Masjid: Adab dan kelebihannya


  • Di dalam dunia, tempat yang paling dicintai oleh ALLAH S.W.T ialah masjid dan tempat yang paling di benci oleh ALLAH S.W.T ialah pasar.
  • Mereka yang pergi mengerjakan solat pada waktu subuh membawa bendera Iman, sementara mereka yang ke pasar (tanpa bersolat subuh) membawa bendera syaitan.
  • Barangsiapa yang membina masjid kerana ALLAH S.W.T di dunia ini, ALLAH S.W.T akan membina untuknya satu mahligai di dalam syurga.
  • Barangsiapa yang menghamparkan tikar atau permaidani di dalam masjid, sentiasalah Malaikat akan memohon ampun baginya selama mana tikar itu terhampar.
  • Barangsiapa memasang pelita atau lampu di dalam masjid maka itu sebagai mas kahwin bidadari.
  • Mengeluarkan sesuatu yang menyakiti atau najis dari dalam masjid maka ALLAH S.W.T akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga.
  • Hati dunia ini ialah orang islam dan hati sesebuah tempat penempatan seperti kampung, bandar dan sebagainya ialah masjid. Makmur masjid bermakna makmurlah tempat itu dengan rahmat ALLAH S.W.T
  • Hak masjid ada dua:
  • Hak orang yang datang ke masjid maka perlu disediakan segala kemudahan yang termampu seperti lampu, kipas, tikar, tempat wudhuk, tempat solat dan sebagainya.
  • Hak masjid ialah menyempurnakan amalan-amalan masjid terutamanya melaungkan azan dan solat berjemaah lima kali sehari semalam.
  • Amalan-amalan masjid ialah:
  • membesar dan mengagongkan zat ALLAH S.W.T
  • Membicarakan mengenai tuntutan iman dan hal ehwal akhirat.
  • Menceritakan kepentingan amalan yang akan memberikan keuntungan di dunia dan akhirat.
  • Mengadakan halaqah taklim.
  • Mengadakan majlis-majlis zikir.
  • Mengadakan tasykil dan tabligh mengenai iman dan amalan soleh.
  • Mementingkan soal bantu-membantu, tolong-menolong, bersimpati antara satu sama lain dan melakukan pengorbanan untuk agama.
  • Perkara yang menjadi larangan di dalam masjid:-
  • Jangan berbual hal keduniaan atau berbual perkara yang sia-sia atau berseronok dan berseloroh di dalam masjid kerana ianya dilarang keras oleh Rasulullah S.A.W. Sebuah hadith bermaksud: amalan 40 tahun akan terhapus disebabkan berbual hal keduniaan di dalam masjid. Begitu juga kubur akakn menjadi gelap disebabkan tertawa-tawa dan berseloroh di dalam masjid.
  • Jangan membawa barang yang makruh seperti benda yang berbau busuk.
  • Jangan iklan barang hilang di dalam masjid.
  • Jangan berjual beli di dalam masjid.
  • Jangan meninggikan suara, jangan mengibaskan kain, jangan patah-patahkan jari, jangan meludah ke arah kiblat, jangan jadikan laluan pintas, jangan membuka aurat, jangan membuat kotor, jangan menyanyi, jangan berlari, jangan tidur tiarap atau melunjurkan kaki ke arah kiblat, jangan komen apa-apa pun tentang masjid.
  • Semasa di dalam masjid hendaklah sentiasa ingat bahawa ini adalah rumah ALLAH dan sentiasa merasakan kebesaranNYA dan kita merupakan tetamuNYA.
~ dipetik dari buku bacaanku

Ulasan