesihatan yg baik pemberian-Nya..Moga dinda disana juga diberi kesihatan yg baik dari ALLAH Ta'ala..aamiin

Insya-ALLAH, kita sama-sama mendoakan ye, mudah-mudahan bertemu kita semua di malam lailatul qadar..

syukran juga dinda jiha syg, atas kunjungan hati..Moga ALLAH sentiasa merahmati dinda sekeluarga..aamiin

ma'assalamah^^