Dikuasakan oleh Blogger.

Pesanan bagi kaum ibu/isteri...

>> Isnin, Jun 14, 2010


Madrasah pertama bagi anak-anak adalah di dalam rumah itu sendiri, hanya dengan adanya suasana iman, ilmu dan amal soleh mengikut sunnah Rasulullah S.A.W akan mendapat kejayaan disisi ALLAH S.W.T, hendaknya ibubapa membentuk anak-anak menjadi hamba ALLAH S.W.T yang berjaya didunia dan diakhirat. Anak yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih, ibubapalah yang mencorakkannya samada menjadi yahudi, nasrani, majusi ataupun mukmin sejati. Amalan-amalan kaum ibu ketika mengandung juga amat penting bagi mempengaruhi tindak-tanduk anak yang dilahirkan kelak...semoga dengan adanya amalan-amalan sunnah yang kita amalkan dalam kehidupan seharian juga dapat memupuk rasa cinta anak pada Pesuruh ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupannya, perbanyakkan percakapan akan kebesaran ALLAH S.W.T kepada anak-anak dari kecil lagi, CINTAILAH ALLAH DAN RASUL, ALLAH Maha Berkuasa, makhluk tak berkuasa, segala yang berlaku hanya dengan izin ALLAH, hatta nak menggerakkan satu jari atau mengelipkan mata, semuanya berlaku hanya dengan izin ALLAH....ALLAHUAKBAR! Sama-samalah kita mengamalkannya, InsyaALLAH..
Rasulullah S.A.W bersabda, " Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah (suci), kedua ibubapanyalah yang mendidiknya menjadi yahudi, nasrani atau majusi."

1) Solat di awal waktu
2) Istiqomah Taklem Wa Taklum
3) Istiqomah Quran dan Zikir
4) Didik anak secara sunnah Nabi
5) Hidup sederhana
6) Mujahadah keluar dijalan ALLAH

Catat Ulasan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sahabat filah yang dikasihi ALLAh..

Lewat laman ini pasti dan pasti terdapat banyak kekurangan dan kesilapan yang tentu saja disebabkan kerana kedhaifan ana sebagai penulis.

Maka, kupinta ditegur sapa dan nasihat ikhlas sentiasa terbuka, demi wujudnya islah antara kita..in shaa ALLAH

Jazaakumullahu khairan wa ahsanal jaza' atas kunjungan hati :)

♥ Salam ukhuwahfillah, barakallahu fikum ♥

♥ Malik Bin Dinar ♥

Sebaik-baik contoh dalam dakwah islamiyyah ialah Rasulullah SAW. Sebarang usaha yang tidak mencontohi usaha dan cara Baginda SAW, kebiasaannya akan menemui kekecewaan dan kegagalan. Pendakwah hendaklah banyak mendampingi sirah Rasulullah SAW dan menjadikan Baginda sebagai Qudwah (ikutan). Dakwah Rasulullah SAW mengajak kepada Aqidah dan Iman dahulu dari yang lain.

Daie (pendakwah) hendaklah memperingati diri sendiri sebelum memperingati orang lain. Memperbaiki diri sendiri sebelum memperbaiki orang lain. Jika daie beramal dengan apa yang diperkatakannya nescaya memberi kesan kepada hati pendengar, jika tidak apa yang diperkatakannya hanya mampu sampai ketelinga sahaja. Demikianlah pandangan Malik Bin Dinar.

♥ Ummatan Wahidah ♥

Selagi kita mengaku ALLAH yang satu, selagi itulah pasti ada jalan untuk bersatu. Sesama muslim kita umpama dua telapak tangan, dengan dipertemukan, terhasillah persaudaraan.

Tangan kanan kotor, tangan kiri juga kotor, namun dengan interaksi yag harmoni berasaskan kelembutan dan kejujuran, kita akan saling membersihkan.

Jangan ada benci. Jangan dibauri kelicikan strategi yang penuh prasangka dan tipu daya... kedua tangan akan terus bercakaran. Keduanya akan saling melukakan.

Hidup hanya sementara... sampai bila kita akan bersengketa? Percayalah apabila berada di ambang kematian... kita akan jadi rindu untuk meminta maaf dan memaafkan.

- Ustaz Pahrol Mohamad Joui -

♥ Dr 'Aidh al-Qarni ♥

Syurga itu sgt mahal harganya, jangan terlalai dalam kesenangan atau semakin jauh dari ALLAH kerana kejahilan dan kesombongan.

Bermujahadahlah dengan sungguh sungguh...telanlah kepahitan mujahadah utk menikmati kelazatan ibadah..apatah lagi tawarannya adalah syurga ALLAH. Nafsu kita ini...ya..nafsu inilah yg harus kita didik dengan taqwa, jernihkan dgn ibadah yang ikhlas...sucikan dengan memohon langsung kepada ALLAH.

Memang benar...kalau kita berlonggar sangat dengan nafsu...lemah mujahadah..akhirnya kita menjadi tawanan nafsu. Hubungan dengan ALLAH terasa tawar...solat tapi rasa jauh, quran pun sudah tak tercapai dek tangan..dengan dosa terasa biasa. Justeru...isytiharkan Jihad!..dgn nafsu, dgn bisikan syaitan dari kalangan jin dan manusia...supaya kita kuat untuk menyebarkan kebaikan dan kesejahteraan pada yang lain dengan izin ALLAH.

~ Indahnya Syurga ~

  © Blogger template Snowy Winter by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP