Tiada Perbezaan Anak Lelaki Atau Perempuan


بسم الله الرحمن الرحيم
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nabi Muhammad SAW ketika digembirakan dengan kelahiran Fatimah r.anha, baginda melihat tanda-tanda kehampaan pada wajah sahabat-sahabat baginda lalu baginda bersabda yang bermaksud: " Kenapa kamu kulihat begini? Aku mencium bau syurga dan rezeki Fatimah berada di atas ALLAH."

Begitu juga Nabi SAW menangis ketika kewafatan anaknya Ibrahim lalu ditanya para sahabat, " Adakah engkau pun menangis wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW: " Inilah adalah sifat Rahmat (kasih sayang) yang dijadikan oleh ALLAH dalam hati manusia.

Sesungguhnya anak-anak yang kecil perlu kepada kasih sayang dan ciuman. Dan sifat-sifat ini melahirkan satu tindak balas dalam jiwanya kerana Nabi SAW ada bersabda diriwayatkan oleh Ibn Asaakir dan Al-sayuthi yang bermaksud: " Sesiapa yang mempunyai anak hendaklah dia berlemah lembut dengannya."

Dan antara bukti islam menitikberatkan hal anak-anak tanpa membezakan antara lelaki dan perempuan ialah di dalam Surah Al-Syura ayat 49: Maksudnya, " Dia yang menganugerahkan anak perempuan dan anak lelaki itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki."

Selain itu ALLAH juga memberitahu Maryam r.ha dengan firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 45: Maksudnya, " Sesungguhnya ALLAH menggembirakan dengan perkataan-Nya (anugerah-Nya) yang dinamakan Isa bin Maryam."

Bukti yang serupa dapat dilihat dalam ayat yang lain. ALLAH menyebut ciri-ciri hamba-Nya yang soleh iaitu mereka yang cintakan anak-anak mereka dan mereka berdoa kepada ALLAH supaya dikurniakan anak-anak yang soleh yang menjadi punca ketenangan dan kegembiraan mereka di dunia dan di akhirat.

Begitu juga Rasulullah SAW pun menyuruh umatnya supaya mengahwini perempuan yang mampu melahirkan anak yang ramai. Nabi menggesa umatnya juga supaya memperbanyakkan anak. Baginda menyifatkan anak sebagai penghalang daripada turunnya azab seperti yang tersebut dalam hadisnya diriwayatkan oleh Al-Sayuthi. Maksudnya, " Kalaulah tidak kerana hamba-hamba ALLAH yang rukuk dan anak-anak yang menyusu dan binatang ternakan yang ada nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu."

Dan baginda juga mengibaratkan kewujudan mereka sebagai sebab kemuliaan dan keagungan ibubapa mereka seperti sabda baginda yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani. Maksudnya: " Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah keluarga itu."

Kita juga mendapati Nabi menyifatkan anak-anak sebagai angin dari syurga sebagai yang tersebut dalam hadisnya diriwayatkan oleh Al-Tabrani. Maksudnya: " Bau kanak-kanak itu adalah daripada bau syurga."

Abu Hurairah juga ada meriwayatkan daripada Rasulullah SAW dalam sebuah hadis riwayat Al-Bukhari: Maksud, " Rasulullah SAW mengucup kepala a-Hassan bin Ali (r.a) dan di sisi baginda al-Aqra' bin Habis al-Tamimi sedang duduk lalu Aqra' pun berkata: ' Aku ada 10 orang anak tapi aku tak pernah mencium seorang pun dari mereka.' Maka Nabi pun melihatnya dan bersabda, ' Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi.'"

Suka ana bawa satu kisah: Hidup Hebat

Ketika Abdullah bin Al-Zubair berumur 12 tahun, pernah Sayidina Umar r.a lalu menghampirinya. Kanak-kanak lain yang sedang bermain dengannya bertempiaran lari kecuali Abdullah bin Al-Zubair. Semuanya lari kerana takut dengan ketegasan Sayidina Umar r.a kecuali Abdullah yang hanya memandang kepada Amirul Mukminin itu.

Umar r.a mengucapkan salam padanya kemudian beliau terus duduk disitu dan bermain sehingga Sayidina Umar bertanya, kenapa kau tidak lari seperti kawan-kawanmu? Abdullah menjawab: " Aku bukannya zalim lalu aku takut padamu dan jalan pun tidak sempit supaya aku beralih dan aku pun tidak buat dosa sehingga aku perlu lari." Sayidina Umar r.a gembira dengan keberanian pemuda kecil itu dan mengusap-ngusap kepala anak itu lalu berkata pada sahabat-sahabatnya: " Anak ini akan hidup dengan kehebatan."...

Subhanallah! sahabat-sahabatku semua, mampukah kita mempunyai anak yang hebat seperti ini..? Semoga kita mampu mencorak kehidupan anak-anak kita sesuai dengan kehendak ALLAH dan Rasul. ALLAH yang memberikan anugerah anak dan ALLAH jugalah yang menentukan rezekinya, tugas kita hanya menjalankan amanah tersebut mengikut peraturanNya. Insya'ALLAH, kita sama-sama berusaha dan mendoakan yang terbaik buat anak-anak yang kita kasihi...Wallahua'lam

~ wahai diri: Jadilah dirimu contoh yang terbaik buat anak-anakmu, tanamkan dalam diri mereka dengan amalan dan semangat keagamaan kerana mereka ibarat sebuah alat perakam, setiap hari mereka melihat, merakam dan menyimpannya dalam hati dan mindanya, yang mana akhirnya mereka bawa sifat-sifat itu setelah mereka meningkat dewasa~ يَا اللهُ يَا حَيُّ يَاقَيُّوْمُ, bantulah hambamu ini...ameen ~

Ulasan

Abd Razak berkata…
Assalamualaikum saHabat..:)

Didoakan semoga sahabat beroleh kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat kasih belas Allah SWT..

Anak adalah buah hati. Menjadi tugas kedua ibubapa untuk mendidik dan membesarkannya. Sebuah tugas yang cukup berat dijalani oleh ibubapa dengan keadaan pada zaman yang penuh dengan hal yang boleh meruntuh akhlak anak-anak.

Ibubapa hanya boleh berikhtiar secara maksimal dalam mendidik anak-anaknya, namun bila tidak mendapat hidayah dari Tuhan maka si anak tetap nakal dan degil. Seperti anak Nabi Nuh, si anak tersebut 'tidak taat' dengan bapanya akhirnya tenggelam banjir besar.

Wallahua'lam..
tajnur berkata…
Assalamualaikum wbt
Didalam AlQuran, kebanyakan terdapat lafaz muzakar yg menyentuh berkenaan org2 lelaki sahaja manakala lafaz muannath berkurangaan sgt sehingga ada yg mempertikaikannya dan turunnya AsbabunNuzul
(Sebab2 turun) Surah Ali 'Imran 195
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ (195)Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya [dengan berfirman], "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, [karena] sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain [1]. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.
Abdurrazaq, Said bin Manshur, Tirmizi, Hakim dan Ibnu Abu Hatim mengetengahkan dari Umu Salamah bahwa ia berkata, "Wahai Rasulullah! Saya tidak pernah mendengar Allah menyebut-nyebut sesuatu pun tentang wanita berkenaan dengan hijrah. Maka Allah menurunkan ayat, 'Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonan mereka...'" (Q.S. Ali Imran 195).
Maknanya janganlah anak2 atau org2 perempuan risau, w/pun byk menyentuh berkenaan org lelaki tetapi itu cuma lafaz sahaja tetapi dari segi amalan2 adalah sama disisi Allah SWT. Wallahualam
Assalamualaikum.wbt

Subhanallah. Artikel yang sangat bermnfaat.Bahagia membacanya!

Kanda, boleh nak share?=)
Admin P@P berkata…
Assalamualaikum.
Anak-anak adalah amanah Allah ke atas ibubapa. Jaga dan didiklah anak-anak ini tanpa mengira jantina atau melebihkan anak-anak tertentu.
Anak yang baik dan terdidik dengan didikan agama yang baik akan menjadi sebab kepada kejayaan kita di alam akhirat, dengan doa-doa mereka.

Sedih dengan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi dalam negara kita...

TQ