IKHLAS NIAT


Pentingnya keikhlasan niat


Bismillahirrahmanirrahim.....

Ikhlas adalah perkara yang amat penting - ianya cabang iman.

Perkara-perkara lain yang diperintahkan dan dilarang sudah diberitahu oleh Baginda SAW daripada ALLAH SWT tetapi ikhlas adalah rahsia yang tidak diberitahu kepada sesiapa walau Nabi SAW dan Jibril a.s sendiri.

Niat yang betul dan bersih diperintahkan ALLAH SWT.

ALLAH SWT akan beritahu kita semua diakhirat kelak. Masa itu baru kita akan mengerti betapa pentingnya niat yang ikhlas.

Satu amal yang kecil, jika dibuat dengan ikhlas dan diterima oleh ALLAH SWT boleh menghapuskan semua dosa dan kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Ingatlah! Rahmat ALLAH SWT itu luas. Contohnya seorang perempuan lacur yang memberi minum kepada anjing yang dahaga dengan ikhlas telah menyebabkan dosanya diampun dan dia dijamin syurga.

Sebaliknya, amal sebesar dan sebanyak mana sekalipun jika tanpa ikhlas boleh menyebabkan seseorang itu dihumban ke dalam neraka contohnya 4 org yang akan dipanggil, dihisab dan dimasukkan ke dalam neraka kerana amal-amal besar tetapi tidak ikhlas, mereka ialah alim ulamak yang mengajar, orang-orang yang perang jihad dan mati syahid dan orang kaya yang dermawan.

Untuk berusaha, supaya kita mencapai hakikat ikhlas ialah :-

* Dakwahkan orang lain tentang ikhlas dan tarbiah orang lain supaya bersikap ikhlas.
* Laksanakan segala amal dengan ikhlas.
* Doa kepada ALLAH supaya dikurniakan keikhlasan kepada kita.

Sebelum kita laksanakan sesuatu perkara hendaklah semak hati dan perbetulkan niat kita. Periksa niat di awal, pertengahan dan akhir setiap amalan. Dan istiqomahlah dalam melakukannya.

Wallahu'alam

Ulasan