Dikuasakan oleh Blogger.

Nurullah (Nur Hidayah)

>> Selasa, Jun 21, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Walau waktu terus berlalu, namun Rahmat dan Hidayah ALLAH tetap berterusan...


 Apabila matahari terbit dan memancarkan cahayanya dengan terang, dapatlah kita lihat kerja-kerja yang baik dengan jelas. Bila matahari tenggelam dibarat malam pun tiba, alam menjadi gelap dan sunyi, segala kerja-kerja yang baik pun berhenti, kerja-kerja yang jahat mula bermaharajalela.


Demikianlah, apabila hati-hati manusia dimasuki nurullah (nur hidayah) maka manusia dapat melihat dan mengenal kebaikan serta kebenaran seterusnya dapat melakukan kerja-kerja yang baik. Sebaliknya bila hati-hati manusia gelap (disebabkan kejahilan, kelalaian, nifaq dan syirik) maka manusia tidak nampak kebenaran dan tidak mengenali kebaikan, lalu manusia membuat kerja-kerja yang salah dan mungkar.


Firman ALLAH S.W.T :-
" Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran ALLAH serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak diantaranya orang-orang yang fasiq (derhaka)." (Al-Hadid:16)


" Orang yang paling malang adalah orang yang telah mendapat bimbingan dari ALLAH S.W.T namun dia sengaja memilih jalan yang salah kerana cinta mereka kepada dunia ini "

Wallahu'alam



Bismillahirrahmanirrahim,


Salam serta selawat kepada junjungan Nabi S.A.W, Rasul pilihan kekasih-Nya, salam serta doa keselamatan juga terlimpah buat keluarga Baginda, para sahabat 'khairul qurun' serta seluruh umat Baginda yang setia berkomitmen, menggenggam setia sunnah-sunnah Rasulnya sehingga akhir zaman.

" Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim, tidakku sedari selama ini cinta-Mu tidak pernah menyepi, Rahmat kasih sayang-Mu yang tiada bertepi, setiap hamba-Mu tetap Kau sayangi, biar pun banyak dosa yang menghimpit diri, Janji-janji pada hamba-Mu tidak pernah Kau mungkiri, Ya ALLAH ampuni kami, ampuni kami, ampuni kami, terimalah taubat kami....

Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim, boleh dikatakan bahawa kami ini sedang karam dan tenggelam dalam lautan kemaksiatan, kami tidak kuat Ya ALLAH, kami tidak nampak jalan keluar, yang telah karam itu tidak mungkin keluar melainkan dengan rahmat-Mu, yang mampu menyelamatkan kami dari lautan kemaksiatan itu hanyalah Engkau Ya ALLAH, selamatkanlah kami, selamatkanlah kami, selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu Ya Tuhanku..

Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim, kurniakanlah kepada kami mujahadah yang mampu menyinari batin kami dengan sinaran dan cahaya petunjukMu, Ya ALLAH kurniakanlah kami mujahadah, akhlak-akhlak dan sifat-sifat yang terpuji yang membukakan pintu kejayaan buat kami didunia dan diakhirat, Ya ALLAH kurniakanlah kami mujahadah yang membantu kami mengajak dan memimpini manusia ke arah amar ma'aruf dan nahi 'anil mungkar...Ya ALLAH bantulah kami, bantulah kami, bantulah kami yang dhaif ini...ameen Ya Rabbal a'lamin...

~ Menulis untuk mengislah diri lagi dan lagi agar terbentuknya iman yang jati dalam diri~ 
Moga ALLAH redha dan kasih kita semua...

Catat Ulasan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sahabat filah yang dikasihi ALLAh..

Lewat laman ini pasti dan pasti terdapat banyak kekurangan dan kesilapan yang tentu saja disebabkan kerana kedhaifan ana sebagai penulis.

Maka, kupinta ditegur sapa dan nasihat ikhlas sentiasa terbuka, demi wujudnya islah antara kita..in shaa ALLAH

Jazaakumullahu khairan wa ahsanal jaza' atas kunjungan hati :)

♥ Salam ukhuwahfillah, barakallahu fikum ♥

♥ Malik Bin Dinar ♥

Sebaik-baik contoh dalam dakwah islamiyyah ialah Rasulullah SAW. Sebarang usaha yang tidak mencontohi usaha dan cara Baginda SAW, kebiasaannya akan menemui kekecewaan dan kegagalan. Pendakwah hendaklah banyak mendampingi sirah Rasulullah SAW dan menjadikan Baginda sebagai Qudwah (ikutan). Dakwah Rasulullah SAW mengajak kepada Aqidah dan Iman dahulu dari yang lain.

Daie (pendakwah) hendaklah memperingati diri sendiri sebelum memperingati orang lain. Memperbaiki diri sendiri sebelum memperbaiki orang lain. Jika daie beramal dengan apa yang diperkatakannya nescaya memberi kesan kepada hati pendengar, jika tidak apa yang diperkatakannya hanya mampu sampai ketelinga sahaja. Demikianlah pandangan Malik Bin Dinar.

♥ Ummatan Wahidah ♥

Selagi kita mengaku ALLAH yang satu, selagi itulah pasti ada jalan untuk bersatu. Sesama muslim kita umpama dua telapak tangan, dengan dipertemukan, terhasillah persaudaraan.

Tangan kanan kotor, tangan kiri juga kotor, namun dengan interaksi yag harmoni berasaskan kelembutan dan kejujuran, kita akan saling membersihkan.

Jangan ada benci. Jangan dibauri kelicikan strategi yang penuh prasangka dan tipu daya... kedua tangan akan terus bercakaran. Keduanya akan saling melukakan.

Hidup hanya sementara... sampai bila kita akan bersengketa? Percayalah apabila berada di ambang kematian... kita akan jadi rindu untuk meminta maaf dan memaafkan.

- Ustaz Pahrol Mohamad Joui -

♥ Dr 'Aidh al-Qarni ♥

Syurga itu sgt mahal harganya, jangan terlalai dalam kesenangan atau semakin jauh dari ALLAH kerana kejahilan dan kesombongan.

Bermujahadahlah dengan sungguh sungguh...telanlah kepahitan mujahadah utk menikmati kelazatan ibadah..apatah lagi tawarannya adalah syurga ALLAH. Nafsu kita ini...ya..nafsu inilah yg harus kita didik dengan taqwa, jernihkan dgn ibadah yang ikhlas...sucikan dengan memohon langsung kepada ALLAH.

Memang benar...kalau kita berlonggar sangat dengan nafsu...lemah mujahadah..akhirnya kita menjadi tawanan nafsu. Hubungan dengan ALLAH terasa tawar...solat tapi rasa jauh, quran pun sudah tak tercapai dek tangan..dengan dosa terasa biasa. Justeru...isytiharkan Jihad!..dgn nafsu, dgn bisikan syaitan dari kalangan jin dan manusia...supaya kita kuat untuk menyebarkan kebaikan dan kesejahteraan pada yang lain dengan izin ALLAH.

~ Indahnya Syurga ~

  © Blogger template Snowy Winter by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP