Mengapa kita mesti mati dan hidup sesudah mati?


بسم الله الرحمن الرحيم
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setiap manusia tentu pernah berkata di dalam hatinya, jika tidak ada mati nescaya hidup akan terus kekal seperti keadaannya. Dan kejernihan hidup tidak akan dikeruhkan oleh pemindahan mengejut yang dianggap manusia sebagai suatu perkara yang dibenci dan menakutkan.

Tetapi jika manusia memehati dengan teliti serta membayangkan tentang kehidupan tanpa kematian, nescaya dia pasti mendapati kematian itu suatu kemestian. Jika kehidupan dunia itu berterusan tanpa maut, manusia tetap tidak mencapai lebih daripada jaraknya yang pendek, pengetahuan yang sempit dan ufuknya yang terbatas.

Biar betapa luas manusia memperolehi ilmu pengetahuan dan makrifat semasa dalam kehidupan di dunia, namun dia hanya mengetahui mengikut kadar kebolehannya yang terdaya di capai oleh alat-alat kelengkapan yang ada pada dirinya yang mana sangat terbatas dan sangat lemah.

Maut itu sering mempunyai pengaruh besar di dalam mencegah manusia terpesona dengan diri sendiri, bersikap meninggi diri dan berbangga dengan kekuatannya. Jika tidak kematian, manusia akan bersikap sekejam-kejamnya. Dan pihak yang kuat akan menganiaya pihak yang lemah.

Semoga setiap manusia sentiasa mengingat dan tidak melupakan hakikat yang mengerikan ini iaitu hakikat maut.

Di dalam hidupnya manusia tidak menakuti apa-apa seperti takutnya kepada saat pemindahannya dari kehidupan dunia yang telah dikenali dan dihayati. Pada dasarnya ketakutan manusia kepada maut itu berpunca dari sangkaannya bahawa dengan kematian dia akan kehilangan kehidupan yang sangat-sangat dikasihinya. Tetapi adakah manusia akan takut mati setelah berasa yakin bahawa rohnya kekal abadi dan bahawa kehidupan yang sebenar berada sesudah mati.

Apabila dia mengaitkan hakikat kematian dengan kerja pengkebumian maka timbullah didalam diri manusia iaitu perasangka bahawa maut itu bererti kehilangan kehidupan.



Semoga kita semua sedar akan hakikat kematian yang pasti akan berlaku dalam kehidupan manusia, samada kita bersedia ataupun tidak. Justeru, marilah kita memperbanyakkan amalan-amalan yang memberatkan timbangan amal kita di alam sana. Mohonlah setiap hari kepada ALLAH S.W.T agar kematian kita kelak dalam keadaan husnul khotimah, kematian dalam keadaan redha dan diredhai. aamiin ya rabbal 'alamin.....

Wallahu'alam

Ulasan