Karikatur Penuh Cinta


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam serta selawat kepada junjungan Nabi S.A.W, Rasul pilihan yang menjadi kekasih-Nya, salam serta doa keselamatan juga terlimpah buat keluarga Baginda, para sahabat 'khairul qurun' serta seluruh umat Baginda yang setia berkomitmen, menggenggam setia sunnah-sunnah Rasulnya sehingga akhir zaman.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Karikatur Penuh Cinta
"...Ya Rasulullah..."



Duhai Insan,
Ke mana lagi engkau mencari teladan?
Sudah usai perjalanan semua kafilah pencari kearifan,
Prototaip terakhir yang paling sempurna daripada Tuhan,
Kisah lelaki anggun 14 abad silam yang tidak hilang ditelan zaman.

Disanalah terminal akhir itu bermuara,
Oasis sejati bagi sahara jiwa-jiwa dahaga,
Mata air kecemerlangan yang tidak pernah kering ditimba,
Sepatah kata daripadanya, bertabur luapan cahayanya kepada kita,
Di segala ruang dan waktu, namanya sentiasa hidup menggema.

Ku cuba tuangkan sepotong fragmen hidup sang Mustafa,
Berkenaan putih bersih giginya ketika tersenyum ceria,
Tahukah dari mana asal harum semerbak kelopak mawar beraroma?

Para sufi kononnya pernah berkata,
' Merekah mawar mewangi, berasal daripada titisan keringatnya,
yang jatuh ke bumi saat ia bersama buraq mendaki langit'.
Berkenaan jejak tikar yang membekas pada wajah tampannya
ketika ia terjaga,
Meskipun semua pintu langit mempersilakanya,
Dia yang seumur hidupnya hanya sakit dua kali sahaja.

Meskipun berat amanah yang dipikul dibahunya,
Beliau memilih menjadi Nabi yang berpenampilan rakyat jelata,
Meskipun berlimpah tawaran menjadi Nabi yang kaya berkuasa raja,
Berkenaan kesederhanaan makan minumnya,
Berkenaan ia yang ketika wafat hanya memiliki harta tujuh dinar sahaja,
Meskipun kunci masyrik dan maghrib kelak berada dalam
genggamannya.

22 tahun beliau menjajakan cahaya,
Merajut kesempurnaan cinta,
dan apa yang diperlukan manusia.

Kelak apabila ufuk pengetahuan sudah sempurna,
Menyingkap kesombongan peradaban maya,
Nescaya terbeliak setiap mata,
Kesempurnaan dirinya,
Hidupnya disalah fahami orang yang buta hatinya.

Bahkan sehingga kini,
Kekejian pun masih difitnahkan kepadanya,
Padahal hanya dia satu-satunya manusia,
yang namanya bersanding dengan Tuhan alam semesta...
' لا الله الا الله محمد رسول الله '

Ya nabi salam 'alaika,
Ya Rasul salam 'alaika,
Ya habib salam 'alaika,
Shalawatullahi 'alaika....


Sumber: Dr Adi Hashman [Buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit]

Wallahu'alam.

Ulasan

Asyi@asyar berkata…
salam akkk.. masyeh share tuk santapan kita bersama ;)