KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA DI BULAN RAMADHAN



KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.


AMALAN PEMBERI SYAFA'AT DIHARI KIAMAT

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.

2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.

InsyaALLAH...

Ulasan

MuNie berkata…
salam.

menarik. :) pasni kena rajin blanja kwn2 lak la ea.. huhu
mama hidayahamin berkata…
assalammualaikum.. artikel yang menarik untuk dikongsi dan baca... teruskan menulis...
AisyahHumaira berkata…
W'slm..munie

InsyaALLAH MuNie, nampaknya begitula...pahala yg berganda di bln Ramaadhan, cuma tidak dizahirkan pahalanya didunia..tak nak blanja akak skali ke..:)
AisyahHumaira berkata…
W,slm..mama Hidayahamin

Terima kasih yer akak, semoga apa yg baik kita dpt berkongsi bersama...InsyaALLAH