Solat dapat menyembuhkan kelumpuhan...

ALLAH S.W.T berfirman: " Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk". (Al-Baqarah:45)

Solat adalah anugerah dan kurnia yang sangat besar untuk menghilangkan kegalauan dan keresahan jiwa, membahagiakan dan menguatkan hati serta melapangkan dada. Dengan solat hati bisa langsung berhubung dengan ALLAH S.W.T. Solat merupakan amal ibadah yang paling baik, sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Sedangkan berdiri di depan ALLAH S.W.T memiliki banyak hikmah dan rahsia dalam meraih kesihatan. ALLAH berfirman: " Dan sesungguhnnya mengingat ALLAH (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah lain). Dan ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Al-Ankabut:45)

Setiap kali Rasulullah S.A.W menghadapi masalah, dengan serta merta beliau melakukan solat. Solat juga sebagai terapi efektif bagi tubuh. Ibnu Majah meriwayatkan bahawa Abu Hurairah r.a berkata, " Suatu ketika, Rasulullah melihat saya ketika sedang tidur kerana merintih mengadukan perut saya yang begitu sakit. Lantas beliau bertanya kepada saya, " Wahai Abu Hurairah, apakah perutmu sakit?

Beliau bersabda, " Bangun dan lakukanlah solat, kerana solat itu adalah ubat".

Solat merupakan bentuk peran aktif seorang manusia dalam melaksanakan tugas-tugas rohani dan jasmani yang menjadikannya menempati darjat yang tinggi. Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, " Sesungguhnya perumpamaan solat itu seperti halnya sungai yang jernih menggenangi pintu rumah kalian. Ia menceburkan dirinya ke dalam sungai itu lima kali setiap hari. Apakah ada kotorannya yang masih tersisa?"

Sungguh, solat adalah bentuk ajaran dari ALLAH yang menegaskan keagungan manhaj Qur'ani dalam agama yang mulia ini. Seseorang menceritakan kisah yang menakjubkan, seperti ini:

" Aku tidak pernah mengenal jalan menuju ke masjid, padahal ayahku adalah seorang Ustaz yang mengajarkan Al-Quran. Sungguh, harta yang melimpah ruah telah merosak kehidupanku dan menjauhkanku dari jalan ALLAH. Lantas, ALLAH berkehendakkan memberiku cubaan dalam peristiwa kecelakaan lalu lintas.

Di kala itu, aku sama sekali tidak dapat berjalan. Dan semua doktor menegaskan bahawa tidak ditemukan faktor penyebab yang jelas yang membuatkan aku lumpuh, selain gangguan urat saraf yang mengakibatkan diriku tak mampu bergerak dan berjalan.

Pada suatu hari, aku sedang menuju rumah teman baruku yang kukenal sesaat setelah kutinggalkan kereta mewahku. Aku terpaksa harus menggunakan kerusi roda yang diperuntukkan khusus bagi orang-orang cacat. Sebelum saudaraku mendudukkanku di atas kerusi tersebut, aku mendengar azan maghrib berkumandang yang mendayu-dayu.

Suara azan itu begitu indah, merdu dan begitu menyentuh lubuk hatiku. Seolah-olah diriku terguncang, seakan-akan baru pertama kali aku mendengar suara azan sepanjang hidupku. Seketika itu, air mataku pun bercucuran. Saudaraku terheran-heran ketika aku memintanya agar membawaku ke masjid untuk melaksanakan solat Maghrib berjemaah.

Hari-hari pun berlalu. Sejak kejadian itu, aku menjadi begitu rajin melaksanakan solat di masjid. Bahkan solat subuh sekalipun, aku selalu berusaha tidak tertinggal. Meskipun aku begitu menderita, namun aku telah bertekad kuat untuk pantang menyerah dan terus maju kembali di jalan ALLAH.

Pada suatu malam sebelum solat subuh, aku bermimpi bertemu dengan ayahku. Dia bangkit dari kuburnya dan memegang bahuku yang sedang menangis, sambil berkata, " Wahai anakku, jangan bersedih. Sumgguh, ALLAH telah mengampuni dosa-dosaku kerana kamu."

Maka aku benar-benar sangat terobsesi dengan kabar gembira ini. Aku pun langsung melaksanakan solat dan tersungkur sujud kepada ALLAH sebagai ungakapan rasa bersyukur kepada-NYA. Mimpi seperti ini terus berulang beberapa kali.

Beberapa tahun kemudian, aku sedang melaksanakan solat subuh di masjid yang bersebelahan dengan rumahku. Aku biasa duduk di atas kerusi di akhir barisan yang pertama. Sang imam mebacakan doa qunut cukup panjang, membuatkan hatiku benar-benar tersentuh dengan doanya. Seketika itu, air mataku pun mengalir keluar tanpa dapat dibendung.

Tubuhku gementar, jantungku berdegup kencang tak beraturan. Aku merasa kalau kematian begitu dekat dan telah menghampiri diriku. Sejenak aku menenangkan diri hingga aku menyelesaikan solat. Setelah salam, aku berdiri dari atas kerusi dan menyingkirkannya ke sisi, supaya dapat berdiri dengan kedua kakiku untuk melaksanakan solat dua rakaat sebagai ungkapan rasa syukur kepada ALLAH.

Terperanjat, orang-orang yang solat di sekelilingku, lalu menghampiriku untuk memberikan ucapan selamat. Air mata kegembiraan pun menitis keluar atas mukjizat ini. Kegembiraan dan kebahagianku atas kejujuran perasaan dan simpati mereka tidak bisa di ungkapkan.

Tiba-tiba sang imam menghampiriku dan sambil membisikkan seuntai nasihat berharga di telingaku. Sambil memelukku, sang imam berkata, ' Jangan sekali-kali kau melupakan anugerah dan kasih sayang yang dilimpahkan ALLAH kepadamu. Dan jika hawa nafsumu membisikkanmu untuk berbuat maksiat kepada ALLAH, kembalilah duduk di kerusimu ini, dan jangan pernah berpisah dengannya hingga kamu benar-benar telah mengajari dan mendidik nafsumu itu'....ALLAHUAKBAR...
Rasulullah S.A.W bersabda," ALLAH S.W.T menjadikan hatiku menyukai tiga perkara di dunia ini, wangi-wangian, wanita dan solat yang menjadi penyejuk mataku". Baginda S.A.W menghabiskan sebahagian malam hari dengan bersolat kerana menikmati kelazatan bersolat dan menegaskan supaya mengambil berat terhadap solat ketika Baginda S.A.W hampir wafat.
Terdapat dalam Kitab 'Zadul Ma'ad' yang ditulis oleh Hafiz Ibnu Qayyim rah. bahawa solat mendatangkan rezeki, memelihara kesihatan, menjauhkan penyakit, mencekalkan hati, menyerikan dan mencantikkan wajah, menenangkan jiwa, mencergaskan anggota badan, menghilangkan kemalasan, membuka pintu hati, menjadi santapan rohani, menerangkan hati, memelihara kenikmatan kurniaan ALLAH S.W.T, menghindarkan diri dari azab ALLAH S.W.T, menjauhkan syaitan dan menjadikan diri hampir kepada ALLAH S.W.T.
Kesimpulannya, Solat memainkan peranan yang penting dalam memelihara kesihatan rohani dan jasmani. Solah juga memainkan peranan yang penting untuk menjauhkan kemudaratan dan membawa manfaat didunia dan diakhirat. Sama-samalah kita mengamalkannya dengan penuh KETAQWAAN padaNYA..

sumber: Buku Terapi dengan Ibadah

Ulasan