Fadhilat bersugi...

Bersugi merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. Solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat yang dikerjakan tanpa bersugi. Di riwayatkan dalam sebuah hadith, " Hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi, kerana bersugi mempunyai 10 faedah:-
  1. Membersihkan mulut.
  2. Menjadi sebab keredhaan ALLAH S.W.T
  3. Menyebabkan kemarahan syaitan.
  4. ALLAH S.W.T dan para malaikat mengasihi orang yang bersugi.
  5. Menguatkan gusi.
  6. Menghilangkan gelema.
  7. Mewangikan mulut.
  8. Menghapuskan safra (sejenis penyakit).
  9. Menguatkan pandangan mata.
  10. Menghilangkan bau busuk mulut.
sumber: Buku Fadilat Sugi

Ulasan