KEZUHUDAN DAN KEMISKINAN HIDUP NABI S.A.W DAN PARA SAHABAT R.A


Kengganan Nabi S.A.W Menerima Tawaran Untuk Menjadikan Bukit-bukit Sebagai Emas


Nabi S.A.W bersabda, " Tuhanku telah menawarkan kepadaku untuk menjadikan bukit-bukit di Mekah ini sebagai emas. Aku telah menjawab, " Ya ALLAH, aku lebih suka sekiranya aku makan pada suatu hari dan aku berlapar pada keesokannya supaya apabila aku berlapar aku akan merayu dan mengingatiMu dan apabila kenyang aku dapat bersyukur dan memujiMu.


Hazrat Abu Hurairah r.a Menceritakan keadaan Beliau Semasa Kelaparan


Hazrat Abu Hurairah r.a berkata, " Sekiranya kamu melihat keadaan kami dahulu, sebahagian daripada kami tidak mempunyai makanan buat beberapa waktu walaupun hanya untuk menegakkan tulang belakang. Disebabkan kelaparan, kadang-kadang saya menekan dada ke bumi dan kadang-kadang saya meniarap dengan meletakkan segala kekuatan ke perut dan kadang kadang-kadang saya mengikat batu pada perut.

-Fadhail Amal

Ulasan