Kisah Para Sahabat:" Tabah terhadap kesusahan untuk agama

Penderitaan Hazrat Khabbab bin Al-Aratt r.a

Hazrat Khabbab r.a ialah antara jiwa-jiwa yang diberkati yang telah menawarkan diri mereka sendiri untuk diuji dan menanggung kesusahan yang paling dahsyat di jalan ALLAH S.W.T. Beliau telah memeluk islam pada permulaan lagi iaitu selepas lima atau enam orang memeluk agama islam. Oleh sebab itu beliau menanggung kesusahan untuk tempoh yang agak lama. Beliau di pakaikan baju besi lalu dibiarkan di tengah panas yang menyebabkan peluh mengalir dengan banyaknya kerana kepanasan. Pada kebanyakan masa beliau dibaringkan diatas panas tanpa lapik yang telah menyebabkan daging pada belakang badannya terbakar lalu tertanggal.

Beliau ialah hamba kepada seorang wanita. Apabila wanita itu mendapat berita bahawa beliau selalu berjumpa dengan Nabi S.A.W maka sebagai balasannya wanita itu telah memanaskan sebatang besi lalu menyelar besi itu pada kepala Hazrat Khabbab r.a.

Setelah beberapa lama berlalu, iaitu semasa zaman pemerintaha Hazrat Umar r.a beliau telah ditanya oleh Hazrat Umar r.a secara terperinci tentang segala penderitaan yang telah di alaminya. Beliau berkata, " Lihatlah belakang saya." Setelah melihat belakang beliau, Hazrat Umar r.a berkata, " Saya tidak pernah melihat belakang yang sebegini."

Kemudiaan Hazrat Khabbab r.a berkata, " Saya telah diletakkan di atas bara api lalu diheret. Lemak dan darah dari belakang saya memadamkan bara api tersebut."

Walaupun telah menghadapi segala penderitaan tersebut, beliau masih tetap menangis apabila islam telah maju dan pintu kemenangan telah terbuka. Beliau berkata, " Saya berlindung dengan ALLAH S.W.T daripada Dia mengganjarkan segala penderitaan kita yang lalu didunia ini lagi."

Hazrat Khabbab r.a meriwayatkan, " Pada suatu ketika, Nabi S.A.W telah mendirikan satu solah yang panjang, tidak seperti biasa. Para sahabat r.a telah bertanya tentang solat itu. Rasulullah S.A.W menjawab, " Itulah solah harapan dan ketakutan. Dalam solah tadi saya telah membuat tiga permohonan kepada ALLAH S.W.T. Dua daripada permohonan itu telah diterima dan satu lagi telah ditolak. Saya telah memohon supaya seluruh umat saya tidak binasa kebuluran, permintaan itu telah dikabulkan. Kedua saya telah memohon supaya seluruh umat saya tidak dikuasai oleh musuh yang akan memusnahkan mereka semua sekali, permohonan ini juga telah dikabulkan. Ketiga saya telah berdoa supaya mereka tidak bergaduh sesama sendiri, permohonan ini tidak diterima."

Hazrat Khabbab r.a telah meninggal dunia pada tahun 37 Hijrah. Beliau ialah sahabat yang pertama dikebumikan di Kufah. Setelah beliau meninggal dunia, Hazrat Ali r.a telah lalu di sisi kuburnya sambil berkata, " Semoga ALLAH S.W.T mencurahkan kerahimanNYA ke atas Hazrat Khabbab r.a. Beliau telah memeluk islam dengan kerelaan sendiri, telah berhijrah dengan rela hati dan telah menghabiskan usianya dalam jihad. Beliau juga telah menanggung segala penderitaan dengan tabah. Semoga ALLAH S.W.T memberkati orang yang sentiasa mengingati hari kiamat, bersedia untuk menghadapi penghisaban, berpada dengan harta sekadar keperluan hidup dan telah memggembirakan Tuhannya." (Asadul-Ghabah)

-Fadhail Amal

Ulasan