Renungan buat kaum hawaku...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jangan bertabarruj


.وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

Firman Allah SWT. " .....dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah dulu ..... ". ( Al-Ahzab: 33 )

Qatadah menyatakan bahawa mereka ialah wanita yang berjalan dengan lenggang lenggok. Abu Najib mengatakan, mereka ialah yang berjalan dengan kebanggaan. Al-Farabi berpendapat, mereka ialah wanita yang berpakaian tipis, sehingga tampak kulit badannya. Yang pasti ulama berpendapat: " Mereka ialah wanita yang keluar rumah dan berjalan untuk menarik perhatian orang lain selain suaminya.".

Di katakan oleh Imam Mujahid bahawa tabarruj iaitu wanita yang bersolek, berhias diri memperlihatkan perhiasan dan kecantikannya kepada para lelaki. Mereka tidak memiliki rasa malu kecuali sedikit, mereka berjalan di antara lelaki, berlengang lenggok. Bersesak-sesak dengan para lelaki di pasar-pasar, berjalan di depan para lelaki di jalan-jalan, dan di masjid-masjid. Pada malam hari berjalan di tempat yang terang untuk memperlihatkan perhiasan dan kecantikannya kepada orang ramai. Inilah yang dilakukan oleh wanita-wanita Jahiliyyah. Dan Al-Quran telah melarang wanita-wanita muslimah berbuat seperti demikian.

Timbul pertanyaan, apa manfaat dan untungnya kecantikan, keindahan serta dandanan jika ternyata tidak disukai oleh Allah SWT, bahkan harus menerima kemurkaan-Nya? Di sinilah banyak kaum wanita tertipu, mereka ingin dipuji dan disenangi oleh makhluk, tetapi lupa bagaimana agar Khaliq pun menyenangi dan memujinya.

Ada beberapa akibat dari tabarrujnya kaum wanita, misalnya seperti:-
  • Akan merebaknya dan terbukanya pintu perzinaan. Inilah akibat utama dari tabarruj. Yang pada masa kini semakin meningkat tinggi.
  • Timbul hawa nafsu yang tidak terkendali.
  • Merendahkan derajat wanita itu sendiri.
  • Meruntuhkan akhlak dan moral manusia.
  • Menimbulkan kelakuan buruk seprti onani, liwat dan lain-lain lagi.
  • Bahaya dari orang-orang jahat akan lebih mengancam ketenangan keamanan kaum wanita.
  • Meruntuhkan kekuatan rohani
Berhias tidaklah dilarang jika ia berpaksikan syariat ALLAH SWT.

Dan tentu, di akhirat nanti, ia pun pasti akan mendapatkan balasan atas segala perbuatannya tersebut. Imam Al-Ghazali mengingatkan bahawa banyak wanita yang menyibukkan diri mereka dengan merias dan mempercantik diri untuk membahagiakan suami, tetapi mereka lupa untuk merubah sifat dan akhlak mereka. Wanita-wanita tersebut berani mengorbankan ratusan ribu bahkan jutaan ringgit hanya untuk menjaga keindahan dan kecantikan tubuh mereka. Tetapi mereka melupakan keindahan dan kecantikan rohani mereka. Rohani mereka dibiarkan sengsara. Akibatnya akhlak dan keimanan pun tidak terbina. Padahal, lemahnya iman serta rosaknya akhlak adalah malapetaka yang besar bagi dunia ini.



" Wahai muslimahku, engkaulah peranan utama dibelakang para tokoh. Para aulia, para ulama, para syuhada bahkan para Anbiya' a.s, dalam pangkuan engkaulah mereka tumbuh, Hilanglah keindahan taman, ketika bunga yang indah tiada di dalamnya. Hilanglah keindahan rumah, ketika wanita solehah tiada di dalamnya. "

Wallahua'lam.

Ulasan

Abd Razak berkata…
Assalamualaikum ya sahabat,

Moga Allah kurniakan buat diri sahabat serta keluarga kesihatan yang baik serta kebaikan yang banyak dalam mengerjakan ibadah kepada~Nya..amin

Semoga peringatan ini mendatangkan kebaikan dan keinsafan buat wanita dan juga untuk lelaki sebagai nasihat untuk pasangannya.

Syukran ya sahabah!
SHM berkata…
itulah yg terjadi dunia skrg ni...
perempuan yg dsebutkan ramai skrg ni..
dmana2 pun ada...
entry yg berguna..
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Sahabat Abd Razak ~

Wa'alaikumussalam wbt,

Ameen dari doanya, Semoga sahabat sekeluarga juga terus dalam dakapan manisnya iman.

Insya'ALLAH, semoga menjadi peringatan buat semua kaum hawa, hajat doanya dari semua.

syukran ya syabab..

p/s:- Jemput ke blog ke-2 ana ya
( http://rakanseusaha.blogspot.com )
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Sahabat SHM ~

Assalamu'alaikum wbt,

Benar, itulah yang terjadi di akhir zaman ni. Sedih bila memikirkannya.

ALLAH tidak pandang rupa bentuk fizikal kita tapi ALAH melihat hati dan amalan kita, Allahu Akbar! sama-samalah kita doakan agar ALLAH SWT limpahkan taufiq hidayah-Nya dalam diri kita agar taat pada suruhan-Nya, meninggalkan larangan-Nya, mengikuti sunnah Baginda Nabi SAW.

Insya'ALLAH, syukran sahabat.
tajnur berkata…
Assalamualaikum wbt
Adakah kita terfikir kenapakah mereka bertabarruj atau melakukan maksiat? Apabila sesuatu sistem membiarkan kemungkaran yang berlaku dan lesen maksiat (rak, judi, pelacuran dsb) diberikan akan menjadi kebiasaan kepada masyarakat tsbt. Bisingnya hanya permulaan sahaja, lama kelamaan akan menjadi amalan biasa. Surah AtTaubah:101وَمِمَّنۡ حَوۡلَكُم مِّنَ ٱلۡأَعۡرَابِ مُنَـٰفِقُونَ‌ۖ وَمِنۡ أَهۡلِ ٱلۡمَدِينَةِ‌ۖ مَرَدُواْ عَلَى ٱلنِّفَاقِ Di antara orang-orang Arab Badwi yang di sekelilingmu [1] itu, ada orang-orang munafik; dan [juga] di antara penduduk Madinah mereka telah kembali dalam kemunafikannya`
Begitu juga, apabila telah berlaku masa yang panjang dimana kita tidak melakukan sesuatu utk merubahkan diri dan masyarakat, hati kita menjadi keras, lebih2 lagi setelah jatuhnya Daulah Islamiah dan tidak ada pembelaan untuk menyatakan kebenaran.Surah AlHadid:16وَلَا يَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلُ فَطَالَ عَلَيۡہِمُ ٱلۡأَمَدُ فَقَسَتۡ قُلُوبُہُمۡ‌ۖ Dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras.
Tapi yang paling ketara adalah apabila kita berpaling dari peringatan Allah (AzZikr/ AlQuran)dan mendapat penghidupan yang sempit. Surah Toha:124` Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit`.
Manusia ni, apabila lari dari peringatan Allah SWT, maka mereka dianggap derhaka dan boleh melakukan apa saja maksiat! Lebih dahsyat dari tabarruj pun mrk boleh lakukan! Sebab itu, para ulama telah berpendapat, setelah runtuhnya Daulah Islamiah, gejala yang paling ditakuti adalah `riddah` iaitu murtad dimana aqidah Islam dipermain2kan dan kebenaran Islam diselewengkan faktanya oleh orang2 Islam itu sendiri. Wallahualam!
Izzati Hashim berkata…
Allah itu cantik, dan sukakan kecantikan.

Tak salah berhias, perempuan memang suka berhias. Tapi terlebih berhias hanya mengundang fitnah dan mengundang dosa.

terima kasih atas perkongsian (=
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Sahabat tajnur ~

Wa'alaikumussalam wbt..

Terima kasih atas tambahan dari sahabat, moga pencerahan yg diberi menambahkan lagi kefahaman untuk direnungkan khususnya kaum hawa didunia ini, alhamdulillah.

syukran ya sahabat :-)
fii amaanilah!
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Izzati Hashim ~

Assalamu'alaikum wbt,

Benar apa yg sahabiahku katakan, ALLAH itu cantik dan sukakan kecantikan, moga apa yg diharapkan, ianya disalurkan hanya pada yg layak dan berhak sahaja.

Syukran ya sahabiah yg dikasihi ALLAH SWT... Barakallahu fiik.
reza aconk berkata…
blog anda bagus>>>

saya ajungi jempol!!!!



dan saya hanya sekedar mampir ya sekalian blogwalking!!!



jika bernit liat blog saya kunjungin balik jja!!!!
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ reza aconk ~

Assalamu'alaikum wbt,

Syukran atas kunjungan sahabat ke sini, minta berkongsi ilmu dari sahabat juga..

terima kasih juga atas jemputannya ya, insya'ALLAH akan menyusul kemudian.
bintu solehah berkata…
Salam kakakku ^__^

Semoga ALLAh bantu sekalian kaum hawaku, Insya Allah.
Nice entry kak!

Ingat daku dlm doamu :-)
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Adinda umi wa abi ~

Wa'alaikumussalam wbt, insya'ALLAH gunakan kekuatan doa, mudah-mudahan ALLAH bantu kita, syukran dik :-)

Ingat daku dlm doamu juga :-)
Al - Mu'allim berkata…
Salam 'alaik kak.

Tabarruj wanita juga mengganggu iman lelaki. Namun di zaman ni, semuanya menjadi tidak diendahkan. Agama diletakkan di belakang.

Sukar menemui wanita tanpa tabarruj skg. Sudah pasti ada namun tidak ramai.
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Al-Mu'allim ~

Wa'alaikumussalam wbt,

Ye benar adk mu'allim, diakhir zaman kerosakan umat begini mmg sukar menemukan wanita yg benar2 menepati syariat deen yg hanif, namun masih ada yg mantap keimanannya utk terus tetap dijalan ketaatan pada-Nya, mereka inilah ratu kecantikan dan keindahan dirumahnya, membuat keredhaan Rabnya dan menciptakan kebahagiaan bagi suaminya. Allahu Akbar! pilihan dan anugerah ALLAH semata-mata.

Apapun, disamping wanita itu sendiri harus memperbaiki dirinya, kaum lelaki iaitu sebagai imam@ketua dlm rumahtangga juga perlu tegas dlm memainkan peranannya dlm mendidik kaum wanita, isteri, anak2 perempuannya kearah menjalani kehidupan yg sesuai dgn kehendak ALLAH dan Rasulnya.

Wallahua'lam.

p/s: suka melihat wanita arab disini, yg cukup menjaga auratnya, dgn pakaiannya longgar, tidak transparent, dan pemilihan warna pakaian yg tidak menarik kaum lelaki utk melihatnya, Allahu Akbar! sejuk je hati berada dikalangan mereka yg begitu menjaga nilai2 keindahan islam.

Ya ALLAH, hajat sungguh doa dari semua sahabat utk semua kaum hawa didunia ini. Moga ALLAH redha dan kasih kita semua, ameen.