Solat merupakan tiang agama...

Hazrat Shaqiq Balkhi rah. seorang ahli sufi dan wali ALLAH yang masyhur berkata," Kami mencari lima perkara dan menemui perkara-perkara itu melalui lima amalan,
  1. Keberkatan rezeki melalui Solat Dhuha
  2. Cahaya di dalam kubur didapati melalui Solat Tahajud
  3. Jawapan terhadap Soalan Munkar dan Nakir melalui membaca Al-Quran
  4. Mudah melintasi titian sirat didapati melalui berpuasa dan bersedekah
  5. Mendapat Naungan di bawah Arasy Ilahi melalui mengingati ALLAH S.W.T dalam keadaan bersunyi diri.
Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith, sesiapa yang menjaga solatnya maka ALLAH S.W.T akan mengurniakan ( Lima Keistimewaan ):-
  1. Di angkat kesempitan hidup didunia daripadanya.
  2. Akan dihindarkan daripada azab kubur.
  3. Dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
  4. Akan dapat melintasi titian sirat sepantas kilat.
  5. Akan memasuki Syurga tanpa Hisab.

Ulasan