" ALLAH ADA....ALLAH LIHAT "


Pengetahuan pertama yang patut diberi kepada anak ialah ilmu Tauhid - pengesaan terhadap ALLAH diikuti dengan pengenalan terhadap Nabi Muhammad S.A.W sesuai dengan konsep 'awaludin makrifatullah' atau awal-awal agama ialah mengenal ALLAH.

Dalam usaha menerapkan jiwa tauhid ini, seorang bapa mengajar anaknya supaya mengulang beberapa kali ayat berikut "ALLAH ada, ALLAH lihat". Si anak tadi terus menjadikannya seperti wirid dengan mengulang berkali-kali ungkapan "ALLAH ada, ALLAH lihat". Kalau tak dapat diucapkan dengan mulut, ia dilintaskan di dalam hati.
Pada satu hari, si bapa dan anaknya berjalan-jalan di sebuah dusun buahan jirannya.
Dia ternampak buah rambutan sedang masak di sebuah pokok. Teringin di hatinya untuk mengambil beberapa tangkai lalu dia pun menyuruh anaknya memanjat. Sebelum memanjat dia mengingatkan anaknya supaya meneriaknya jika ternampak ada orang menghala ke situ. Si anak yang taat itu pun memanjat sebagaimana yang disuruh oleh bapanya.

Apabila hendak memetik, si anak terus memekik "ada orang! ada orang!". Bapanya terperanjat dan lari lintang pukang bersembunyi di balik semak. Apabila anaknya turun dan mendapati tiada siapa di situ, si bapa bertanya mana orangnya. Si anak tadi memberitahu bapanya, "ALLAH ada, ALLAH melihat. ALLAH melihat apa yang saya buat. Sebab itu saya terjerit!"
Si bapa terdiam malu mendengar kata-kata anaknya itu.
Moga menjadi iktibar...
post by: ANNA

Ulasan

mama hidayahamin berkata…
Allah ada berfirman seperti demikian;

"Syurga itu ialah bagi mereka yang bercadang hendak membuat sesuatu dosa, dan kemudian mereka ingat bahawa Aku sentiasa Memandang mereka, lalu mereka pun menahan diri mereka".
AisyahHumaira berkata…
Salam akak..ALLAH Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Melihat akan segala yg tersembunyi...Allahu Akbar.
Lynn Nasir berkata…
salam kenal,

sgt berguna ketika mengajar anak2..masih kecil lg mereka, tp elok dibiasakan :) terima kasih berkongsi :D
AisyahHumaira berkata…
Salam kenal kembali Lynn...harap kita semua dapat mendidik anak sejak dari awal lagi.,dengan didikan islam. InsyaALLAH sama2 doakan.