4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran



Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.

Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran. Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak. Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud :

"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud :

"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" - Surah Taha, ayat 1-4

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud :

"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." - Surah al-Isra’, ayat 78

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud :

"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

petikan: iLovIslam Dot Com

Ulasan

Abd Razak berkata…
Salam ya ukhti... :)

Moga sihat hendaknya di sana...

Sungguh al-Quran itu penawar segala penyakit di hati. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Ertinya : "Barang siapa yang tidak mengubati penyakitnya dengan al-Quran maka Allah Taala tidak akan menyembuhkan penyakitnya.

Selagi al-Quran itu tidak diamalkan dalam erti kata yang sebenarnya, maka semua penyakit itu tidak akan dapat disembuhkan lagi.

Wallahu'alam..
cuba kenali diri... berkata…
Assalammualaikum Aisyah,
terima kasih atas perkongsian... ada juga baiknya kan kalau kita saling ingat mengingati antara satu sama lain... sebab hawa nafsu memang amat payah untuk ditundukkan... boleh lupa kadang-kadang yang ianya musuh ketat kita... moga kita semua dilindungi-NYA...
fiqhullughah berkata…
salam ziarah..terima kasih atas perkongsian..amat bermanfaat..
Asyi@asyar berkata…
salam akk..
syukran.. uhibbuki fillah
benar akk.. al-Quran kalammullah penyembuh segala penyakit..
al-quran panduan penunjuk jln sunnah rasul penerang kegelapan.. utk kite sampai kpd ALLAH...
al-Quran menenangkan hti dan melapangkan jiwa..
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Kakak mama Hidayahamin ~

Wa'alaikummussalam...

Setuju dgn akk, mmg penting ingat memperingati ke arah kebaikan sesama kita sbg manusia..Semoga menjadi budaya yg baik utk kita amalkan..Insya'ALLAH..
syukran akk..
uhibbuki fillah, :)




~ Abd Razak ~

Wa'alaikummussalam..
Alhamdulillah, sihat dgn izinNya,

Benar akhi, contohnya spt terdpt dlm surah AL-Fatihah...
Nabi S.A.W bersabda, " Dalam surah Al-Fatihah terdapat penawar utk segala penyakit." (HR. Darimi dan Baihaqi)
Insya'ALLAH, mohon tunjuk ajar dan doa dr akhi, kerana ana masih lg dlm proses belajar dlm mencari ilmu..
Jazakallah..




~ fiqhullughah ~

Wa'alaikummussalam..

Sama2 dik..apa yg baik semua dr ALLAH, yg lemah dr diri akk sendiri..Insya'ALLAH kita sama2 doakan yg terbaik bt diri kita semua.. :)
uhibbuki fillah..
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ Adik Asy@alasyr ~

Wa'alaikummussalam...

Alhamdulillah, akk suka kata2 adk Asy, penuh makna dan pengisian..
Allahu Akbar!
Insya'ALLAH kita sama2 doakan ye..

~Semoga adk2 akk semua berjaya dilapangan masing2...Ameen..
syukran..(^_~)
paradigm@pandangan berkata…
Assalamualaikum.
Sebagai muslim perlu dilengkapkan menjadi mukmin, pra syaratnya maka perlu selalu bermuhasabah dengan membaca 'perlembagaan' kita iaitu al-quran.
Perlu diamalkan membacanya setiap hari dengan kadar maksima 2 ms setiap selepas solat untuk menghabiskan 1 juzuk sehari dan khatam dalam masa sebulan.
Kalau kesuntukan masa pun, perlu dibaca setiap hari sekurangnya 1 ms sehari.

Penting juga untuk kita faham apa yang dibaca agar senang nak akur dan ikut perintah Ilahi dan tinggalkan segala yang dilarang.

semoga Allah pelihara kita semua.
Wassalam.
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
~ paradigm@pandangan ~

Wa'alaikummussalam...

Alhamdulillah, itulah yg sebaik2nya..dan moga terus istiqomah dlm mengamalkannya..Insya'ALLAH, sama2 doakan..

syukran atas komen dan kunjungan dr tuan..