Memburu Kemanisan Iman

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi ALLAH seru sekalian alam, yang tiada sekutu bagi-Nya, tiada beranak dan diperanakkan. Maha Besar ALLAH yang telah menciptakan bumi yang indah dan subur tempat kita mencari makan, bercucuk tanam dan berkampung halaman. Maha Besar ALLAH yang telah membentangkan langit yang indah laksana tempat kita bernaung, berhiaskan bulan dan bintang yang gemerlapan di angkasa, dilengkapi pula dengan matahari yang memancarkan cahayanya yang penuh mengandung syarat-syarat kehidupan yang utama bagi semua makhluk di seluruh alam ini.

Selawat dan Salam sejahtera semoga dilimpahkan pada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang diutus oleh ALLAH untuk mengajar manusia berbudi luhur dan berakhlak tinggi dan semoga dilimpahkan juga bagi keluarganya, para sahabatnya yang telah bersungguh-sungguh berjuang dalam menyebar dan mengembangkan agama islam ke seluruh penjuru dunia.




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Memburu Kemanisan Iman

Apabila manusia tidak kenal ALLAH, manusia tidak akan mencintai-Nya. Apabila manusia tidak kenal ALLAH, manusia tidak akan takut kepada-Nya. Sedangkan cinta dan takut kepada ALLAH itu sumber segala kebaikan. Tanpa cinta ALLAH, tidak ada cinta sesama manusia.

Orang yang mencintai ALLAH akan lunak, mesra dan sayang kepada sesama manusia. Mengapa? Ini kerana ALLAH menyuruhnya berbuat demikian. Iman kepada ALLAH adalah asas dalam berkasih sayang. Rasulullah SAW mengingatkan, tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. Iman dan kasih sayang itu bagaikan irama dan lagu, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Teguh iman, kukuhlah persaudaraan.

Tidak dianggap baik seseorang dengan ALLAH melainkan melalui kebaikan sesama manusia. Memberi salam kepada orang lain mengundang kesejahteraan daripada ALLAH. Menziarahi saudara kita akan dilimpahi kasih sayang daripada ALLAH. Membantu menyelesaikan masalah seseorang, ALLAH janjikan untuk menyelesaikan masalah kita. Tidak ada dikotomi antara hubungan ALLAH dengan sesama manusia. Kedua-duanya saling berkaitan dan sinonim antara satu sama lain.

Lalu, apabila kes buang bayi, penderaan kanak-kanak dan penceraian berleluasa dalam masyarakat kini, apalagi puncanya kalau bukan kerana manusia tidak kenal ALLAH. Tidak kenal ALLAH menyebabkan kita tidak cintakan ALLAH. Dan apabila tidak cintakan ALLAH, maka lunturlah kasih sayang terhadap manusia. Itulah punca berleluasanya penderaan.

Padahal Islam menekankan kasih sayang bukan sahaja kepada manusia, malah kepada tumbuhan dan haiwan. Dalam ibadah haji, kita dilarang merosakkan pokok. Sewaktu berperang, tentera islam dilarang menebang pokok yang berbuah. Hutan jangan dipugar dengan kelestarian alam, itu haram. Itu kasih sayang kepada tumbuhan.

Manakala haiwan pula, Rasulullah SAW pernah bersabda berkenaan seseorang yang dimurkai ALLAH kerana mengurung kucingnya tanpa diberikan makanan. Pisau untuk menyembelih binatang pun perlu dipastikan betul-betul tajam terlebih dahulu. Dan Nabi Muhammad SAW sangat melarang umatnya menyeksa binatang. Unta dan keldai jangan dibebani dengan bebanan yang berat sehingga melebihi kemampuannya untuk menanggung.

Orang yang cintakan ALLAH akan mencintai makhluk-Nya. Orang yang mencintai makhluk dibumi, akan dicintai oleh makhluk dilangit. Dan begitulah sebaliknya. Jika seseorang itu tidak cintakan ALLAH, dia akan membenci makhluk-Nya. Apabila dia membenci apa yang ada dibumi, dia akan dikutuk oleh apa yang ada dilangit.

Mengapa ada manusia yang sanggup mendera bayi dan kanak-kanak kecil? Mengapa mereka tergamak berbuat demikian? Sedangkan harimau yang ganas itu pun tidak mendera anaknya. Apakah ada insan yang lebih kejam daripada binatang? Jawabnya, Ya! Apabila manusia tidak kenal ALLAH, manusia akan jadi lebih ganas daripada haiwan.


Iman yang Merasai Kemanisan Iman

Iman Haq ~ (subsidi atau anugerah ALLAH yang boleh diraih dengan usaha berterusan) Hanya iman tahap ini yang merasai kemanisan iman. Menurut perintah dan larangan terasa mudah. Malah ada kelazatan dalam beribadah - Utbah al-Ghulam berkata: " Aku berasa sengsara menunaikan solat selama 20 tahun, namun aku merasai kelazatannya pada baki usiaku." Betapa orang yang soleh pun perlu bermujahadah demi memburu kemanisan iman, apatah lagi kita insan biasa. Kemanisan iman hanya dapat dirasai oleh hati yang sihat. Sihat dalam erti kata iman yang mantap. Membina iman yang kukuh dihati memerlukan masa, bermula dengan rasa tidak biasa, biasa-biasa, sudah biasa dan akhirnya terasa luar biasa. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: " Sesungguhnya (yang disebutkan ini) adalah suatu keyakinan yang benar." (Surah Al-Waqiah 56:95)


Iman 'Ayan ~ (mujahadah) Ada ilmu agama dan ada keinginan untuk melaksanakan segala perintah syariah tetapi masih perlu bermujahadah - Contoh: Seorang pelajar universiti ada kemahuan untuk menjadikan islam sebagai cara hidupnya. Ilmu dan kemahuan sudah ada, namun akibat pengaruh rakan sebaya dan suasana kampus, dia masih perlu bermujahadah untuk melaksanakan tuntutan islam dan meninggalkan larangannya. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: " Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ain al-yaqin (melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat)." (Surah Al-Takathur 102: 7)

Iman Ilmu ~ Seorang yang sudah punyai ilmu tentang agama tetapi tiada penghayatan dalam hatinya. Iman sekadar pada akal, bukan dihati (tiada kemahuan dalam beragama) - Contoh: Seorang pelajar yang mempelajari subjek agama semata-mata untuk lulus peperiksaan. Ilmu yang dipelajari tidak pernah dihayati, apatah lagi hendak beramal. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: " Jangan begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin." ( Surah Al-Takathur 102:5)

Iman Taklid ~ Beriman kerana ikut-ikutan, tanpa ilmu. Iman ini tertolak - Contoh: Seorang yang lahir daripada beragama islam tetapi tiada langsung pengetahuan tentang agama, kepercayaan dan ibadah dibina atas dasar taklid (mengikut buta).


Langkah Agresif Memburu Kemanisan Iman.


Ingatlah 2 perkara :

kebaikan orang kepada kita : kebaikan orang kepada kita hendaklah selalu diingati. orang yang pernah menolong kita dengan nasihat, wang ringgit, tenaga dan sebagainya perlu diingat. jika boleh, dibalas dengan budi yang setimpal atau lebih. ini akan menyebabkan kita mudah menjadi orang yang pemaaf kerana merasakan kebaikan orang lain melebihi kesalahannya. lebih-lebih lagi nikmat Allah kepada kita. perlu selalu diingat dan disebut-sebut sebagai tanda kesyukuran dengan lidah dan hati. firman Allah yang bermaksud : "Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur)" - Al-Duha 93:11

kesalahan kita kepada orang : hendaklah sentiasa ingat kesalahan kita kepada orang lain agar terdorong kita meminta maaf. inilah yang akan membuahkan kasih-sayang sesama manusia kerana Allah. lebih perlu kita ingat dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. ini akan menimbulkan rasa insaf, takut dan menyesal yang akan mendorong kita bertaubat. dosa yang menyebabkan kita menangis lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.


Lupakan 2 perkara :

kebaikan kita kepada orang : jangan sesekali mengungkit-ungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri akan membatalkan amal. lebih-lebih lagi, perkara yang perlu kita lupakan adalah segala amal ibadah yang telah kita kerjakan kepada Allah. perbuatan tersebut hanya akan mencalarkan keikhlasan. oleh itu, setelah beramal, berendah dirilah. dengan itu, kita akan selamat dari rasa ujub, riyak atau bangga diri.

kejahatan orang kepada kita : anggaplah seolah-olah tidak ada sesiapa pernah bersalah dengan kita. ini akan membantu kita mengawal rasa marah dan dendam. kita hanya hamba Allah, dan apabila hamba Allah yang lain melakukan kesalahan kepada kita, anggaplah kita layak disakiti kerana kita hanya hamba Allah. lebih perlu kita lupakan adalah segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang Allah timpakan itu semua adalah petunjuk daripada Allah untuk "memujuk" manusia kembali kepadaNya.

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
(Ketua Editor Majalah Solusi)

Wallahu'alam

Ulasan

Abd Razak berkata…
السلم عليكم ورحمة الله

Sahabat yang dikasihi Allah SWT, moga dikurniakan Allah buat sahabat kesihatan yang baik serta ketenangan dalam beribadah kepada~Nya...amin :)

Berfikir tentang tanda-tanda kekuasaan Allah dan tandanya akan melahirkan rasa cinta, berfikir tentang janji pahala Allah, tandanya akan melahirkan rasa keinginan, berfikir tentang ancaman siksa Allah, tandanya akan melahirkan rasa takut, berfikir dalam memutuskan hawa nafsu termasuk dari kebaikan Allah dan tandanya menimbulkan rasa malu kepada~Nya.

Syukran ya sahabat..:)
tajnur berkata…
Assalamualaikum wbt
Ibnu Mas`ud telah berkata bhwa Sabda Rasulullah saw,`Tidak diri seseorang kamu ditanya melainkan AlQur`an, maka jika ia kasih akan AlQuran, maka dia kasih akan Allah. Dan jika ia menggenggam AlQuran, maka dia menggenggam Allah dan RasulNya. dark kitab ALFurqan diantara pimpinan Auliya` dan pimpinan syaitan oleh Ibnu Taimiyyah.
Apa yang berlaku skrg adalah kerosakan sistem. Bukan manusia senang2 nak buang bayi dan melakukan pelbagai kerosakan tetapi dek krn tekanan sistem. Semenjak hilangnya Negara Islam, ketiga2 hak milik yang ada pada individu muslim turut terlucut. Malah hidup dlm keadaan penghidupan sempit (Surah Toha:124وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِڪۡرِى فَإِنَّ لَهُ ۥ مَعِيشَةً۬ ضَنكً۬ا Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit`.
Diakhir zaman, setelah sistem hidup telah rosak yg menyebabkan manusia mcm kemabukan tapi tak mabuk sehingga perkara2 maksiat berlaku sudah menjadi kelaziman manusia.Surah AlHajj:2يَوۡمَ تَرَوۡنَهَا تَذۡهَلُ ڪُلُّ مُرۡضِعَةٍ عَمَّآ أَرۡضَعَتۡ وَتَضَعُ ڪُلُّ ذَاتِ حَمۡلٍ حَمۡلَهَا وَتَرَى ٱلنَّاسَ سُكَـٰرَىٰ وَمَا هُم بِسُكَـٰرَىٰ Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk`.
Lahirnya Rasulullah saw, membawa risalah dan mengajar manusia erti AlQuran dimana suatu ketika dlm kesesatan. Surah AlQasas:53إِنَّ ٱلَّذِى فَرَضَ عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لَرَآدُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ۬‌ۚ
Surah AsSyura:52 وَكَذَٲلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحً۬ا مِّنۡ أَمۡرِنَا‌ۚ مَا كُنتَ تَدۡرِى مَا ٱلۡكِتَـٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَـٰنُ وَلَـٰكِن جَعَلۡنَـٰهُ نُورً۬ا نَّہۡدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَا‌ۚ Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.
Kitab yang diwariskan kepada kita dengan syarat kita mentadabbur AlQuran. Disinilah pembahagian kpd 3 kumpulan.
Surah AlFatir:32ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah`.
Adapun ada diantara mrk yg menzalimi dirinya dgn berbuat maksiat meskipun mrk belajar AlQuran. Golongan inilah yang dikatakan mendapat siksaan dan akhirnya dapat kembali masuk syurga mengikut tafsir AlQurtubi! Adapun yang selain daripada itu, Wallahualam bissawab.
Nazihah@Jiha berkata…
Salam alaik ukht Ahlia =)

alhamdulillah,baru sahaja habis baca solusi 'memburu kemanisan iman'

moga dapat merasainya =)
nur.. berkata…
Assalamua'alaikum kakanda yg dirindui..apa khabar kak ? insyaAllah perkongsian yg menyedarkan diri & hati..em..susahnya menjaga hati kerana dialah raja yg paling berkuasa dlm diri..perlu sentiasa muhasabah diri..jazakillah kak.. =)
cuba kenali diri... berkata…
Alhamdulillah... dapat lagi ilmu... terima kasih :)
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Sahabat Abd Razak ~

Wa'alaikummussalam warahmatullah,

Aamiin dari doanya, alhamdulillah :-)

Dengan hati yang bersih maka terzahirlah 'kemanisannya'. Doakan hamba ALLAH ini, serta sahabat2 yg lain agar dikurniakan hati yang bersih , yang di dalamnya ada lampu 'cahaya' yang bersinar..insya-ALLAH

Syukran, moga sahabah sentiasa dalam jagaan-Nya, aamiin.
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Ukhti Tajnur ~

Wa'alaikummussalam warahmatullah,

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH kerana sentiasa peroleh tambahan ilmu melalui ukhti, moga ALLAH berkati :-)
Jazakillahukhair ya ukhti yg dikasihi ALLAH S.W.T, Moga ukhti sentiasa dalam lindungan-Nya..aamiin
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Dinda [Nazihah@Jiha] ~

Wa'alaikummussalam warahmatullah,

Alhamdulillah, syukran ye dik kerana sudi datang membaca, moga ALLAH berikan kefahamannya.
Mudah-mudahan dengan izin-Nya jua dapat kita merasai walau sezarah 'kemanisannya'..insya-ALLAH usaha dan doa
Syukran dik :-) Moga dinda sentiasa dalam rahmat kasih-Nya, aamiin
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Dinda Nur ~

Wa'alaikummussalam warahmatullah,

Akak alhamdulillah sihat dengan izin-Nya.
Benar dindaku, hati punya pengaruh yg besar dlm diri manusia.

Melihat posisi Rasulullah S.A.W dulu pakaiannya tidak bertabur bintang penghargaan, tanda jasa, dan pangkat. Akan tetapi, demi ALLAH sehingga saat ini tidak pernah berkurang kemuliaannya. Rasulullah S.A.W tidak menggunakan singgahsana dari emas yang gemerlapan, atau memiliki rumah yang megah nan indah. Akan tetapi, sampai detik ini tidak pernah luntur pujian dan penghargaan terhadapnya. Allahu Akbar!
Apakah rahsianya? Ternyata semua itu disebabkan Rasulullah S.A.W. adalah orang yang sangat menjaga mutu keindahan dan kesucian hatinya. Lalu 'Kemanisan Iman ' telah Baginda rasai...Subhanallah! indah kan dik? Moga kita tidak jemu-jemu dalam berusaha utk dpt hakikat ' indahnya kemanisan iman ' dlm diri..insya-ALLAH
Moga ALLAH bantu dan permudahkan segala perjalanan menuju redha-Nya..aamiin

Syukran pada dinda yg akak rindu selalu, Moga baik-baik aje disana ;-) ilalliqo'...
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Ukhtil Mahbubah (Cuba kenali diri) ~

Salam'alaik :-)

Ye kak insya-ALLAH, perkongsian ilmu dari mereka yang berilmu, alhamdulillah
Moga ALLAH tambahkan lagi dan lagi
Terima kasih kak, moga sihat semuanya disana ;-)
ma'assalamah^^
Admin P@P berkata…
Assalamualaikum.
Seringkali kita diperingatkan dengan kemanisan iman. Tidak semua muslim mukmin menikmati kemanisan iman tersebut. Ia memerlukan pengorbanan dan usaha berterusan bagi mendapat hidayah keimanan yang kemudiannya perlu di'selenggara' dengan baik agar kemanisannya dapat dikecap secara berterusan.

Terasa gelisah dengan segala 'kepincangan' dalam arus kehidupan seharian juga petanda kemanisan iman telah meresap ke dalam hati sanubari, yang mana ia akan dengan mudah membezakan antara hq dan batil.

TQ perkongsian yang amat bernilai buat kita semua. TQ
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Admin P@P ~

Wa'alaikummussalam warahmatullah,

Benar apa yg cikgu katakan, apabila hati manusia itu bersih, kemanisan itu akan bisa tercapai..biiznillah, insya-ALLAH

syukran atas pandangan cikgu, barakallahu fiik..
RuMaH TuA berkata…
Memburu jua... (^-^)
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Sahabiahku RuMaH TuA ~

Salam 'alaik :-)

Insya-ALLAH sama-sama 'memburu' kemanisannya.. :-)

syukran ya sahabiah yg dikasihi ALLAH SWT, Moga ALLAH redha :-)