TUJUH MACAM PAHALA


Dari Anas r.a berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya:
  • Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
  • Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
  • Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
  • Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakanya.
  • Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
  • Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia di amalkan oleh orang yang mempelajarinya.
  • Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya, yakni anak yang selalu di ajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda, " Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga macam:
  1. Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah)
  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan
  3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya 
sumber: Tanbihul Ghafilin

Ulasan