Diet berdasarkan jenis darah & Diet Rasulullah SAW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…
Syukur pada ALLAH SWT, kerana dengan taufik dan inayahNya telah mengizinkan ana berkongsi kategori kesihatan disini, alhamdulillah..




Dunia perubatan sekali lagi dikejutkan dengan satu kaedah pencegahan penyakit berdasarkan pemilihan pemakanan yang betul. Pemilihan makanan berdasarkan jenis-jenis darah manusia adalah hasil penemuan Dr Peter J. D'Adamo (1996) AS.

Beliau menyatakan orang-orang macam saya (darah b) sangat sesuai dengan produk susu dan hasil olahan susu. Tidak dianjurkan makan daging ayam tetapi dicadangkan mengambil dari kambing yang kurang lemak, daging lembu dan ikan.

Juga dicadangkan agar mendapatkan istirahat dan olahraga yang cukup. Stress diatasi dengan mengambil buah seperti pisang, tembikai/ (semangka-ind) dan papaya.

Diet D'Adamo ini tidak mendapat sokongan dari pakar-pakar pemakanan kerana katanya tidak memenuhi gizi pemakanan yang sempurna. Isu ini turut dibahaskan oleh para doktor di Malaysia dan dimuatkan didada akhbar.


Siapapun yang memberikan pendapat, saya ingin menyatakan bahawa diet yang terbaik adalah seperti dietnya Rasulullah SAW. Ini terbukti kerana Rasulullah SAW tidak pernah mengalami diare/cirit/mencret dalam kehidupannya mengalahkan pakar-pakar pemakanan yang selalu diare. Kedua, kekuatan tubuh badan Rasulullah SAW dapat dilihat dari keupayaannya menjadi pemimpin umat tanpa lelah. Iaitu pemimpin kepada negara, pemimpin kepada keluarga, pemimpin dalam peperangan, pemimpin dalam pendidikan, pemimpin dalam solat, pemimpin dalam ekonomi dan semua bidang kehidupan. Menjadi contoh nombor satu yang tidak ada tolok bandingan sampai hari ini.

Itu tidak lagi kita lihat ibadat baginda di malam hari, berdiri solat sahaja berjam-jam lamanya sehingga bengkak kakinya, dapat menghabiskan surah-surah Al-quran yang panjang.

Jika kita kaji rahsia kekuatan tubuh badan Rasulullah SAW, nanti kita akan temui jawapan bagi sebuah perbincangan "Diet harian cara Nabi SAW".

Kenapa Rasulullah SAW melarang pengambilan ikan dengan susu?, apa yang tersembunyi disebalik puasa wajib dan puasa sunat? Kenapa perlu berbekam? Apa zat pemakanan di dalam kurma ajwah? Bagaimana dengan habbatus sauda'? Kenapa Rasulullah mengambil madu?

Diet pemakanan Rasulullah SAW bukannya sebuah teori diet sehari-hari tetapi ianya bersumberkan dari wahyu Ilahi yang mengandungi haq, ma'ruf dan khair.

" Sesungguhnya ALLAH menurunkan penyakit dan menjadikan setiap penyakit itu ada ubatnya, oleh itu hendaklah kamu berubat dan janganlah berubat dengan benda-benda yang haram" (Hadis Riwayat Abu Daud)

Wallahua'lam..

sumber: Jawi Medical Herbs dari Tn Hj Ismail bin Hj Ahmad (HPA)

Ulasan

Al - Mu'allim berkata…
Terima kasih atas perkongsian menarik ni kak humaira.

Saya pernah juga terbaca tentang diet mengikut darah ini dan diet2 lain juga. Bukan saja keliru bahkan bercanggah dgn apa yang diajar oleh Nabi SAW.

Cth tentang nabi yang tidak menggalakan memakan organ dalaman tetapi ada doktor yang mengatakan hati itu baik untuk darah dsb.

Apapun, ikutlah apa yang dianjurkan oleh Nabi kita, inshaAllah banyak manfaat yang kita perolehi.
tajnur berkata…
Assalamualaikum wbt
Pada asasnya, semua makanan adalah halal dan baik utk penghidupan manusia kecuali apa yg diharamkan jelas dlm AlQuran dan Hadis Mutawatir. Adapun yg terdapat dlm hadis2 lain bukanlah merupakan Ketetapan putus (qot`ie tsubut). Jika ada mana2 yg ptg, nescaya Allah SWT ceritakan dlm AlQuran krn ia adalah petunjuk dan penghidupan manusia (Surah AlAn`aam:38مَّا فَرَّطۡنَا فِى ٱلۡكِتَـٰبِ مِن شَىۡءٍ۬‌ۚ Tiada Kami cuaikan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini".
Surah Al`Araaf:31 Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau".
Apa yg ptg sekali adalah makanan yg segar (fresh) supaya disitulah terdpt kdgn protein yg baik tanpa byk kdgn asid laktik, kdgn mineral2 dan vitamin2. Surah AnNahl:14وَهُوَ ٱلَّذِى سَخَّرَ ٱلۡبَحۡرَ لِتَأۡڪُلُواْ مِنۡهُ لَحۡمً۬ا طَرِيًّ۬ا Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging (fresh)yang lembut hidup-hidup".
Apa yg terjadi gejala berlakunya kanser adalah disebabkan kerosakan perbuatan manusia dgn adanya racun perosak kimia, pencemaran, bahan kimia sebagai `additives`, preservatives` dan bahan2 logam berat melimpah berleluasa tanpa ada kawalannya menyebabkan ketidak seimbangan dlm kawalan ekosistem! Wallahualam