Sebuah kisah..."ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kita semua"



Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk " Jalan-jalan Syurga " dan beberapa karya islamik yang lain.

Pada suatu Jumaat indah, pada ketika Imam dan anaknya hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata ;
" Ayah! Saya dah bersedia".

Ayahnya terkejut dan berkata " Bersedia untuk apa?". "Ayah, bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah ALLAH?".

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat". kata Anak kecil itu, " Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?".

Ayahnya berkata, " Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini".
Dengan merintih, anaknya merayu, " Benarkan saya pergi, Ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya, " Pergilah nak, berhati-hati. ALLAH akan sentiasa bersama kamu!".
" Terima kasih Ayah". Dengan wajah bersinar-sinar, anaknya pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap pintu rumah dan menyerahkan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu sahaja risalah " Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya belum selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah tersebut, lantas dia menekan loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu rumah itu, namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya dari pergi dari rumah itu, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan, menekan loceng sekali lagi. Dan akhirnya pintu pun dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan tua dalam lingkungan 50-an. Mukanya suram dan sedih. " Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. " Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin mengatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih ye nak dan Tuhan akan melindungi kamu", dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai, dia bertanya, " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan tua separuh umur itu. " Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan semua, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini, " Airmatanya mulai bergenang di kelopak matanya".

"Pada jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapapun yang menekan loceng itu akan pergi jika tidak dijawab, Kemudiaan ia berbunyi lagi. Kemudiaan saya mendengar ketukan dan loceng di tekan sekali lagi."

Saya berkata, belum pernah ada orang yang tekan loceng ini begitu lama. Lantas saya pun melonggarkan tali dileher dan terus pergi ke pintu.

" Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti ' malaikat'. " Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin mengatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik". Itulah kata-kata paling indah yang saya dengar."
Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir meragut nyawa saya diletakkan semula ke tempat asalnya." Aku tak perlukan itu lagi".

Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi orang yang sangat bahagia, dan menjadi hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa 'ALLAH S.W.T'. Di belakang risalah tersebut ada alamat ini, dan sebab itulah saya berada di sini hari ini. Jika tidak disebabkan 'malaikat kecil' yang datang itu, tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka.

Tidak satu pun anak mata di masjid itu masih kering. Ramai yang melafazkan takbir " ALLAHUAKBAR".

Imam itu lantas turun dari mimbar, dan memeluk anaknya dan menangis tersedu-sedu.

Jumaat ini dikira Jumaat yang Paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar melainkan yang ada di dalam pelukannya. Seorang anak yang umpama seorang malaikat.
Biarkan airmata menitis kerana ALLAH S.W.T Yang Maha Penyayang. Dan ingatlah bahawa ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kita semua.....

Ulasan