Solat Tahajjud: Adab dan kelebihannya..


  1. Solat dua rakaat di tengah malam adalah lebih berharga dari segala harta kekayaan dunia ini. Jika tidak kerana aku takut ia menyusahkan ummatku nescaya akan kuwajibkannya.
  2. Semulia-mulia ummatku ialah Hamalatul Quran dan mereka yang bersolat malam.
  3. Cahaya di dalam kubur diperolehi melalui solat tahajjud.
  4. Teruskanlah solat tahajjud kerana ianya perjalanan orang-orang soleh, cara untuk mendekati ALLAH TAALA, menyebabkan terampunnya dosa-dosa dan menyihatkan kesihatan tubuh badan.
  5. ALLAH sangat suka dan cinta kepada mereka yang mengosongkan tempat tidur mereka di malam hari untuk solat tahajjud.
  6. Orang yang berlapar didalam solat tahajjud, bidadari akan datang mengelilinginya.
  7. Nabi Ibrahim a.s dilantik menjadi Khalilullah kerana Baginda suka memberi makan, suka memberi salam, dan bersolat tahajjud di tengah malam.
  8. Tanda orang yang bertaqwa ialah berbuat baik didunia, sedikit tidur dimalam hari dan di akhir malam mereka memohon ampun kepada ALLAH S.W.T
  9. Jika seorang suami mengejutkan isterinya diwaktu malam dan bertahajjud walau hanya dua rakaat, mereka digolongkan sebagai dzakirin dan dzakirat.
  10. ALLAH S.W.T sangat menyayangi sepasang suami-isteri yang solat tahajjud.
  11. Ahli tahajjud akan menduduki tingkat yang tertinggi di dalam syurga.
  12. Kehormatan dan kemuliaan seorang mukmin itu ialah dalam tahajjud.
  13. Orang yang istiqomah bersolat tahajjud akan diseru untuk memasuki syurga tanpa hisab.
  14. Sebaik-baik solat selepas solat fardu ialah solat malam.
  15. 10 ayat yang dibaca di dalam solat tahajjud dikira sebagai orang yang taat.
  16. 100 ayat yang dibaca di dalam solat tahajjud dikira sebagai orang yang soleh.
  17. 1000 ayat yang dibaca di dalam solat tahajjud dikira sebagai orang yang istiqomah.
  18. Orang yang istiqomah solat tahajjud akan diberi pakaian syurga dan kuda terbang yang tali kekangnya dari mutiara. Apabila ahli syurga yang lain bertanya bagaimana mereka memperolehi darjat ini maka akan dijawab, "mereka bertahajjud di kala kamu tidur".
  19. Apabila salah seorang dari kamu bangun untuk solat tahajjud maka hendaklah dia memulakan solatnya itu dengan dua rakaat yang ringan.
  20. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaksanakan solat malam sebanyak sebelas rakaat.
  21. Sesungguhnya apabila Nabi S.A.W tidak sempat solat malam kerana tertidur, maka Baginda akan melakukannya sebanyak dua belas rakaat pada siang hari iaitu dalam solat Dhuha.
  22. Sesungguhnya ALLAH S.W.T menawarkan kepada hamba-hambaNYA pada waktu ini, "siapakah ingin doanya dimakbulkan, siapakah yang ingin masalahnya diselesaikan dan siapakah yang inginkan pertolongan ALLAH S.W.T, maka berdoalah."

Sama-samalah kita berdoa agar diberi kekuatan untuk menghidupkan malam kita dengan bersolat tahajjud .Semoga kita dapat beramal dan istiqomah dalam melakukannya....Amin

~ dipetik dari buku bacaanku

Ulasan