HIDUPKAN MALAM RAMADHAN DENGAN QIAMULLAIL


Dari Abu Hurairah r.a berkata: " Adalah Rasulullah S.A.W menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda S.A.W bersabda, " Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari ALLAH, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu."


Huraian:


Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya supaya menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadat kerana fadhilatnya amat besar di sisi ALLAH S.W.T. Antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dalam menghidupkan malam (qiamullail) ini ialah melakukan solat sunat, berzikir, membaca Al-Quran, memperbanyakkan istighfar serta beriktikaf di masjid.



Selaku umat islam, kita sepatutnya mencontohi baginda serta berusaha bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan memanfaatkan bulan ini sebaik-baiknya terutama sekali dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Di mana Rasulullah S.A.W dalam kebanyakan hadith memberitahu mengenai kemungkinan besar pada malam-malam ini terutama malam ganjil adalah merupakan malam Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan melebihi seribu bulan.

Ulasan