Musibah, Ujian dan Kesusahan...

UJIAN YANG DIBERIKAN ALLAH

Hidup di dunia penuh dengan cubaan dan ujian. Kita akan diuji dengan ujian ketakutan terhadap musuh dan orang jahat, mungkin diuji dengan keperitan hidup (kemiskinan), penyakit, kehilangan orang yang disayangi dan sebagainya.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155 hingga 156 yang bermaksud :

“Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Dan firman Allah dalam ayat 157 yang bermaksud :

“Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.”

post by: nurSyirah

Ulasan

hamba NYA berkata…
Ujian itu umpama ROTAN dari Allah. Biarlah kita dirotan selalu oleh Allah kerana kita tentu tidak mahu dirotan di Akhirat. Oleh sebab itu apabila kita diuji, anggaplah ia sebagai hiburan, kerana sesudahnya ialah nikmat.
♥ Ahlia Iman ♥ berkata…
Yer betul tu akak, ana juga setuju..biarlah kita di ROTAN di dunia drpd kita di ROTAN di akhirat..syukran yer akak, ana akan sentiasa ingat kata-kata nasihat ni..