Bagaimana Aqal Kita Tatkala Di Dalam Kubur?

Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat.

Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ?

Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba.

Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu.

Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia?

Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu"

Apa jawapannya sebenar ?

Suka saya membawakan sebuah hadis berikut :-

ان رَسُولَ اللَّهِ ذَكَرَ فَتَّانَ الْقُبُورِ فقال عُمَرُ أَتُرَدُّ علينا عُقُولُنَا يا رَسُولَ اللَّهِ فقال رسول اللَّهِ نعم كَهَيْئَتِكُمُ الْيَوْمَ

Ertinya : Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur.

Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?"

Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :

(Riwayat Ahmad, no 6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47 : Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)

Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal. !

Dalam keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang kecil, berselimut dek kain kapan dan ditimbus oleh tanah.

Namun, bagi mereka yang derhaka kepada Allah swt, disebutkan di dalam sebuah lagi hadis :-

إن للقبر ضغطه لو سلم أو نجا منها أحد لنجا سعد بن معاذ

Ertinya : "Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )" ( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi, 5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)

Ya, ruh terperangkap di dalam jasad di kuburan dan merasai azab himpitan dan lainnya yang amat berat lagi perit. Moga kita dijauhkan Allah swt dari keadaan ini.

Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu. Ye, benar, bagi yang bersedia, bersukar untuk mempelajari, mengamalkan, dan mengajarkan Islam kepada orang ramai dengan ikhlas dan tulus, mereka akan dikurniakan kenikmatan barzakh yang bermula dengan ruhnya diangkat dan dimasukkan ke dalam burung-burung berwarna hijau dan berterbangan serta menikmati makanan di pepohon syurga. Demikian sabdaan Nabi s.a.w yang mengatakan :-

إنما المؤمن طائر يعلق في شجر الجنة حتى يرجعه الله إلى جسده يوم يبعثه

Ertinya : Sesungguhnya ruh orang mukmin itu seperti burung (atau berada di dalam burung - bermakna tidalah kelihatan ruh manusia berterbangan), yang menikmati hidangan (dan berterbangan bebas) di pepohon Syurga sehinggalah dikembalikannya oleh Allah ke jasadnya di hari kebangkitannya. ( Riwayat Malik, Tirmidzi & Ibn HIbban : Hadis Sohih ; Ibn Hibban, Arnout, Syakir)

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Ulasan

Abd Razak berkata…
Salam ya ukhti...

Moga ukhti sihat hendaknya..

Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan kita di dalamnya andaikata kita kembali kepada~Nya dalam keadaan penuh dosa, deritanya takkan berakhir.

Mengingati mati itu menginsafkan kita..
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Abd Razak ~

Wa'alaikummussalam...

Alhamdulillah, masih lg dpt menghirup setiap zarah udara kurniaan ALLAH..

Benar ya akhi, dgn mengingati mati hati yg keras akan dpt dilembutkan andai ingin menerimanya sbg nasihat dlm diri..tp itulah manusia sewaktu hidup didunia, ramai yg tdk sedar, dan apabila mati itu dtg, barulah dia sedar betapa lemah dan miskinnya dia tanpa bawa amal bersama...

syukran ya akhi atas segala nasihat...
Salam

" Mu'min yang bijak ialh yg sentiasa mengingati mati"

Salam singgah kembali dan salam ukhwah ukhti, syukran atas muhasabah cinta yg ukhti berikan.

Sungguh indah mengenalimu ukhti fil islam.Moga sama-sama berpesan2 ke arah kebaikan.

Salam juang..Moga Allah kasih
arekymz mukmeen berkata…
assalam.
ya Allah.
bile difikirkan pon macam mane duduk dalam bilik yg xde kipas pon dah seksa rasa nye.
apetah lg dlm kubur kelak.
nu'uzubillah.
semoga kita semua dijauhi.
Rina (◕‿◕)✿ berkata…
salam kak Aisyah Humaira

huu..
masa dalam kubur, kita akan rasa lah sempit,panas semua? lama nye..tkot nye..
xbsedia lg...msti rina kne siksa dgn teruknya...T___T tkut betul bila teringat ttg mati..
tp diri sendiri tak berubah..huhu..

nk tny 1 soalan, header rina tu bg akak ok ke x...ke mcm bdosa je..sbab letak gmbr rina..kan?
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Bintu Arifin ~

Wa'alaikummussalam...

Benar dik, ingin saja di blog ini akak sentiasa ceritakan ttg kematian..Cukuplah dgn mengingat mati sbg penasihat dlm diri..

Akak juga senang mengenali adk..semoga ikatan ukhuwah ini diberkati oleh ALLAH.. Insya'ALLAH kita saling mendoakan ye.. :)
uhibbuki fillah..
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Rina ~

Wa'alaikummussalam...

Insya'ALLAH, doa byk2..mohon pdNya agar kita diselamatkan dr azab kubur..kita usahakan agar iman, ilmu dan amalsoleh adalah sebaik bekalan apabila menghadapNya kelak..ok, dik?..

ttg header rina tu, pd pandangan peribadi akak..tak nampak mcm ade satu kesalahan pn, sbb rina pn tutup aurat ok je..xde yg open.. jgn risau..bagus betulla adik akak ni..Semoga rina sentiasa dlm lindunganNya ALLAH...
Uhibbuki fillah..
Asyi@asyar berkata…
salam akk... cantik enty nie..
ingt 5 perkara sblm 5 perkara..
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati.
ya ALLAH.. lindungilah kami semua :)
ismi jannati berkata…
kematian tu sangat2 amat2 terlalu2 pasti!

kena perbanyakkan lagi karya dakwah pasal mati ni..bagi semua orang takutt matii..tp takut je tak guna kalau tak bertobat..

http://faniafnan.blogspot.com/2010/09/ingat-mati.html
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Adik Asyi@Alasyr ~

Wa'alaikummussalam...

akak ambil dr ustaz zaharuddin entri ni :)
..betul mcm yg adik ckp tu ingt 5 perkara sblm dtgnya 5 perkara..itulah yg sebaik2nya kan dik?...Insya'ALLAH, kita sama2 doakan pd ALLAH agar kita semua diselamatkan dr seksa kubur..

syukran dik..
uhibbuki fillah..
take care..
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Adik ismi jannati ~

Salam dik...

Insya'ALLAH, kita usaha dan doakan yg terbaik bkn saja bt diri kita sendiri tp semua umat Nabi S.A.W..
syukran dik..
uhibbuki fillah..
teruskan melalui karya2 adik.. :)